01 Oktober 2017

Telefon Pintar Vivo V7+ : Peranti Kamera Selfie 24 Mega Pixel Dengan Rekaan Hampir Semua Skrin

Artikel asal oleh : Effi Saharudin (Amanz Media)

LG V6, LG V30, Samsung Galaxy Note 8, Samsung Galaxy S8, Xiaomi Mi MIX 2 dan iPhone X adalah contoh peranti dengan rekaan hampir semua skrin. Ini adalah anjakan paradigma rekaan peranti utama untuk tahun 2017. Tetapi kesemua peranti di atas dijual pada harga yang kurang mampu milik. Bagi mereka yang mungkin kekurangan dana, Vivo V7+ akhirnya mendarat di Malaysia hari ini. Ia menawarkan rekaan hampir semua skrin pada harga yang lebih mesra akaun bank tanpa perlu mengikat perut. Berikut ialah pandang pertama kami untuk peranti Vivo V7+.

24 Mac 2017

“Bersatulah” - Sejarah Dan Perubahan Lagu Rasmi PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Lagu rasmi pada asasnya bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik atau semangat perjuangan bagi sesebuah negara atau pertubuhan. Sebagai sebuah badan politik yang terlibat dengan gerakan kemerdekaan dan perjuangan menegakkan Islam semenjak 1951, PAS juga turut menggubah sebuah lagu rasmi untuk merangsang semangat perjuangan ahli-ahlinya. Lagu PAS pertama kali dinyanyikan di khalayak pada 26 September 1953, dalam Mesyuarat Agung Khas PAS oleh Ustaz Othman Abdullah, Mohd Asri Haji Muda dan Ahmad Haji Ali. Lagu ini bernama “Lagu Bendera PAS” telah digubah oleh Ustaz Othman Abdullah. Walau bagaimanapun lagu ini tidak dianggap laru rasmi parti kerana ia tidak pernah disahkan oleh mana-mana mesyuarat agung PAS atau Jawatankuasa Kerja Agung PAS.

23 Mac 2017

"Wajib Sokong Dan Memilih Parti Islam" - Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Sheikh Abdul Qadir Abdul Mutallib al-Mandili (1910-1965), ulamak besar yang menjadi guru di Masjidil Haram, Mekah al-Mukarramah ketika menjawab satu soalan yang ditanya oleh seorang pengundi di Tanah Melayu ketika berlangsung Pilihan Raya Umum 1959, telah menjelaskan bahawa wajib bagi umat Islam untuk menyokong dan memilih (mengundi) Parti Islam Se-Malaya (PAS) bagi membolehkan Islam ditegakkan dan hukum Islam dilaksanakan di negara ini.

22 Mac 2017

Perlembagaan PAS - Suatu Pencerahan Tentang Asal Mula Penubuhan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perlembagaan PAS atau dahulunya dikenali sebagai Undang-undang Tubuh PAS telah digubal pertama kali oleh sebuah Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Ulamak Se-Malaya, yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Jawatankuasa Penaja ini dipengerusikan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan mempunyai dua peranan utama, iaitu untuk menggubal undang-undang tubuh pertubuhan dan mengadakan persidangan bagi mewujudkan pertubuhan tersebut secara rasmi. Setelah cadangan atau rang undang-undang tubuh ini disiapkan sebagai draf kepada Undang-undang Tubuh Pertubuhan Ulamak Se-Malaya, ia telah dibentang, dibahas dan diluluskan dengan beberapa pindaan oleh Persidangan Pertubuhan Ulamak Se-Malaya di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kechil pada 24 November 1951. Rang undang-undang ini kemudiannya dikenali sebagai Undang-undang Tubuh PAS 1951. Setelah PAS berjaya didaftarkan pada 31 Mei 1955, ia dikenali pula sebagai Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1955. Ia telah mengalami beberapa kali pindaan sepanjang sejarah PAS, tetapi mula dikenali sebagai Perlembagaan PAS pada pindaan 1973.

21 Mac 2017

Konsep Melayu Islam Dalam Pemikiran PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Konsep Melayu Islam adalah konsep terawal tentang pemikiran Islam yang dibawa oleh PAS dalam memperjuangkan tertegaknya sebuah daulah Islam di negara ini selepas dijajah oleh kuasa-kuasa Barat sejak 1511M. Kedatangan penjajah Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824) dan Inggeris (1786-1957, selain Jepun (1942-1945), telah menyebabkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang wujud sejak abad kesembilan Masehi di Nusantara telah runtuh. Dalam mengembalikan kuasa politik Islam inilah, PAS telah menggerakkan perjuangan Melayu Islam sebagai terasnya.

20 Mac 2017

Ulamak Seluruh Nusantara Sepakat Kewajipan Mengundi Untuk Mendirikan Negara Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Dalam satu Muktamar Islam Tenggara Asia yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 April 1954 telah memutuskan bahawa semua umat Islam adalah wajib keluar mengundi untuk membolehkan negara Islam yang melaksanakan syariat dibentuk. Fatwa para ulamak Nusantara ini dirumuskan ketika umat Islam di Indonesia dan Tanah Melayu sedang bersiap untuk menghadapi pilihan raya umum yang julung kalinya diadakan selepas Perang Dunia Kedua. Tanah Melayu mengadakan Pilihan Raya Umum pada 27 Julai 1955, manakala Indonesia berpemilu (pemilihan umum) pada tanggal 29 September 1955. PAS adalah parti Islam di Tanah Melayu, sedangkan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) menjadi parti Islam di Indonesia, di mana kedua-dua parti ini telah meletakkan matlamat mereka untuk menegakkan negara Islam melalui saluran demokrasi.

19 Mac 2017

Presiden PAS - Ketua Eksekutif Yang Melaksanakan Dasar PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Ketua pentadbir atau eksekutif yang menjalankan dasar-dasar PAS dikenali sebagai Presiden PAS. Dalam organisasi PAS, terdapat dua jawatan utama dan tertinggi iaitu Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS. Mursyidul Am adalah ketua Majlis Syura Ulamak PAS, badan pembuat dan pengawal dasar bagi PAS, sekali gus tugas utama Mursyidul Am PAS adalah untuk membuat dan mengawal dasar PAS, sedangkan Presiden PAS mengetuai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, iaitu jawatankuasa eksekutif yang tertinggi dalam, di mana PAS mempunyai jawatankuasa eksekutif di peringkat negeri, kawasan dan cawangan, selain stuktur eksekutif yang wujud di peringkat dewan-dewan ulamak, pemuda, muslimat dan himpunan penyokong.

18 Mac 2017

Wazirah Tafwidh - Kuasa Pelaksana Dasar Negara Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Sistem pemerintahan negara Islam yang dibangunkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah telah meletakkan Khalifah sebagai ketua negara yang menjalankan kuasa pemerintahan, di samping mengamal pengasingan kuasa (separation of power) kepada tiga cabang kuasa. Tiga cabang tersebut ialah Sultah a-Tasyri’iyyah (legislatif), Sultah at-Tanfiziyah (eksekutif) dan Sultan al-Qudha’iyyah (judikatif). Pembahagian kuasa kepada tiga cabang ini wujud sejak zaman Rasulullah SAW, tetapi ia mula ditampilkan secara jelas setelah berakhir zaman kenabian, terutama mulai zaman Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644M).

17 Mac 2017

Pondok Tok Ayah Kedah - Nadi Pembinaan Kubu PAS Kelantan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Peranan institusi pendidikan agama, termasuk pondok terhadap kebangkitkan gerakan Islam di Alam Melayu adalah satu fenomena selepas kejatuhan khalifah pada 1924. Baik di Indonesia mahupun Malaysia, kemunculan pondok, madrasah dan pusat-pusat pengajian tinggi Islam telah menyemarakkan kesedaran Islam, sekali gus menimbulkan kebangkitan umat dalam rangka mengembalikan semula kemuliaan Islam. Salah sebuah institusi yang berperanan besar dalam soal ini ialah Pondok Tok Ayah Kedah yang terletak di Kg Pachor, Kemumin, Kelantan yang bukan merangsang kebangkitan Islam, tetapi juga menjadi nadi pembangun kubu PAS di Kelantan.

16 Mac 2017

Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) - Penggerak Pendidikan Islam Pasca Perang

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pendidikan merupakan nadi kebangkitan ummah dan ia mendapat perhatian besar para ulamak sejak zaman-berzaman dalam membangunkan tamadun manusia. Dalam konteks Melayu sebagai bangsa yang dijajah pada abad ke-20, terutama selepas jatuhnya Khilafah Othmaniyah, maka institusi pendidikan Islamlah yang dijadikan benteng untuk membina semula kekuatan. Melanjutkan peranan institusi pendidikan pondok yang muncul semenjak abad ke-17 di Tanah Melayu, sistem pendidikan pondok mula mendapat tempat pada abad ke-20. Bermula dengan penubuhan Madrasah al-Masriyah di Bukit Mertajam pada 1906 dan Madrasah al-Iqbal di Singapura pada 1908, sistem pendidikan madrasah mula menjadi dominan selepas Perang Dunia Kedua.

15 Mac 2017

Penyatuan Politik Islam Pasca Merdeka Di Sarawak - Tapak Awal Penubuhan PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pergerakan politik Islam di Sarawak agak ketinggalan berbanding dengan negeri lain kerana demografinya yang agak berbeza, terutama setelah diperintah oleh Raja Brooke selama 105 tahun (1841-1946), walaupun sebelumnya Sarawak adalah merupakan wilayah Kesultanan Brunei. Dengan populasi umat Islam sekitar 30 peratus ketika Sarawak mencapai kemerdekaan pada 1963, kemunculan tokoh ulamak besar seperti Sheikh Othman Abdul Wahab Sarawak (m. 1921) atau tokoh pejuang seperti Datu Patinggi Abang Ali Abang Amir (m. 1844) dan Rosli Dhobi (m. 1950), ia tidak mampu memberikan dampak yang terhadap pergerakan Islam di wilayah Borneo itu.

14 Mac 2017

Undang-undang Seri Paduka Tuan - Perlaksanaan Hukum Syariat Dalam Undang-undang Kedah

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perlaksanaan undang-undang syariat merupakan salah satu ciri penting negara Islam, termasuk kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di Alam Melayu. Semenjak berdirinya Kerajaan Islam Perlak pada tahun 840 Masehi sehingga lawatan Marco Polo di Samudera Pasai pada 1292, telah dicatatkan bahawa undang-undang syariat telah dikuatkuasakan di negeri-negeri tersebut. Sedangkan di Tanah Melayu, Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 adalah bukti artifak tentang perlaksanaan syariat. Di Kelantan dan Kedah, kerajaan Islam dikatakan wujud seawal abad ke-12, manakala Hukum Kanun Melaka menjadi antara undang-undang Islam terlengkap yang pernah dilaksanakan di Tanah Melayu.

13 Mac 2017

PAS Cipta Sejarah Dalam Pilihan Raya Umum Negeri Terengganu 1959

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Semenjak berlakunya perubahan politik selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negeri-negeri Melayu mula mengadakan pilihan raya umum peringkat negeri secara berasingan bermula di Perlis dan Kedah pada 20 Mei 1959, dan berakhir di negeri Pahang pada 27 Jun 1959. Negeri Terengganu adalah negeri yang pertama di Pantai Timur mengadakan Pilihan Raya Umum Negeri iaitu pada 20 Jun 1959, sebelum Pilihan Raya Umum Persekutuan diadakan pada 19 Ogos 1959. Kemenangan ini juga menjadi sejarah kerana inilah kemenangan pertama gerakan Islam di seluruh dunia dalam sistem demokrasi sejak kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 1924.

12 Mac 2017

“Qawarib An-Najah Fi Hayah Ad-Du’ah” - Karya Dr. Fathi Yakan Sebagai Teks Tarbiyah PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perlaksanaan Sukatan Tarbiyah PAS 1982 sebagai aplikasi kepada program tarbiyah haraki oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat telah mengenal pasti teks-teks rujukan untuk digunakan dalam program-program tarbiyah PAS. Tujuan utama penggunaan teks rujukan ini adalah untuk menyelaraskan pemikiran dan tindakan ahli-ahli PAS dalam menggerakkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Salah seorang tokoh murabbi gerakan Islam antarabangsa yang menjadi rujukan ialah Sheikh Dr Fathi Yakan iaitu pemimpin Ikhwanul Muslimin Lubnan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Qawarib an-Najah fi Hayah ad-Du’ah atau Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.

11 Mac 2017

“Al-Imam” - Majalah Islam Pertama Di Nusantara

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pergolakan politik umat Islam di seluruh dunia pada akhir abad ke-19 adalah difaktorkan oleh kemunduran berfikir setelah dijajah oleh kuasa Barat. Umat Islam bukan sahaja terkebelakang dalam dunia ilmu, tetapi juga telah mengalami kelumpuhan pengaruh politik yang menggoncang kekhalifahan. Menangani permasalahan ini, para ulamak telah mengambil langkah “membangunkan semula umat yang sedang tidur” dengan mengejutkan pemikiran mereka melalui penerbitan majalah reformis Islam. Salah sebuah majalah reformis Islam yang terpenting di Nusantara ialah al-Imam yang ditubuhkan di Singapura pada 1906.

10 Mac 2017

“Islam : Agama dan Kedaulatan” - Karya Pemikiran Politik Islam Yang Diharamkan Kerajaan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perubahan politik dunia ekoran kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 3 Mac 1924 telah membentuk kesedaran ulamak untuk membincangkan tentang kepentingan politik, pemerintahan dan kenegaraan dalam sistem hidup umat Islam. Fahaman sekular yang melanda umat Islam akibat penjajahan Barat telah memyebabkan mereka memandang serong kepada sistem politik Islam, bahkan menganggap politik bukan sebahagian daripada agama. Menghadapi penularan fahaman sesat inilah, para ulamak Melayu mula menuliskan tentang pemikiran politik Islam.

09 Mac 2017

Tarbiyah Haraki - Pemangkin Kekuatan Perjuangan PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Tarbiyah adalah elemen pembeza yang paling ketara dalam gerakan politik di Malaysia terutamanya untuk membezakan antara PAS dengan parti-parti politik yang lain. Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS bergerak melalui tiga tunjang utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah. Lalu elemen tarbiyah inilah yang membina kekuatan yang menunjangi perjuangan PAS, di mana ahli-ahlinya begitu kental mempertahankan dasar, tujuan dan hala tuju perjuangan mereka.

08 Mac 2017

Ustaz Wan Sulaiman - Pembangun Gerak Kerja PAS Kelantan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kebangkitan politik Islam di Kelantan bermula apabila Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, Naib Yang Dipertua Agung PAS mengadakan lawatan kerja ke Kelantan dalam bulan September 1952. Dalam rangka lawatan ini, beberapa siri penerangan tentang dasar, tujuan dan hala tuju perjuangan PAS ini, majlis pertama diadakah pada 9 September 1952 di Kampung Dalam Kemunting, Pasir Puteh, iaitu di rumah Ustaz Adam Kamil Mohd Salleh, seorang guru agama Sekolah Majlis.

07 Mac 2017

Jamiat Kheir - Penggerak Pan-Islamisme Di Nusantara

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Gerakan kesatuan Islam atau wehdatul Islamiyah (atau ittihad al-Islamiyah dan al-jamiah al-Islamiyah) yang biasa disebut oleh sarjana Barat sebagai gerakan Pan-Islamisme ialah satu gerakan politik Islam yang berkembang selepas Sultan Abdul Hamid II menjadi khalifah pada 1876. Gagasan ini turut diperjuangkan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani yang bergerak di Othmaniyah dan Mesir, kemudian di Perancis sejak 1871. Pada 1882, Syed Jamaluddin telah bergabung dengan Sheikh Mohamad Abduh di Perancis dalam mempelopori pembaharuan pemikiran Islam. Agenda utama pemikiran pan-Islamism adalah untuk menyatukan politik Islam dalam mempertahankan khilafah dan membendung penjajahan.

06 Mac 2017

Pendidikan Islam - Isu Terawal Dibawa PAS Ke Parlimen

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pendidikan agama adalah antara keprihatinan besar para ulamak di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua, sehingga pergerakan politik Islam menaja penubuhan Universiti Hang Tuah di Gunung Semanggol melalui Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) pada 16 Mac 1948, sebelum isu penubuhan Kolej Islam Malaya diangkat dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar pada 20-21 Februari 1950. Bahkan, PAS sendiri, sejak awal penubuhannya telah mengadakan usaha-usaha ke arah penubuhan Kolej Islam sehingga wujud cadangan agar rancangan penubuhan Kolej Islam yang dipertanggungjawabkan kepada Jam’iyatul Dakwah Islamiyah Singapura pada 1948 diserahkan kepada PAS.

05 Mac 2017

The Young Muslim Union - Gerakan Islam Terawal Di Pulau Pinang

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pulau Pinang mempunyai latar politik Islam yang berbeza dengan negeri lain di Malaysia kerana inilah negeri yang pertama dijajah oleh British pada 1786, setelah sekian lama menjadi wilayah Kedah. Kehadiran British telah membawa sama imigran dari China dan India untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi di pulau itu. Orang-orang India dari pelbagai etnik telah berhijrah ke Pulau Pinang, termasuk sebahagiannya yang beragama Islam. Antara entik utama ialah Chulia (Tamil Muslim), Maraikkayar (Merican), Chettiar, Nagore, Rawther dan lain-lain. Berbanding dengan kebanyakkan etnik lain bermazhab Hanafi, kelompok Maraikkayar yang berasal dari Coromandel adalah bermazhab Syafie.

04 Mac 2017

Pengerusi Penaja PAS Bertanding Jawatan Yang Dipertua Agung UMNO

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pergolakan dalam Umno sejak 1950 telah membawa perpecahan besar dalam parti nasionalis sekular itu pada 1951. Pertama, golongan ulamak yang bergiat dalam Bahagian Agama dan Pelajaran Umno yang tidak berpuas hati dengan kegagalan Umno membela agama telah bertindak menubuhkan Pertubuhan Ulamak Malaya (kemudian dikenali sebagai PAS) yang berasingan dari Umno; kedua, sekumpulan aristokrat Melayu yang mendukung cadangan Inggeris supaya Umno menyatukan semua bangsa dalam partinya bertindak menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) setelah Umno menolak kemasukkan orang bukan Melayu ke dalam partinya. Lebih menarik, penaja Pertubuhan Ulamak Malaya, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno dikenali sebagai sekutu rapat kepada penaja IMP, Dato’ Onn Jaafar, bekas Yang Dipertua Agung Umno.

03 Mac 2017

Ahli Bersekutu PAS - Gagasan Menghadapi Perubahan Politik Pasca Merdeka

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perubahan politik yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum 1955 telah memperlihatkan pertambahan kuasa politik masyarakat imigran apabila National Convention mengemukakan tuntutan supaya orang Cina dan India diberikan hak mengundi secara jus soli. Tuntutan ini walaupun ditentang oleh PAS, telah berjaya meletakkan oranga asing pada komposisi 15 peratus daripada jumlah pengundi. Sedangkan PAS menjangkakan jumlah ini akan bertambah mendadak dalam tempoh 10 tahun lepas merdeka kerana dasar kerakyatan longgar yang diterima oleh British semasa menggubal Perlembangaan Persekutuan. Atas asas ini, PAS telah melihat populasi orang bukan Melayu akan menjadi suatu yang signifikan terhadap politik negara ini.

02 Mac 2017

“Falsafah Kebangsaan Melayu” - Karya Dr. Burhanuddin Al-Helmy Tentang Melayu Raya

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pemikiran Melayu Raya adalah antara gagasan politik terbesar PAS dekad 1960-an dalam menghadapi perubahan politik negara pasca merdeka dan pertambahan mendadak orang bukan Melayu sebagai rakyat ekoran rancangan pembentukan Malaysia. Tokoh utama yang mempelopori pemikiran Melayu Raya ialah Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin Mohd Noor al-Helmy. Secara peribadi, gagasan Melayu Raya ini telah beliau ketengahkan sejak 1945, tetapi kemudiannya diungkapkan secara serius dalam karya monumentalnya, “Falsafah Kebangsaan Melayu”.

01 Mac 2017

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bachok 1964 - PAS Pertahan Legasi Prof. Zulkifli Mohamad

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Sebaik sahaja Pilihan Raya Umum 1964 yang berlangsung pada 25 April 1964 berakhir, PAS dikejutkan dengan kematian Timbalan Yang Dipertua Agungnya, Prof Zulkifli Mohamad dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Gambang, Kuantan pada 6 Mei 1964. Prof Zulkifli Mohamad yang juga adalah Ahli Parlimen Bachok semenjak 1959, baru sahaja memenangi pilihan raya tersebut dengan mengalahkan calon Perikatan, Hassan Mohamed dengan majoriti 4,318 undi. Ekoran itu, satu Pilihan Raya Kecil Parlimen Bachok terpaksa diadakan pada 27 Jun 1964.

28 Februari 2017

Sokongan PAS Kepada Penyata Razak 1956 Membentuk Asas Hari Guru

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Penyata Pelajaran Razak 1956 adalah salah sebuah penyata pelajaran terpenting dalam proses pembentukan dasar pelajaran kebangsaan menjelang kemerdekaan. Sebelum itu, Penyata Jawatankuasa Barnes 1951 dan Penyata Jawatankuasa Fenn-Wu 1952 telah menggariskan beberapa dasar berkaitan dasar pendidikan dalam menangani masalah perpaduan masyarakat. Ia adalah lanjutan daripada Penyata Jawatankuasa Cheeseman 1939 berkaitan pendidikan vokasional. Asas utama Penyata Pelajaran Razak 1956 adalah mewujudkan perpaduan melalui sistem sekolah kebangsaan dengan bahasa Melayu menjadi pengantar.

27 Februari 2017

Perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmy Dalam Isu Palestin

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Palestin adalah isu terbesar umat Islam abad ke-20 yang merupakan natijah terdekat daripada kejatuhan kekhalifahan Islam yang bermula dengan pemecatan Sultan Abdul Hamid II sebagai Khalifah Othmaniyah pada 27 April 1909. Bahkan punca utama pemecatan Sultan Abdul Hamid II adalah kesan dari usaha keras beliau mempertahankan Palestin sehingga dicatatkan oleh Fauzi Thughai dalam akhbar Buyuk Dhughu bertarikh 2 Mei 1947 sebagai “Sultan Abdul Hamid mencegah keinginan Yahudi untuk merealisasikan tujuan orang-orang Yahudi mendirikan negara Yahudi di Palestin. Tindakan ini harus menelan kos yang sangat mahal dengan akibat disingkirkannya dari singgahsana kekuasaan. Bahkan inilah yang kemudiannya mengakibatkan kehancuran Khilafah Othmaniyah keseluruhannya”.

26 Februari 2017

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua Tetapkan Resolusi Negara Islam Dan Bendung Kristianisasi

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua di Madrasah al-Ulum as-Syar’iyyah, Batu 20, Bagan Datuk, Perak pada 26-27 Ogos 1953 telah membincangkan dua isu kritikal yang dihadapi oleh umat Islam menjelang kemerdekaan. Dua isu tersebut ialah tentang tujuan PAS untuk menegakkan hukum-hukum Islam secara menyeluruh dalam negara ini dan menyusun langkah bagi membendung gejala Kristianisasi ke atas orang Melayu yang dilakukan melalui sekolah-sekolah muballigh Kristian. Dua resolusi penting ini adalah bertujuan untuk menjamin kekentalan aqidah Islam dapat dipertahankan dari ancaman musuh-musuh yang menggunakan jarum halus dalam merosakan aqidah umat Islam.

25 Februari 2017

Kepentingan Islam - Asas Kerjasama Politik PAS Dalam Menuntut Pilihan Raya Disegerakan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Isu tuntutan pilihan raya segera menjadi tajuk utama perkembangan politik Tanah Melayu selepas 1950. Pilihan raya ini dianggap anak tangga yang penting ke arah berkerajaan sendiri, seterusnya mencapai kemerdekaan. Dalam memacu tuntutan pilihan segera ini, terdapat dua gerakan politik yang utama iaitu National Conference yang ditaja oleh 16 orang kenamaan termasuk tujuh orang Menteri Besar dengan Dato’ Onn Jaafar sebagai pemimpin de factonya, serta National Convention yang ditaja oleh Umno-MCA pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra. Kedua-dua gabungan politik ini saling bersaing membentuk pengaruh masing-masing.

24 Februari 2017

Jemaah Pemangku Yang Dipertua Agung PAS - Merungkai Konflik Kepemimpinan PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perletakan jawatan oleh Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pada 26 September 1953 telah menimbulkan krisis kepemimpinan PAS beberapa ketika. Ini kerana PAS baru sahaja mengadakan pemilihan parti sebulan sebelumnya, dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua pada 26-27 Ogos 1953. Tambahan pula Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias yang baru dipilih berada di Mekah kerana memimpin pasukan perubatan jemaah haji. Keadaan menjadi semakin sukar kerana Undang-undang Tubuh PAS 1953 tidak memperuntukkan tentang “Pemangku Yang Dipertua Agung PAS” jika berlaku sebarang insiden melibat jawatan tertinggi PAS itu.

23 Februari 2017

Kebangkitan Gerakan Islam Di India Pasca Kesultanan Mughal

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kesultanan Mughal (atau Mongol) adalah kerajaan Islam yang terakhir di India sejak masuknya Islam ke benua kecil ini pada tahun 711 melalui gerakan yang dipimpin oleh Panglima Muhammad al-Qassim di Sind. Setelah itu, perluasan Islam di India dilakukan oleh Kerajaan Ghaznawi (977-1186) apabila Kandahar dan Kabul jatuh ke tangan Islam pada tahun 998, diikuti kejayaan Sultan Mahmud Ghaznawi menawan Delhi dan Gujerat sehingga 1025. India kemudiannya dikuasai pula oleh Kesultanan Ghowri (1000-1215), sebelum terbentuknya Kesultanan Delhi (1206-1526) yang menyebabkan pengaruh Islam berkembang ke seluruh benua India.

22 Februari 2017

Madrasah Ulum Asy-Syar'iyyah Bagan Datuk - Pusat Kebangkitan PAS Perak

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Peranan madrasah sebagai pusat kebangkitan ummah adalah satu fakta yang tidak dapat ditolak, terutama dalam konteks sejarah gerakan Islam di Malaysia. Seperti mana peranan Maahad al-Ihya as-Syariff, Gunung Semanggol yang terkenal sebagai pusat kebangkitan Islam, sekolah-sekolah agama yang lain di seluruh negeri Perak juga mempunyai peranan yang serupa, termasuklah Madrasah al-Ulum as-Syar’iyah, Batu 20, Bagan Datuk yang menjadi pusat gerakan PAS di Perak sepanjang 1950-an dan 1960-an. Madrasah ini bukan sahaja melahirkan tokoh-tokoh besar PAS, tetapi telah menyaksikan kelahiran sayap-sayap Pemuda, Muslimat dan Ulamak PAS, selain pernah menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Tahunan PAS.

21 Februari 2017

Sikap PAS Terhadap Laporan Fenn-Wu Dipertegaskan Di Majlis Undangan Persekutuan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perubahan dasar pendidikan sangat penting dalam membentuk kemajuan masyarakat, terutama bagi masyarakat pra merdeka. Dalam sejarah pendidikan negara, perkembangan pendidikan yang berlaku sejak abad ke-19 adalah berasaskan pendidikan vernakular di mana wujudnya sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris, selain sekolah agama yang berpengantar bahasa Arab. Kebanyakkan sekolah bukan sahaja berkiblat negara masing-masing, tetapi juga mengalami masalah infrastruktur yang sangat daif, selain masalah kewangan. Selepas PAS ditubuhkan pada 1951, isu pendidikan ini adalah antara aspek yang sangat diberikan perhatian oleh PAS, terutama dalam pembentukan dasar pendidikan.

20 Februari 2017

Kejatuhan Khilafah Islamiyyah Bangkitkan Penubuhan Gerakan Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kekuatan umat Islam yang dilindungi oleh kuasa politik kekhalifahan semenjak 632 Masehi telah berakhir dengan pembubaran Khilafah Othmaniyah pada 3 Mac 1924. Kejatuhan Khilafah Othmaniyah menandakan berakhirnya kekuasaan politik umat Islam selama 1,342 tahun semenjak Nabi Muhammad SAW berhijrah meninggalkan Mekah untuk mendirikan negara Islam yang pertama di Madinah pada tahun 622 Masehi. Dengan kejatuhan Khilafah Othmaniyah ini, para ulamak telah bangkit memimpin umat Islam dengan menubuhkan gerakan-gerakan Islam di tempat masing-masing bagi memperjuangkan tertegak semula kekhalifahan umat Islam.

19 Februari 2017

Perlembagaan Malaya - Rangka Awal Pemikiran Kenegaraan PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perjuangan menuntut kemerdekaan yang dipacu oleh PAS membawa konsep yang tersendiri kerana hasrat parti Islam ini mahukan sebuah negara yang melaksanakan syariat ditegakkan di atas runtuhan penjajah. Sebagai sebuah parti yang masih baru, pada 27 April 1953, PAS telah menyertai National Conference, sebuah persidangan yang menggabungkan parti-parti politik di Malaya anjuran 16 orang kenamaan termasuk tujuh orang Menteri Besar bagi menuntut pilihan raya segera ke arah berkerajaan sendiri. Kerana penglibatan PAS dalam badan ini, di mana Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa National Conference, PAS telah menggariskan satu konsep negara yang menjadi asas kepada semua perundingan PAS berkaitan isu-isu kenegaraan. Konsep dasar ini telah dinamakan sebagai “Perlembagaan Malaya”.

18 Februari 2017

Sarekat Islam - Perintis Pergerakan Poltik Islam Di Nusantara

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perubahan politik Nusantara ekoran bermulanya penjajahan Portugis di Melaka pada 29 Ogos 1511, diikuti oleh kedatangan Belanda (1595) dan Inggeris (1786) yang telah menyebabkan Alam Melayu mulai terjajah secara berperingkat apabila kerajaan-kerajaan Islam yang wujud sejak tahun 1292 telah jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat. Kehancuran kuasa politik Islam telah ditandai oleh pecahnya Kerajaan Melayu Johor Riau melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, diikuti runtuhnya Kerajaan Melayu Pattani (1902), berakhirnya Kerajaan Melayu Aceh (1903) dan bubarnya Kerajaan Melayu Banjar (1905).

17 Februari 2017

Perlantikan Dato' Ishak Lotfi Omar Sebagai Menteri Besar Kelantan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pilihan Raya Umum Kali Pertama 24 Jun 1959 telah menyaksikan PAS berjaya merampas negeri Kelantan dari Perikatan setelah parti perkauman itu menguasai Kelantan sejak 1955. PAS berjaya menguasai 28 dari 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan membolehkan PAS membentuk kerajaan yang pertama selepas merdeka. PAS kemudiannya telah menamakan bekas pegawai kanan Majlis Agama Islam dan Adat Ustiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga ADUN Kota Bharu Selatan, Ustaz Ishak Lotfi Omar sebagai sebagai Menteri Besar Kelantan yang pertama selepas merdeka.

16 Februari 2017

Pergolakan Kaum Muda Dan Kaum Tua Pecahkan Kesatuan PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pergolakan khilafiyah menjadi salah satu punca perpecahan gerakan Islam di seluruh dunia dan ia dijadikan senjata ampuh oleh musuh dalam menghadapi kebangkitan Islam. Di Alam Melayu, pengalaman Sarekat Islam sejak 1912 yang mengalami perpecahan kerana isu Kaum Muda yang membentuk Muhammadiyah dan Kaum Tua di bawah Nahdatul Ulamak sangat menguntungkan Belanda, bahkan perpecahan itu berlarutan hingga kini. Isu-isu khilafiyah telah dijadikan alat untuk memecahkan umat Islam yang asalnya bersatu atas perkara kewajipan menuntut kemerdekaan, menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat.

15 Februari 2017

“Rahsia Kemenangan Islam” - Karya Motivasi Perjuangan Ustaz Amaluddin Darus

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kemenangan merupakan matlamat bagi perjuangan Islam, kerana dengan kemenangan ini Islam dapat ditegakkan. Oleh kerana usaha untuk mencapai kemenangan adalah sangat berat, terutama setelah runtuhnya kekhalifahan Islam pada 1924, umat Islam perlu dirangsang untuk menggapai kemenangan. Sejak jatuhnya Khilafah Othmaniyah, keyakinan manusia kepada Islam telah merosot dengan mendadak, sedangkan gerakan Islam berkerja membina semula kesedaran dan keyakinan ini sehingga Islam kembali tertegak.

14 Februari 2017

PAS Dorong Penubuhan Sekolah Dewasa Untuk Membanteras Generasi Buta Huruf

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pendidikan adalah antara elemen terpenting dalam membina bangsa yang merdeka. Sebelum kedatangan penjajah, pendidikan orang Melayu tertumpu kepada pendidikan agama di masjid dan pondok-pondok sehingga dapat melahirkan ulamak-ulamak besar. Namun begitu, dengan kehadiran penjajah, sistem pendidikan telah berubah, di mana sekolah-sekolah mula diperkenalkan, dengan sekolah Melayu pertama di buka pada 1816 iaitu Sekolah Melayu Gelugur. Sekolah Melayu pada masa ini hanya wujud di peringkat rendah sahaja dengan kemudahan yang sangat tidak memuaskan, dan hanya bermatlamat untuk mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu. Walaupun sekolah Melayu wujud di seluruh Tanah Melayu untuk mengajar menulis, membaca dan mengira, menjelang kemerdekaan, terdapat 1,868,948 orang dewasa yang buta huruf di Malaya, sedangkan kanak-kanak berusia 10-14 tahun yang buta huruf pula berjumlah 2,379,213 orang.

13 Februari 2017

Pilihan Raya Negeri Kelantan 1955 - Permulaan Langkah PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Negeri Kelantan adalah antara negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri 1954-1955 selepas Pilihan Raya Umum Federal 1955, setelah ia bermula dengan negeri Johor pada 10 Oktober 1954. Kelantan mengadakan Pilihan Raya Negeri bagi memilih 16 orang ahli Majlis Undangan Negeri (State Legislative Council) pada 19 September 1955, iaitu setelah Pilihan Raya Persekutuan selesai pada 27 Julai 1955. Pilihan Raya Negeri diadakan secara berperingkat ekoran desakan parti-parti politik termasuk gabungan National Conference pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan National Convention pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, yang kedua-duanya pernah disertai oleh PAS untuk menuntut diadakan pilihan raya segera ke arah berkerajaan sendiri. PAS telah menyertai Pilihan Raya Negeri dengan bertanding di Perlis, Perak, Selangor dan Pahang, selain Kelantan.

12 Februari 2017

Bendera PAS - Sang Saka Merah Putih “Allah Muhammad”

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Bendera adalah panji-panji perjuangan yang menjadi pembakar semangat dan wahana yang menggambarkan simbol sebuah negara atau entiti, termasuk parti politik. Pada masa dahulu, bendera atau panji-panji berfungsi sebagai alat untuk penyelarasan di medan tempur, kini menjadi alat penyatuan fikrah, matlamat dan hala tuju sesebuah perjuangan. PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam juga mempunyai bendera tersendiri yang wujud sejak awal 1953 lagi. Bendera PAS ini menterjemahkan perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu di Nusantara yang berteraskan Islam demi menegakkan syariat Allah dan rasul-Nya.

11 Februari 2017

Tarbiah - Nadi Pembangun Kekuatan Organisasi PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Setiap orang ahli PAS yang menyertai parti ini sedar bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik semata-mata, sebaliknya ia adalah harakah Islam yang bergerak dalam tiga dimensi iaitu siasah (politik), dakwah dan tarbiyah. Tarbiyah menjadi nadi terpenting kekuatan organisasi PAS sekali gus membezakan ia dengan parti-parti politik yang lain kerana ia bersifat perkaderan dan pembentukan syakhsiah ahli-ahli sehingga mereka benar-benar sedar dan faham tentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Dalam sejarah PAS, proses pentarbiyahan ini telah bermula sejak awal penubuhannya lagi dan terus berkembang sehingga wujudnya tarbiyah haraki pada hari ini dalam konteks indoktrinasi dalaman PAS supaya fikrah perjuangan ahli-ahlinya selaras dengan kehendak al-Quran dan Sunnah.

10 Februari 2017

Jam'iyatul Fathaniah - Permulaan Bagi Kebangkitan Gerakan Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kekalahan bangsa Melayu di tangan penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Siam sejak 29 Ogos 1511 telah meletakkan bangsa Melayu sebagai bangsa Islam pertama terlepas dari kekhalifahan. Kesultanan Aceh (1496-1903) yang dianggap sebagai cabang Kekhalifahan Othmaniyah di Nusantara telah mengalami kemerosotan mendadak selepas Perjanjian Sumatera 1871 antara Belanda dan Inggeris, diikuti oleh Perang Aceh yang berlanjutan mulai 1873 hingga 1893 tetapi gagal menjatuhkan Aceh, sehinggalah pada 1896, Dr Snouck Hurgronje berjaya memecah-belahkan umat Islam dan akhirnya Sultan Mohamad Daud Shah menyerah kalah pada 1903. Sebelum runtuhnya Aceh, Pattani yang menjadi benteng kekuasaan Islam di utara juga telah runtuh pada 1786 setelah diserang Siam. Pada 1789-1791, mereka melancarkan Perang Sabil, diikuti Musuh Pattani 1820-1839 tetapi gagal membebaskan Pattani, sebaliknya kerajaan mereka runtuh sepenuhnya pada 1902. Di sisi yang lain, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah memecahkan Kerajaan Johor-Riau sekali gus melemahkan politik umat Islam yang menguasai laluan utama pedagangan.

09 Februari 2017

Kongres Pemuda Islam Se-Malaya Tubuhkan Dewan Pemuda PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Hasrat PAS untuk mewujudkan sayap pemudanya telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kali Pertama pada 3 April 1952 hasil dari cadangan yang diangkat oleh Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah pada 23 Mac 1952, di mana sebuah jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai Dewan Pemuda Islam ditubuhkan. Dewan Pemuda Islam yang dipimpin oleh Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah ini telah bergerak untuk menyatukan pemuda-pemuda ahli PAS, sehinggalah Mesyuarat Agung Tahun PAS Kali Pertama pada 3 Januari 1953 memutuskan supaya sebuah Dewan Pemuda PAS ditubuhkan melalui sebuah kongres pemuda untuk dijadikan sayap PAS. PAS turut menetapkan di bawah ‘Program Politik PAS’ supaya Dewan Pemuda PAS dijadikan tenaga utama untuk memacu perjuangan kemerdekaan tanah air.

08 Februari 2017

Dr. Haji Pandak Ahmad - Profesional Pendokong Ulamak

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Peranan para ulamak dalam menubuh dan menggerakkan PAS telah diperkukuhkan oleh penyertaan golongan profesional dalam perjuangan Islam. Sebaris nama golongan profesional dari kalangan pegawai tadbir kerajaan, jurutera, peguam, pensyarah, doktor perubatan dan lain-lain telah mewarnai perjuangan PAS sejak awal sehingga tidak boleh dikatakan PAS sebagai “parti tok lebai” semata-mata. Di antara kelompok profesional yang menonjol ini adalah dari kalangan doktor perubatan seperti Dr Haji Abbas Alias (bekas Yang Dipertua Agung PAS), Dr Amamullah al-Khuldi (Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Perak), Prof Dr Ungku Omar Ungku Ahmad (ahli PAS dari Johor), Dr Haji Pandak Ahmad Alang Sidin (bekas Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat) dan lain-lain.

07 Februari 2017

Penubuhan PAS Perlis Sebagai Cawangan PAS Kelima

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perlis adalah bekas wilayah Kedah yang dijajah oleh Siam pada 1821 dan dijadikan sebuah negeri yang berasing pada 20 Mei 1943 dengan Syed Hussein Syed Harun Jamalullail dilantik menjadi Raja Perlis yang pertama. Negeri Perlis terkenal dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu kerana wujudnya gerakan pembaharuan sejak 1915 yang akhirnya menjadikan Perlis sebagai negeri Ahli Sunnah wal Jamaah. Selepas Perang Dunia Kedua, seorang tokoh agama di Perlis yang juga bekas Guru Besar Madrasah Alawiyah, Ustaz Salleh Othman, seorang lulusan Darul Ulum, Mesir yang berasal dari Kuala Lumpur, telah dilantik mengetuai Pejabat Perkara-perkara Agama dan Pelajaran Umno. Perlis turut melahirkan tokoh-tokoh PAS yang terkenal seperti Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi (pengasas PAS Kedah), Ustaz Abu Bakar al-Asy’ari (bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis), Ustaz Abu Bakar Hamzah (bekas Naib Yang Dipertua Agung PAS) serta dua orang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Prof Dato’ Dr Haji Haron Din dan Tuan Guru Haji Hashim Jasin.

06 Februari 2017

Dewan Ulamak PAS Anjurkan Himpunan Perkasakan Sekolah Agama Rakyat

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

PAS yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 dengan didukung oleh para ulamak telah memberikan perhatian besar kepada institusi pendidikan agama sebagai nadi pembangun kecerdikan ummah. Bagi menyatukan para ulamak ini, pada 3 April 1952, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulamak PAS dengan diketuai oleh Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Sheikh Abdullah Fahim yang juga pengasas Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah. Dewan Ulamak PAS telah mengatur langkah bagi memperkasakan pendidikan Islam termasuk menyusun derma pelajaran, menyokong penubuhan kolej Islam, menyusun sukatan pelajaran sekolah-sekolah agama dan mewujudkan dana pendidikan agama. Tumpuan Dewan Ulamak PAS terhadap pendidikan agama ini mempunyai kaitan dengan kegagalan Jawatankuasa Fenn-Wu yang membentangkan laporannya di Majlis Undangan Persekutuan pada September 1951 untuk memberikan kedudukan kepada pendidikan agama dalam Ordinan Pelajaran 1952.

05 Februari 2017

Madrasah Taufiqiyah Khairiyah Al-Halimiyah Padang Lumat - Pusat Kebangkitan PAS Kedah

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Madrasah atau sekolah agama rakyat telah menjadi nadi kebangkitan Islam di seluruh negara. Seperti mana Maahad al-Ehya as-Syariff di Perak, Sekolah Majlis di Kelantan, Madrasah al-Mashoor di Pulau Pinang dan lain-lain merupakan institusi pendidikan Islam yang bukan sahaja melahirkan kader-kader dakwah, tetapi turut menjadi pusat pertumbuhan kesedaran Islam sehingga bangkitnya satu gerakan untuk menegakkan semula kedaulatan Islam. Salah satu dari pondok yang berperanan penting dalam sejarah gerakan Islam di Malaysia ialah Madrasah at-Taufiqiyah al-Khairiyah al-Halimiyah yang terletak di Padang Lumat, Kedah. Di pondok ini telah berkembangnya pengaruh Persatuan Ulamak Kedah (PUK) dan Umno dalam rangka perjuangan kemerdekaan, sebelum kemunculan PAS pada 1951.

04 Februari 2017

Dr. Burhanuddin Al-Helmy Bawa Usul “Perluaskan Konsep Melayu Raya” Di Parlimen

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Rancangan penubuhan Malaysia atau “Melayu Raya” telah dilontarkan oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra di Singapura pada 27 Mei 1961 sebagai langkah menyegerakan kemerdekaan wilayah British, menangani pengaruh komunis dan mengimbangi kaum. Cadangan Perdana Menteri itu supaya Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura yang merupakan wilayah jajahan British bergabung dengan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan sebagai negara baru iaitu Melayu Raya. Rancangan ini telah mendapat reaksi yang berbeza-beza dari pelbagai pihak termasuk PAS. Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy yang mendukung gagasan Melayu Raya sejak 1945 telah mendesak supaya konsep Melayu Raya ini diperluaskan supaya seluruh bangsa Melayu bersatu dan mempunyai kekuatan untuk “berdiri sama tinggi dan duduk sana rendah” dengan bangsa lain.

03 Februari 2017

Barisan Bebas Bersatu (BBB) - Kumpulan Serpihan PAS Di Kelantan Kerana Isu Kerajaan Campuran

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Penyertaan PAS dalam Kerajaan Campuran dengan Perikatan pada 1 Januari 1973 telah memberi kesan negatif terhadap PAS Kelantan apabila ia menimbulkan krisis organisasi dan kepemimpinan. Isu asal yang timbul dalam krisis ini ialah ketidakpuasan hati sesetengah pemimpin PAS terhadap perlantikan semula bekas Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Haji Ishak Lotfi Omar untuk memimpin Kerajaan Kelantan kali kedua. Ustaz Dato’ Ishak Lotfi Omar ketika menjadi Menteri Besar Kelantan kali yang pertama antara 1959 hingga 1964 telah digantikan oleh Mohd Asri Haji Muda kerana ketidakpuasan hati pimpinan PAS Kelantan terhadap prestasi kepemimpinannya. Walau bagaimanapun, perletakan jawatan Dato’ Mohd Asri Haji Muda pada 28 Disember 1972 kerana dilantik sebagai Menteri Pusat telah menyebabkan Ustaz Dato’ Ishak Lotfi Omar terlantik semula ke jawatan tersebut.

02 Februari 2017

Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) Nilam Puri - Legasi Pengajian Tinggi Islam Kelantan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal kerana menjadi pusat pengajian Islam terpenting di rantau ini sehingga digelar Serambi Mekah. Semenjak selepas Perang Dunia Kedua, isu penubuhan sebuah kolej Islam di Malaya telah timbul hinggalah Kolej Islam Malaya (KIM) berjaya ditubuhkan di Kelang, Selangor pada 1955. Setelah PAS berjaya menguasai Kelantan pada 1959, salah satu projek besar Kerajaan PAS Kelantan ialah membangunkan pendidikan di mana kerajaan negeri telah melantik Pegawai Muballigh di setiap jajahan pada 1959, melantik guru-guru agama di sekolah kerajaan (1960), menubuhkan Jemaah Biasiswa Pelajaran Negeri (1960), membentuk Jemaah Biasiswa Pelajaran Agama (1961), mengadakan Jemaah Biasiswa Pelajaran Rendah Negeri (1961), selain Biasiswa Pelajaran PAS (Biasiswa Zulkifli Mohamad) sejak 1959.

01 Februari 2017

Tuan Guru Haji Ahmad Fuad - Ulamak Pertama Membarisi Majlis Undangan Persekutuan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Majlis Undangan Persekutuan atau Federal Legislative Council adalah badan perundangan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Persekutuan ini menjadi kerajaan yang lebih besar kerana melibatkan semua negeri Melayu, sedangkan sebelumnya hanya melibatkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu sahaja. Pada peringkat ini, antara 1948 hingga 1955, ahli-ahli Majlis Undangan Persekutuan adalah terdiri dari Ahli-ahli Rasmi yang menduduki majlis kerana jawatan rasminya dan Ahli-ahli Tidak Rasmi yang dilantik oleh kerajaan dari pelbagai kelompok masyarakat. Walau bagaimanapun, sejak ditubuhkan, belum ada wakil ulamak dilantik menduduki Majlis Undangan Persekutuan yang mempunyai 75 anggota itu, sehinggalah terlantiknya Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno ke jawatan tersebut pada 1951.

31 Januari 2017

Buku “Pegangan Hidup Umat Islam” - Karya Falsafah Prof. Zulkifli Mohamad

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Profesor Zulkifli Mohamad adalah seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal pada dekad 1950-an dan 1960-an. Selain menjadi ahli politik yang mempunyai ucapan-ucapan yang menusuk jiwa dan sumbangan besar beliau dalam bidang akademik di Kolej Islam Malaya (KIM), beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang penting dalam bidang falsafah dan pemikiran Islam. Kebanyakkan tulisan beliau sama ada dalam bentuk buku, artikel atau kertas kerja adalah menyentuh perkara dasar yang menjadi punca kerosakan masyarakat, berbanding dengan isu-isu kecil yang berlegar dalam masyarakat. Salah satu karya falsafah beliau yang terkenal ialah “Pegangan Hidup Umat Islam” yang dihasilkan pada tahun 1952, sebelum karya pertamanya, “Masyarakat dan Syariat” diterbitkan pada 1953.

30 Januari 2017

Nahdatul Ulamak Malaya - Usaha Alihkan Sokongan Ulamak UMNO

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Setelah tertubuhnya PAS pada 23 Ogos 1951, muncul beberapa pertubuhan politik Islam di Tanah Melayu dan Singapura menjelang kemerdekaan negara. Antara parti-parti tersebut termasuklah al-Ansarul Islam, Muhammadiyah, Nahdatul Ulamak Malaya dan Ikhwanul Muslimin. Parti-parti ini muncul antara 1953 hingga 1962 tetapi tidak dapat berkembang kerana pengaruh PAS sudah membesar, bahkan pimpinan parti-parti tersebut telah menyertai PAS kemudiannya. Lebih menarik lagi apabila parti politik Islam yang baru ini dipengaruhi oleh pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda di Indonesia sehingga munculnya Muhammadiyah (Kaum Muda) dan Nahdatul Ulamak (Kaum Tua).

29 Januari 2017

Ittihad Muhammadi - Kebangkitan Terhadap Gerakan Melumpuhkan Khilafah Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kekhalifahan Othmaniyyah yang menggantikan Daulah Abbasiyah pada 1512 telah terancam oleh gerakan Freemason yang menubuhkan gerakan Turki Muda (The Young Turks) pada 1860. Bermula dengan penguasaan mereka ke atas Dewan Menteri pada era Sultan Abdul Majid I (1839-1861), gerakan Freemason telah membolehkan mereka melakukan pembaharuan Perlembagaan Othmaniyah 23 Disember 1876, tiga bulan selepas Sultan Abdul Hamid II (1842-1918) berkuasa. Era ini telah mengubah Khilafah Othmaniyah dari sebuah kekhalifahan mutlak kepada khalifah berperlembagaan mulai 1876.

28 Januari 2017

Seruan Bersekutu Alim Ulamak Ancam Perikatan Dalam Pilihan Raya Umum 1955

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pilihan Raya Umum 1955 yang berlangsung pada 27 Julai 1955 telah menyaksikan pertembungan di antara parti-parti perkauman – Umno, MCA dan MIC – yang bergabung dalam Perikatan dengan parti-parti kiri dan parti Islam, PAS. Turut mengambil bahagian ialah calon-calon Bebas, yang terdiri daripada ahli-ahli politik yang tidak berpuas hati dengan parti masing-masing, termasuk Umno. Walaupun secara umumnya hanya Perikatan yang membuat pakatan politik, sedangkan parti-parti lain bertanding secara bersendirian, tetapi sekelompok ulamak dari pelbagai parti telah membuat pakatan dalam pilihan raya ini untuk menyaingi Umno. Oleh kerana kumpulan ulamak ini dipimpin oleh ulamak bekas pemimpin Umno, Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution, gerakan ini sedikit sebanyak telah menggugat Umno di kawasan pengundi Melayu.

27 Januari 2017

Penubuhan PAS Kawasan Sebagai Pengukuh Akar Umbi PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Sewaktu PAS menggubal Undang-undang Tubuhnya pada 24 November 1951, telah ditetapkan supaya parti ini mengukuhkan akar umbinya melalui pengwujudan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu. Mengikut Undang-undang Nombor 15 Undang-undang Tubuh PAS, cawangan PAS boleh ditubuhkan di mana-mana kawasan yang difikirkan patut dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja PAS, dengan syarat mempunyai tidak kurang 50 orang ahli PAS. Setiap Cawangan PAS akan diketuai oleh “Yang Dipertua PAS Cawangan.” Undang-undang Tubuh PAS 1951 ini sebenarnya telah meminda cadangan draf Undang-undang Tubuh PAS yang asalnya mencadangkan setiap cawangan perlu mempunyai minimum 100 orang ahli dengan diketuai oleh seorang “Penasihat”.

26 Januari 2017

Nama PAS - Nama 'Persatuan' Islam Ditukar Ke Nama 'Parti' Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kelahiran PAS dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua pada 23 Ogos 1951 adalah dengan nama Pertubuhan Ulamak Se-Malaya yang dicadangkan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Ulamak Se-Malaya, beliau turut menggunakan nama ini dalam draf Undang-undang Tubuh PAS yang dikemukakan kepada Persidangan Pertubuhan Ulamak Se-Malaya pada 24 November 1951. Walau bagaimanapun nama tersebut telah berubah apabila persidangan di Bagan Tuan Kechil ini telah mencadangkan nama baru yang lebih inklusif iaitu Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), sebelum akhirnya bertukar menjadi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 1972.

25 Januari 2017

Mesyuarat Agung Khas PAS Pertama Selesaikan Masalah Disiplin Parti

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Undang-undang Tubuh PAS 1951 telah digubal dan diluluskan dalam Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya di Bagan Tuan Kechil (Butterworth), Seberang Perai pada 24 November 1951. Antara peruntukkan yang penting dalam perlembagaan ini adalah berkaitan disiplin parti. Dalam draf (rang) Undang-undang Tubuh PAS pada asalnya tidak diperuntukkan tentang disiplin parti ini, tetapi ia diwujudkan oleh persidangan pada 24 November 1951 sebagai satu fasal baru iaitu Undang-undang Nombor 22 yang menghalang mana-mana pimpinan atau Ahli Jawatankuasa Kerja PAS dari menjadi ahli kepada mana-mana parti lain, selain PAS. Peruntukan ini kemudiannya menimbulkan masalah kepada persidangan tersebut apabila agenda perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS bermula.

24 Januari 2017

Konsep 'Syura' - Suatu Amalan Konsultasi Dalam PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kelancaran sesebuah organisasi yang demokrtik adalah sangat bergantung kepada budaya berunding dan bermesyuarat. Dalam sistem organisasi Islam, amalan ini dikenali sebagai “syura” yang memberi makna mesyuarat atau permesyuaratan. Setiap perkara dalam organisasi Islam perlu diputuskan melalui mesyuarat atau perundingan, walaupun dalam keadaan tertentu pemimpin tertinggi mempunyai kuasa pemutus. Dalam PAS sendiri, amalan syura atau konsultasi ini telah diamalkan semenjak PAS ditubuhkan lagi, bahkan sentiasa diperkasakan dari masa ke masa, sehingga tertubuhnya Majlis Syura Ulamak PAS pada 1987 yang bertujuan mengawal amalan organisasi PAS supaya tidak melanggar batasan hukum syarak.

23 Januari 2017

PAS Bertanding Dalam Pilihan Raya Umum Singapura 1959

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Singapura, Tanah Jajahan Mahkota British telah mengamalkan demokrasi dalam pentadbiran mereka sejak pilihan raya bandaran mula diadakan pada 1889. Walau bagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, Singapura telah mula mengadakan Pilihan Raya Umum Majlis Undangan (Legislative Council) pada 1948 dan 1951, sebelum ia dikenali sebagai Pilihan Raya Umum Perhimpunan Undangan (Legislative Assembly) pada 1953 sebagai reformasi ke arah berkerajaan sendiri. Pilihan Raya Umum Perhimpunan Undangan Singapura yang pertama diadakan pada 1955.

22 Januari 2017

Tuan Guru Haji Abdullah Tahir - Pencetus Kebangkitan PAS Di Kelantan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Tuan Guru Haji Abdullah Tahir bin Ahmad adalah ulamak Kelantan yang paling berpengaruh selepas era Tok Kenali (m. 1933). Beliau bukan sahaja murid kanan Tok Kenali, tetapi pondoknya, Madrasah Ahmadiyah atau Pondok Bunut Payung adalah pondok yang terbesar di Kelantan pada dekad 1940-an hingga 1960-an. Bahkan, kebanyakkan guru-guru pondok yang terkenal di seluruh Malaysia selepas merdeka adalah murid-murid beliau. Dengan pengaruh beliau yang sangat luas ini, penyertaan beliau bersama perjuangan PAS pada 1954 telah mengubah politik Kelantan kepada wajah baru yang lebih Islamik apabila PAS berjaya menguasai Kelantan pada 1959.

21 Januari 2017

Fatwa Mufti Pulau Pinang Gegarkan Pilihan Raya Persekutuan 1955

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pilihan Raya Umum Persekutuan yang berlangsung pada 27 Julai 1955 telah digegarkan dengan satu fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan ulamak di Pulau Pinang dan Seberang Perai berkait kewajipan mengundi dan larangan mengundi calon-calon bukan Islam. Fatwa ini dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Sheikh Abdullah Fahim bersama pengasas Madrasah al-Masriyah yang juga Ahli Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang, Sheikh Salleh Masri dan Guru Besar Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Ustaz Abdul Halim al-Hadi.

20 Januari 2017

Kolej Islam Malaya - PAS Anjur Minggu Kolej Islam Kutip Dana Penubuhan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Rancangan untuk menubuhkan Kolej Islam di Malaya telah disuarakan sejak Januari 1927 ekoran ketiadaan pusat pengajian tinggi Islam di Tanah Melayu. Lepasan sekolah agama dan pondok tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ke luar negeri jika ingin menyambung pengajian mereka. Pada 16 Januari 1927, Za’ba telah menyuarakan pandangannya supaya Tanah Melayu mempunyai kolej Islam seperti Aligarh Muslim University di India. Pada peringkat awal, Maahad al-Ehya as-Syariff telah menubuhkan kelas Kuliah selepas Perang Dunia Kedua tetapi gagal kerana ketiadaan pelajar.

19 Januari 2017

Maahad Al-Ehya As-Syariff Gunung Semanggol - Pusat Kebangkitan Gerakan Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kebangkitan gerakan politik Islam telah berlaku di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua dengan berpusat di Gunung Semanggol, Perak. Sejak kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 4 Mac 1924, kuasa politik Islam telah berakhir, lantas mendorong munculnya gerakan-gerakan politik Islam di seluruh dunia dalam rangka mengembalikan kedaulatan kerajaan Islam. Bermula dengan kebangkitan Sarekat Islam di Indonesia pada 1905, diikuti oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 1928, Jamiat Islami di India pada 1941 dan Masyumi di Indonesia pada 1943, maka muncullah pelbagai gerakan Islam di seluruh dunia, khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Di Tanah Melayu sendiri, sejak awal 1920-an telah wujud cawangan Sarekat Islam, sebelum munculnya gagasan penyatuan para ulamak di peringkat nasional pada awal 1930-an. Selepas Perang Dunia Kedua, barulah muncul gerakan politik Islam di Tanah Melayu.

18 Januari 2017

Pembentukan Kerajaan PAS Terengganu 1959

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kejayaan PAS memenangi Pilihan Raya Negeri Terengganu pada 20 Jun 1959 telah membolehkan PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu yang pertama selepas merdeka. Dalam Pilihan Raya Negeri ini, PAS telah menguasai 13 kerusi DUN, sedangkan Perikatan mendapat tujuh kerusi dan Parti Negara (PN) mendapat empat kerusi. Terengganu adalah negeri yang pertama dikuasai PAS sejak Pilihan Raya Negeri diadakan kali pertama selepas merdeka secara berperingkat bermula di Perlis dan Kedah pada 20 Mei 1959, sedangkan Terengganu adalah negeri yang kelapan selepas Perlis dan Kedah, Melaka, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor, manakala Kelantan dan Pahang mengadakan Pilihan Raya Negeri selepas Terengganu.

17 Januari 2017

Darul Arqam - Kumpulan Serpihan PAS Pimpinan Ustaz Ashaari Muhammad

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Ketidakpuasan hati terhadap beberapa aspek dalam jemaah menjadi punca berlakunya serpihan. Antara kumpulan serpihan terawal dalam PAS berlaku pada akhir 1960-an apabila sekumpulan ahli PAS yang dipimpin oleh Ustaz Ashaari Muhammad telah membentuk kumpulan mereka sendiri yang dikenali sebagai Darul Arqam atau al-Arqam pada 1968. Pada awalnya, Ustaz Ashaari Muhammad tidak berpuas hati dengan sikap PAS yang terlalu memberikan fokus kepada politik sehingga mengabaikan aspek ekonomi dalam perjuangannya. Kumpulan al-Arqam dalam kegiatannya selepas itu menjadikan ekonomi sebagai agenda utama, sebelum terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang menyebabkan mereka diharamkan oleh kerajaan pada 21 Oktober 1994 dan pemimpin utamanya ditahan ISA.

16 Januari 2017

Wakil Rakyat PAS Selepas Pilihan Raya Umum 1955

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pilihan Raya Umum 1955 yang berakhir pada 27 Julai 1955 adalah pilihan raya yang pertama dalam sejarah negara ini selepas Pilihan Raya Bandaran diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 dan di Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952, diikuti oleh Melaka, Johor Bahru, Seremban dan Ipoh sepanjang 1952. Tuntutan pilihan raya yang dibuat oleh rakyat Malaya sejak 1953 telah berjaya mendapatkan hak memilih pemerintah ke arah berkerajaan sendiri. Pilihan raya ini diadakan secara berperingkat bermula di peringkat Majlis Undangan Negeri-negeri sejak Oktober 1954 dan berakhir dengan Pilihan Raya Umum Persekutuan pada 27 Julai 1955.

15 Januari 2017

“Tata Negara Islam” - Karya Pertama Pemimpin PAS Tentang Negara Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Negara Islam telah menjadi cita-cita perjuangan PAS sejak ia ditubuhkan, bahkan ia melanjutkan cita-cita Hizbul Muslimin sebelumnya. Setelah gagal mempengaruhi proses kemerdekaan untuk menegakkan sistem pemerintahan Islam, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ketujuh pada 25-27 Disember 1958 telah memutuskan bahawa perjuangan menegakkan negara Islam adalah wajib bagi setiap umat Islam, khususnya ahli PAS. Langkah-langkah politik PAS selepas 1958 adalah merupakan rangkaian usaha PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Antara usaha PAS untuk menjelaskan konsep negara Islam ini adalah menerbitkan buku-buku tentang negara Islam sejak 1960 hingga terhasilnya Dokumen Negara Islam sebagai dokumen rasmi yang dilancarkan oleh PAS pada 12 November 2003.

14 Januari 2017

Gerakan Pemuda Islam Indonesia (GPII) - Rakan Antarabangsa Pertama Pemuda PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pergerakan politik Islam adalah sebuah gerakan global, tetapi terpisah oleh sempadan-sempadan politik selepas era penjajahan. Di antara gerakan yang wujud di seluruh dunia adalah saling mempunyai hubungan dan saling mempengaruhi. Di dalam sejarah kemunculan PAS sendiri, tidak dapat dinafikan adanya pengaruh Ikhwanul Muslimin dari Mesir, Jamiat Islam dari benua India dan Masyumi dari Indonesia. Setelah ditubuhkan, PAS membentuk pula jaringan hubungan dengan gerakan-gerakan Islam dalam rangka persaudaraan aqidah yang melangkaui sempadan politik.

13 Januari 2017

Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) - Permulaan Baru Kebangkitan Islam Di Tanah Melayu

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perubahan politik pasca Perang Dunia Kedua telah turut memberi kesan terhadap gerakan politik Islam di Tanah Melayu. Sejak kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 1924, telah muncul gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia yang berjuang untuk menegakkan semula negara Islam, termasuk di Alam Melayu. Penubuhan Sarekat Islam pada 16 Oktober 1905 telah menjadi gerakan politik Islam yang penting di Asia Tenggara sebelum kemunculan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) pada 24 Oktober 1943. Masyumi sendiri terbentuk hasil penyatuan pelbagai pertubuhan Islam menerusi Majlis Islam A’la Indonesia (MIAI) pada 18-31 September 1937.

12 Januari 2017

Pendirian PAS Sebelum Kemerdekaan - PAS Sertai Kongres Kebangsaan Melayu Kedua

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Perjuangan menuntut kemerdekaan telah sampai ke kemuncaknya apabila British menetapkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, di kalangan parti-parti politik Melayu yang mengemukakan tuntutan kepada Suruhanhaya Bebas Reid tidak berpuas hati dengan Penyata Reid yang didedahkan oleh media sejak Februari 1957. Yang paling tidak berpuas hati ialah di kalangan pemimpin Umno di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kedah, Seberang Perai dan Kota Bharu, walaupun 80 peratus cadangan dalam Penyata Reid adalah saranan dari Perikatan (Umno-MCA-MIC). Oleh kerana pemimpin Umno Kuala dan Negeri Sembilan menganggap Umno telah mengalah kepada MCA dalam tuntutan ini, mereka telah menyusun satu Kongres Kebangsaan Melayu Kedua untuk membincangkan semula cadangan Perlembagaan ini.

11 Januari 2017

Jawatankuasa Harian PAS - Metadbir Urusan Harian PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Urusan pentadbiran dan kepejabatan adalah urusan harian terpenting bagi sebuah parti politik. Perjalanan organisasi secara harian perlu ditadbir dengan cekap oleh Pejabat Agung PAS kerana ia melibatkan kelancaran pengurusan parti dan gerak kerjanya. Sejak Pejabat Agung PAS ditubuhkan di Kepala Batas, Seberang Perai pada akhir 1951 hinggalah ia berpindah ke Kuala Lumpur pada akhir 1955 dan kini berpusat di 319-A, Jalan Raja Laut, urusan-urusan pentadbiran harian PAS ditadbir oleh Setiausaha Agung PAS dengan dibantu oleh sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah Fasal 27 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.

10 Januari 2017

Peruntukan 'Ahli Gabungan' - Pertubuhan Islam Juga Boleh Sertai PAS (Undang-undang Tubuh PAS 1951)

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Salah satu sumber kekuatan organisasi ialah keahlian. PAS pada awal penubuhannya mempunyai tiga jenis keahlian untuk membolehkan PAS membina kekuatan organisasinya. Undang-undang Nombor 11 Undang-undang Tubuh PAS 1951 menetapkan keahlian tiga jenis keahlian PAS, iaitu pertama, ahli PAS. Mana-mana individu yang beragama Islam dan aqil baligh menurut hukum syarak serta menjadi rakyat mana-mana negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu atau rakyat Persekutuan Tanah Melayu atau rakyat Singapura boleh menjadi ahli PAS.

09 Januari 2017

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama Tahun 1951

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Setelah membentuk Jawatankuasa Kerja Agung sesi yang pertama dalam Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya pada 24 November 1951, PAS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama pada 3 Januari 1951 di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyyah, Kepala Batas, Seberang Perai. Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini telah dihadiri oleh 19 orang perwakilan mewakili 13 buah Cawangan PAS bersama 13 orang Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS. Tiga Cawangan PAS tidak menghantar perwakilan, manakala beberapa tokoh seperti Mufti Melaka, Haji Khalil Hassan dan Mufti Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim turut hadir.

08 Januari 2017

PAS Dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur 1952

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada 16 Februari 1952 adalah pilihan raya yang kedua diadakan di negara ini selepas PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 dan Undang-undang Tubuh PAS 1951 digubal pada 24 November 1951. Terdahulu, pada 1 Disember 1951, pilihan raya bandaran pertama diadakan di George Town, Pulau Pinang yang menyaksikan Umno hanya memenangi satu kerusi sahaja, sedangkan Parti Radikal mendapat enam, manakala Parti Buruh dan Bebas masing-masing satu kerusi dari sembilan kerusi yang dipertandingkan. PAS walaupun ditubuhkan di Kuala Lumpur, namun ia tidak menyertai Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur ini kerana PAS Cawangan Kuala Lumpur hanya ditubuhkan pada 13 Julai 1952.

07 Januari 2017

Ketaatan - Komponen Utama Tatatertib Ahli PAS

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Tatatertib atau disiplin merupakan isu terpenting dalam sesebuah organisasi kerana ia menjadi nadi keberkesanan kepemimpinannya. Demikian juga halnya dalam sebuah jemaah atau gerakan Islam termasuk PAS. Persoalan disiplin dan tatatertib organisasi telah menjadi keutamaan sejak dari hari penggubalan Undang-undang Tubuh (Perlembagaan) PAS pada 24 November 1951. Salah satu komponen utama tatatertib PAS ialah “taat”.

06 Januari 2017

Tuan Guru Haji Othman Al-Yunusi - Pengasas PAS Kedah

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

PAS Kedah telah memulakan sejarahnya apabila satu perjumpaan umat Islam diadakan di Madrasah an-Nahdhah, Bukit Besar pada 6 September 1952 dan berhasil menubuhkan PAS Cawangan Bukit Besar, cawangan PAS yang pertama di Kedah. Mudir Madrasah an-Nahdhah, Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi atau lebih terkenal dengan panggilan Lebai Pak Man Bukit Besar telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Cawangan Bukit Besar yang pertama.

05 Januari 2017

Muktamar Islam Tenggara Asia - Putuskan Keperluan Umat Islam Meyertai Pilihanraya

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Muktamar Islam Tenggara Asia merupakan perhimpunan penting umat Islam dan para ulamak di Tanah Melayu sebelum merdeka kerana ia membincangkan strategi umat Islam dalam menghadapi perubahan politik pasca Perang Dunia Kedua. Antara desakan penting yang dihadapi oleh umat Islam adalah hukum penyertaan mereka dalam pilihan raya secara demokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah. Penjajah dalam rangka memerdekakan negara-negara jajahan mereka termasuk Tanah Melayu dan Indonesia telah mewujudkan sistem demokrasi berpilihan raya sebagai cara membentuk kerajaan rakyat.

04 Januari 2017

Ustaz Haji Hashim Jasin - Menuju Persada Mursyidul Am PAS Keempat

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Ustaz Haji Hashim Jasin, seorang pemimpin yang tenang, peramah, suka berseloroh tetapi tajam pandangan politiknya. Ustaz Hassan Shukri adalah teman sekuliah beliau di Baghdad, selain Bapak KH Abdul Rahman Wahid (Gus Dur), pemimpin Nahdatul Ulamak yang pernah menjadi Presiden Republik Indonesia itu. Ustaz Hashim Jasin ke Baghdad pada 1964 kerana biasiswa yang diberikan oleh Presiden Abdul Salam Arif (1963-1966), Presiden Iraq yang mendukung perjuangan Ikhwanul Muslimin ketika itu melalui Pak Yusof Rawa, konsulat Iraq di Pulau Pinang. Pak Yusof Rawa menyerahkan biasiswa ini kepada PAS untuk mengirimkan 10 pemuda PAS melanjutkan pelajaran di Iraq. Begitulah bermulanya intimak Ustaz Hashim Jasin bersama PAS.

03 Januari 2017

PAS Cawangan Pasir Puteh - Titik Kebangkitan Penerimaan PAS Di Kelantan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kejayaan PAS menubuhkan cawangannya di Pasir Puteh, Kelantan pada 1 Oktober 1954 telah menjadi titik kebangkitan bagi PAS Kelantan kerana ia adalah cawangan PAS yang pertama ditubuh setelah Dr Haji Abbas Alias dilantik secara rasmi sebagai Yang Dipertua Agung PAS, dan beliau merancang membentuk PAS Negeri / Daerah yang diketuai seorang Pesuruhjaya PAS. Penubuhan PAS Cawangan (kini Kawasan) Pasir Puteh telah mengembangkan lagi pengaruh PAS di Kelantan sejak ia mula diperkenal pada akhir 1952 dan tertubuhnya PAS Cawangan Pasir Mas dan Machang pada 1953 sehingga PAS dapat berdiri sama tinggi dengan parti-parti yang ditubuhkan lebih awal di Kelantan seperti Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) dan Persatuan Melayu Kelantan (PMK), selain Umno yang wujud semenjak 1946. Salah satu kekuatan PAS di Kelantan, termasuk di Pasir Puteh ialah kerana ia dipelopori oleh golongan agama. Ustaz Haji Adam Kamil Mohd Salleh sendiri adalah guru agama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

02 Januari 2017

PAS Negeri Sabah - Langkah Awal Penubuhan Parti Islam Di Borneo

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Persatuan Islam Seluruh Sabah (PAS Sabah) adalah sebuah cawangan autonomi PAS yang diwujudkan pada tahun 1964 untuk mengembangkan pengaruh PAS ke wilayah baru Malaysia, Sabah (sebelumnya Borneo Utara). Tenaga utama yang memainkan peranan menubuhkan PAS Sabah ialah seorang tokoh perniagaan berketurunan Arab, Habib Omar al-Saqqaf. Menurut maklumat Pendaftar Pertubuhan Sabah, Penaja PAS Sabah telah ditubuhkan dalam bulan Ogos 1964 dan satu permohonan menubuhkan PAS Sabah telah dikemukakan oleh Habib Omar as-Saqqaf pada September 1964, tetapi ia tidak dapat diproses kerana beliau tidak melampirkan salinan Undang-undang Tubuh PAS Sabah. Pada 17 November 1964, penubuhan PAS Sabah telah diumumkan di Sandakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Ustaz Abu Bakar Hamzah.

01 Januari 2017

Politik Dan Kepartian : Mengapa Kita Perlu Mengambil Tahu?

Politik (dalam konteks kenegaraan) adalah sebuah disiplin ilmu mengenai urustadbir negara, dalam usaha meraih kuasa pemerintahan secara bersistem (seperti pilihanraya ataupun mesyuarat pemilihan). Namun, perilaku menginginkan kuasa pemerintahan ini kebiasaannya dilihat jelik oleh kebanyakan daripada kita (khususnya mereka yang tidak gemar akan perbezaan pendapat) kerana ia dilihat mampu membawa kepada pepecahan masyarakat.

Dr. Daeng Sanusi - Tokoh Ulamak PAS Paling 'Senior' Dalam Kepimpinan Semasa

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Tokoh ulamak PAS paling senior yang masih ada dalam kepemimpinan PAS sekarang ialah Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Ustaz Dr Haji Daeng Sanusi Daeng Mariok. Tokoh berdarah raja dari keturunan Bugis yang berasal dari Benut, Pontian, Johor ini dilahirkan pada 8 Oktober 1936. Beliau mempunyai sejarah hidup yang sangat mencabar kerana konflik keluarga yang tercetus akibat persaingan pengaruh dalam keluarga diraja Bugis yang baru berhijrah dari Tanah Bugis di Sulawesi ke Johor pada awal abad ke-20, akibat penjajahan Belanda. Ayahnya, Raja Ibrahim adalah seorang putera yang dikenali sebagai Daeng Mariok selepas ditabalkan mengikut adat istiadat Bugis, telah berhijrah ke Kalimantan akibat krisis tersebut.