01 April 2021

Calitan Nasofarinks COVID-19 : Adakah Ujian Saringan Ini Menyakitkan ?

Artikel asal oleh : Professor Dr. Irfan bin Mohamad (Universiti Sains Malaysia)

Setelah lebih satu tahun pandemik COVID-19 melanda dunia amnya dan Malaysia khasnya, selama itulah juga istilah-istilah perubatan serta pemahaman mengenainya telah mula dimasyarakatkan. Frasa-frasa yang lazimnya digunakan oleh mereka dalam bidang perubatan kesihatan awam seperti kuarantin, kontak rapat, pelitup separuh muka, penjarakan fizikal dan pelbagai nama yang digunakan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti PKP Diperketatkan (PKPD), PKP Bersyarat (PKPB), dan PKP Pemulihan (PKPP) telah mula menjadi bualan harian pada era norma baharu ini. Istilah-istilah ini telah dekat di hati orang awam kerana mereka telah, sedang dan akan menghadapinya.