28 November 2021

Phablet Samsung Galaxy Note 20 : Antara Pilihan Profesional Masa Kini

Artikel asal oleh : Effi Saharudin (Amanz Media)

Selepas sembilan (9) tahun dengan 13 versi berbeza sebelum ini, Samsung Galaxy Note kembali lagi pada Tahun 2020 dengan tujuan memberikan pengalaman baharu berbanding tahun sebelumnya. Dengan pelancaran Samsung Galaxy Note 20, peranti yang dahulunya merevolusikan saiz skrin yang besar dan penggunaan stylus, ia sekali lagi cuba membuktikan bahawa ia adalah 'pengganti' komputer riba yang boleh diandalkan.

Untuk iterasi ke-14 siri Galaxy Note, Samsung kini lebih menumpukan perhatian kepada memperbaiki kekurangan yang dilaporkan oleh pengguna. Tiada lagi evolusi besar pada ciri dan pengenalan iterasi yang berguna diutamakan. Berdasarkan pandangan rakan-rakan Amanz Media yang mendapat akses awal untuk Samsung Galaxy Note 20 pada 5 Ogos 2020, ini ialah pandang pertama untuk phablet unggul yang ingin memikat hati pengguna profesional.

13 Jun 2021

Vaksin COVID-19 : Usaha Pencegahan Penyakit Melalui Imuniti Kelompok

Segala puji bagi Allah Ta'ala, saya dan isteri saya, Nur Hazirah binti Tarmizi telah diberi peluang oleh Allah Ta'ala untuk menerima vaksin CoronaVac dos pertama di Pusat Perdagangan Dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC) pada pukul 12 tengah hari ini melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Dengan penerimaan dos pertama ini, dos kedua vaksin adalah dijangka akan diterima 3 minggu selepas penerimaan vaksin pertama, iaitu pada 4 Julai 2021.

25 Mei 2021

COVID-19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : Pencetus Teknologi 'Bekerja Dari Rumah'

Artikel asal oleh : Dr. Tuan Noorkorina binti Tuan Kub (Universiti Sains Malaysia)

Sebelum kehadiran wabak COVID-19, istilah 'Bekerja Dari Rumah' atau 'Work From Home' (WFH) ini kurang dikenali disebabkan tidak ramai yang tahu tentang cara untuk bekerja menggunakan teknologi dari rumah. Kini istilah ini tidak asing lagi memandangkan hampir keseluruhan pekerja yang perlu menyiapkan tugasan telah mula bekerja dari rumah. Perkara paling penting untuk melakukan WFH adalah jaringan internet yang stabil, komputer riba atau telefon bimbit. Dengan adanya pelbagai teknologi terkini, tugas-tugas yang dahulunya hanya boleh dilakukan di tempat kerja kini telah dapat dilakukan bukan sahaja di rumah, malah di mana-mana sahaja.

01 April 2021

Calitan Nasofarinks COVID-19 : Adakah Ujian Saringan Ini Menyakitkan ?

Artikel asal oleh : Professor Dr. Irfan bin Mohamad (Universiti Sains Malaysia)

Setelah lebih satu tahun pandemik COVID-19 melanda dunia amnya dan Malaysia khasnya, selama itulah juga istilah-istilah perubatan serta pemahaman mengenainya telah mula dimasyarakatkan. Frasa-frasa yang lazimnya digunakan oleh mereka dalam bidang perubatan kesihatan awam seperti kuarantin, kontak rapat, pelitup separuh muka, penjarakan fizikal dan pelbagai nama yang digunakan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti PKP Diperketatkan (PKPD), PKP Bersyarat (PKPB), dan PKP Pemulihan (PKPP) telah mula menjadi bualan harian pada era norma baharu ini. Istilah-istilah ini telah dekat di hati orang awam kerana mereka telah, sedang dan akan menghadapinya.

20 Januari 2021

Sepuluh (10) Tablet Pilihan Di Bawah RM1,000 Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

Artikel asal oleh : Amy Maizuraa (Amanz Media)

Sepertimana yang dimaklumi, sesi persekolahan secara bersemuka hanya melibatkan murid yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sahaja. Sementara, semua murid sekolah rendah dan pelajar tingkatan satu hingga empat pula diarahkan untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Keputusan itu dibuat bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini. Pada masa sama, ia bertujuan untuk melindungi keselamatan anak-anak.

Enam (6) Komputer Riba Pilihan Sekitar RM2,000 Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

Artikel asal oleh : Nazrin (Amanz Media)

Sekolah-sekolah rendah dan menengah baru sahaja memasuki tahun pengajian baru, dan dengan wabak COVID-19 yang masih lagi membelenggu negara dan dunia, ibu bapa dengan anak-anak yang masih lagi di alam persekolahan akan memerlukan sebuah peranti untuk digunakan buat tujuan tersebut. Sebelum ini, Amanz Media telah mengesyorkan 10 tablet mampu milik yang boleh dibeli pada harga di bawah RM1,000. Walaupun begitu, mereka sedar ada di antara kita yang lebih selesa menggunakan komputer riba, dan di dalam artikel ini mereka akan mengesyorkan enam (6) komputer riba pada harga sekitar RM2,000.