Saya merujuk kepada penulisan Yang Berhormat Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi di laman sesawang Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS baru-baru ini berkenaan Penggabungan Diri dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Berikut adalah penulisan beliau yang saya kongsikan kepada para pembaca untuk renungan kita bersama.
BAGAIMANAKAH INTIMA’ YANG KUKUH ?
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi [Ketua Penerangan PAS Pusat]
Definisi Intima’ memberi makna ‘menyertai dengan satu ikatan’. Dalam ertikata yang lain, berintima’ dengan PAS bermaksud: menyertai PAS dengan satu ikatan. Namun, terdapat intima’ yang salah dan rapuh dengan maksud, mereka menyertai PAS dengan intima’ yang tidak kukuh dan mampu terputus bila-bila masa apabila diminta. Hanya terdapat satu sahaja jenis intima’ yang betul-betul benar, kukuh dan utuh.
INTIMA’ YANG SALAH
Intima’ yang rapuh, longgar dan salah ini sekurang-kurangnya ada 4 jenis :
1. Intima’ Syakhsi (إنتماء شخصي)
Menyertai PAS kerana ketokohan individu tertentu. Intima’ ini rapuh kerana hakikat seorang individu atau tokoh tertentu boleh hadir dan pergi. Jika tokoh yang menjadi idolanya meninggalkan PAS, maka ia juga akan turut meninggalkan PAS. Perjuangannya tidak mantap dan utuh. Pendiriannya juga tidak kukuh. Mungkin bertahan beberapa tahun mengikut ketahanan tokoh yang menjadi asbab kenapa ia menyertai PAS. Ada sepanjang hayatnya bersama PAS tetapi penghujung usianya berakhir di luar PAS.
Situasi ini pernah ditegaskan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.:
“Barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Muhammad SAW maka sesungguhnya Muhammad SAW telah mati, dan barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah SWT maka sesungguhnya Allah SWT hidup dan tidak mati.”
Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra meneruskan membaca ayat Allah Ta’ala :
“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling tadah memusing tumit kamu? Sesiapa yang berpaling memusingkan tumitnya, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur.”(Surah Aali-Imran: Ayat 144)
2. Intima’ Maslahi (إنتماء مصلحي)
Menyertai PAS kerana kepentingan peribadi atau kelompok, dan ia mempunyai agenda tertentu yang ingin dicapai. Apabila gagal mencapai kepentingan yang diingini dan tidak berjaya melunaskan agenda yang dirancang, mereka akan mencari tapak yang lain untuk pelan ‘B’ dan seterusnya meninggalkan PAS. Ketahanan mereka berdasarkan sejauh mana atau selama manakah mereka perolehi kepentingan dan memiliki peluang menjayakan agenda mereka.
3. Intima’ Irtijaali (إنتماء ارتجالي)
Menyertai PAS secara spontan tanpa asas dan sebab yang kukuh. Ia sendiri tidak mengetahui kenapa ia menyertai PAS. Bakanya adalah baka PAS. Ayah dan ibunya PAS serta persekitaran ia membesar juga PAS. Justeru, ia tidak mempunyai jawapan yang konkrit kenapa ia menyertai PAS selain dari menyedari bahawa ia telah ‘PAS’ sejak awal. Pendirian mereka akan cepat goyang apabila PAS dilanda krisis dan mereka seperti ini tidak mempunyai jawapan yang mantap kenapa ia mesti terus berada dalam PAS yang sedang bergoncang dilanda gelombang. Akhirnya, ia lari meninggalkan PAS kerana tidak sanggup berdepan dengan apa jua kemungkinan.
4. Intima’ A’fawi (إنتماء عفوي)
Menyertai PAS berasaskan kecenderungan dan simpati terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS yang juga teruk dibelasah oleh musuh. Intima’ jenis ini longgar serta rapuh kerana kecenderungan dan simpatinya akan berakhir terutama apabila didapati PAS tidak lagi menepati kemahuan dan kehendaknya. Tiada lagi simpati malah boleh bertukar menjadi benci. Tatkala benci menguasai diri, maka mereka akan mengangkat kaki meninggalkan PAS.
INTIMA’ YANG BENAR
Intima’ yang benar, kukuh, utuh dan mantap hanya satu iaitu:
Intima’ Aqidi - (إنتماء عقيدي)
Menyertai PAS berdasarkan tuntutan Aqidah al-Islamiyyah. Berdiri atas Iman kepada Allah Ta’ala dan Kitab-Nya yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Menunaikan perintah Allah SWT dengan penuh yakin dan optimis supaya berjuang menegakkan Syariat Allah SWT dengan harta dan jiwa raga.
Firman Allah Ta’ala:
Intima’ yang kukuh ialah apabila kita meletakkan diri berjuang hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt, menegakkan syariat dan segala syiar-Nya, mencari keredhaan Allah swt di dunia dan di akhirat. Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa terdapat A’rabi datang bertanya Nabi Muhammad SAW:
Mereka yang menyertai PAS dengan Intima’ yang rapuh pasti sahaja tidak akan mampu bertahan bersama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan Kalimah (syariat) Allah SWT. Ujiannya terlalu getir, khasnya ujian dalaman yang boleh membawa kekecewaan dan patah hati. Hanya mereka yang menyertai PAS kerana aqidah sanggup berjuang dan mampu bertahan hingga ke denyut nadi yang terakhir. Sama ada menang atau syahid, namun untuk memalingkan tumit meninggalkan perjuangan adalah tidak sama sekali.
-------------
HARI INI, berikutan krisis yang berlaku kepada PAS dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), seorang aktivitis PAS, telah meninggalkan PAS dan mengumumkan penyertaannya ke parti sosialis itu. Amat malang meninggalkan Jama’ah Islam yang masih berada di atas landasan Al-Quran dan As-Sunnah, kemudian melantik pula orang-orang kafir sebagai pemimpin bagi perjuangan mereka. Moga saya dan keluarga sentiasa thabat bersama Jama’ah Islam PAS yang saya cintai.
Moga Allah sentiasa mengampuni kita atas sifat kejahilan dan kealpaan sebagai seorang manusia.

“Pergilah kamu segera untuk berjuang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
(Surah al-Taubah: 44)
Intima’ yang kukuh ialah apabila kita meletakkan diri berjuang hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt, menegakkan syariat dan segala syiar-Nya, mencari keredhaan Allah swt di dunia dan di akhirat. Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa terdapat A’rabi datang bertanya Nabi Muhammad SAW:
“Seorang pemuda (tokoh) yang berjuang kerana mahu memiliki harta rampasan, ada tokoh yang berjuang supaya namanya disebut-sebut, ada yang berjuang supaya dirinya berketerampilan dan terpandang. Maka siapa yang diiktiraf berjuang di jalan Allah SWT?”Dalam riwayat yang lain:
“Ada yang berjuang kerana tunjuk berani, ada yang berjuang kerana mahu mendapatkan pelindungan, ada yang berjuang kerana semata-mata benci kepada musuh, maka siapa yang benar-benar diiktiraf sebagai pejuang dijalan Allah SWT?”Lalu, Rasulullah SAW menjawab:
“Sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah SWT (mengatasi ideologi ciptaan manusia) maka ia berada pada Jalan Allah SWT (fi Sabilillah).”
(muttafaqun ‘alaihi)