Artikel asal oleh : Ibn Jawi (The Patriots)
Para pelajar terutama yang bersekolah di sekolah berasrama atau pelajar yang sering menyertai usrah pasti amat kenal dengan satu kitab kecil yang dinamakan sebagai “Risalah al-Ma’thurat”. Al- Ma’thurat berasal dari perkataan Arab iaitu “Ma’thur” dan “Athar”. Zikir atau wirid ma’thur pula bermaksud, “Sesuatu amalan yang lahir dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah”. Amalan membaca zikir serta wirid al-Ma’thurat pada waktu pagi dan petang ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan sejarah Tarekat asy-Syadziliyyah. Untuk memahaminya dengan lebih mendalam, elok kita ketahui dahulu apa itu Tarekat Sufi asy-Syadzili ini.
Tarekat Syadzili ini adalah Tariqah Ahlul Maghrib kerana ianya berkembang pesat di barat
wilayah Islam iaitu dari Mesir hingga ke Morocco (Maghribi). Tarekat ini diasaskan oleh Imam
Abul Hassan asy-Syadzili. Berikut merupakan sanad emas Tarekat Syadzili ini:-
Nabi Muhammad
Saiyidina Ali bin Abi Talib
Saiyidina Hassan bin Ali
Syeikh Abu Muhammad Jabir bin Abdullah
Syeikh Said al-Ghazawani
Syeikh Abu Muhammad Fath al-Su’ud
Syeikh Abu Muhammad Said
Syeikh Abul Qasim Ahmad bin Marwani
Syeikh Sayyid Ishaq Ibrahim al-Basri
Syeikh Zainuddin al-Qazwini
Syeikh Syamsuddin
Syeikh Muhammad Tajuddin
Syeikh Nuruddin Abul Hassan Ali
Syeikh Fakhruddin
Syeikh Taqiuddin al-Fuqayr
Syeikh Abdul Rahman al-Madani
Syeikh Abdul Salam bin Mashish
Imam Abul Hassan asy-Syadzili
Manakala sanad Tarekat Syadzili dari jurai lain pula adalah sebegini:-
Nabi Muhammad
Saiyidina Ali bin Abi Talib
Syeikh Hasan al-Basri
Syeikh al-Ajami
Syeikh Daud at-Tai
Syeikh Ma’ruf al-Kharkhi
Syeikh Sirri as-Saqati
Syeikh asy-Shibli
Syeikh at-Tartusi
Syeikh Abul Hasan al-Hukkari
Syeikh Abu Said al-Mubarak
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Syeikh Syuaib Abu Madyan
Syeikh Muhammad Salih
Syeikh Muhammad bin Harazim
Syeikh Abdul Salam Mashish
Imam Abul Hasan asy-Syadzili
Nama penuh pengasas Tarekat Syadzili ialah Abul Hassan asy-Syadzili bin Abdullah Abdul
Jabbar bin Tamim bin Hurmuz bin Hatim bin Qusay bin Yusuf bin Yusya’ bin Ward bin Bathal
bin Ahmad bin Muhammad bin Isa bin Muhammad bin Saiyidina Hassan bin Saiyidina Ali dan
Saiyidatina Fatimah al-Zahra binti Rasulullah.
Imam Abul Hassan asy-Syadzili ini lahir pada tahun 1196 dan meninggal dunia pada tahun 1258.
Beliau merupakan Ulama Sufi termasyhur dari Morocco. Beliau terkenal dengan kitab berjudul
Hizb Bahr iaitu sebuah kitab himpunan wirid dan zikir bagi Ahli Sufi. Tarekat Syadzili amat
dipengaruhi oleh ilmu Tasawwuf Imam al-Ghazali melalui karyanya Ihya’ Ulumuddin.
Imam Abul Hassan asy-Syadzili kemudiannya melantik Imam Abul Abbas al-Mursi sebagai
Khalifah Tarekat Syadzili.
Imam Abul Abbas al-Mursi ini lahir di Murcia, Andalucia, Sepanyol
pada tahun 1219 dan meninggal dunia pada tahun 1287. Imam Abul Abbas al-Mursi memiliki
ramai murid antaranya Imam al-Busiri iaitu seorang ulama Sufi berbangsa Berber Bani Sanhaji
yang lahir pada tahun 1211 dan meninggal dunia pada 1294. Imam al-Busiri terkenal dengan
karyanya iaitu Qasidah Burdah.
Imam Abul Abbas al-Mursi pula kemudiannya melantik Imam Ibn Ataillah as-Sakandari sebagai
Khalifah Tarekat Syadzili yang seterusnya. Imam Ibn Ataillah as-Sakandari lahir pada 1259 dan
meninggal dunia pada tahun 1310. Beliau berasal dari Iskandariah, Mesir dan mengajar di
Masjid al-Azhar, Mesir. Beliau terkenal dengan Kitab al-Hikam iaitu karya Tasawwuf aras
tinggi.
Kitab al-Hikam Ibn Ataillah as-Sakandari ini disyarah oleh Imam Ahmad Zarruq iaitu ulama
berbangsa Berber Bani Barnusi yang lahir pada tahun 1442 dan meninggal dunia pada tahun
1493. Imam Ahmad Zarruq adalah sezaman bahkan sahabat kepada Imam Muhammad al-Jazuli
iaitu seorang lagi ulama Sufi berbangsa Berber Bani Jazulah yang terkenal dengan karyanya
yang berjudul Dalail al-Khairat. Kesemua Imam Tarekat Syadzili ini beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengikut manhaj
Imam Abul Hassan Asyaari dan bermazhab Maliki dalam Fiqh. Selain bidang tasawwuf, para
ulama Syadziliyyah ini juga pakar dalam hal ehwal fiqh Malikiyyah, Akidah, Tafsir, Hadis dan
sebagainya. Bahkan, kebanyakkan Ulama Hadis akan berbaiat dengan Tarekat Syadzili.
Selain kitab Qawaid Tasawwuf, Imam Ahmad Zarruq juga terkenal dengan karyanya yang
berjudul Safinah an-Naja liman Ila Allah iltaja’ (Bahtera Penyelamat Bagi Mereka Yang Menuju
Kepada Allah) yang juga dikenali sebagai Wazifah Zaruqqiyyah. Ianya merupakan kitab
himpunan zikir harian dalam Tarekat Syadzili. Daripada Wazifah Zaruqiyyah inilah Syeikh Hassan al-Banna menyusun risalah al-Ma’thurat
yang terkenal itu. Syeikh Hassan al-Banna yang lahir pada tahun 1906 di Mesir ini mengambil
baiat Tarekat Syadzili daripada gurunya iaitu Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Hassanain al-
Husofi. Bagi Syeikh Hassan al-Banna, tarbiyah sufi untuk rohani amatlah penting bagi
membangunkan semula umat Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada 1924.
Syeikh Hassan al-Banna mengasaskan Haraki Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 untuk tujuan
dakwah berunsurkan kesufian. Mereka fokus kepada isu-isu pendidikan agama dan khidmat
sosial bagi melawan kerosakkan tamadun yang dibawa oleh penjajah British di Mesir pada ketika
itu. Apabila jemaah Ikhwanul Muslimin semakin ramai, maka barulah mereka mula mengorak
langkah melawan penjajah British secara langsung dalam arena politik. Dalam kitab Muzakkirat ad-Dakwah wad-Da’iyyah, Syeikh Hassan al-Banna berkata, “Tidak
syak bahawa dengan ilmu Tasawwuf, golongan sufi telah mencapai martabat yang tinggi dalam
membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi
doktor dalam bidang kerohanian, yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan
golongan sufi.”
Kepincangan masyarakat Islam turut melibatkan masalah kerohanian. Dakwah semata-mata
dengan perkataan tidak banyak membantu dalam menyembuhkan penyakit rohani masyarakat
Islam. Ini kerana, penyakit rohani perlu dirawat dengan manhaj Tarbawi Nabawi iaitu dakwah
dengan kalam dan ahwal (keadaan hati). Proses tarbiah sufi mempunyai dasar dan manhaj yang
bersambung salasilahnya kepada Rasulullah.
Para murabbi sufi yang mewarisi manhaj Nabawi secara muktabar sanadnya ini adalah ahli-ahli
yang berkelayakan dalam bidang tarbiah kerohanian umat Islam. Bahkan, ianya sangat perlu
kepada masyarakat Islam secara umum dan para pendakwah secara khusus. Syeikh Hassan al-
Banna sentiasa memerlukan nasihat khusus dari ulama turath yang Sufi terutamanya di al-Azhar
agar dakwahnya terus berkembang. Antara ulama tersebut yang beliau dampingi ialah Syeikh
Yusuf Ad-Dijiwi, Syeikh Muhammad Hafiz At-Tijani, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan
selainnya. Setelah berlalunya zaman pimpinan Syeikh Hasan Al-Banna dan Syeikh Umar At-Tilmisani dan
gerakan Ikhwanuk Muslimin kian besar, masyarakat Islam hanya kenal Ikhwanul Muslimin dari
sudut politik sahaja tanpa sedar bahawa asas pembentukkan Ikhwanul Muslimin sebenarnya
adalah Tarbiyyah Sufiyyah.
Sedangkan Syeikh Hassan al-Banna sering menegaskan bahawa “Haqiqatuna as-Sufiyyah” yang
bermaksud “Intipati Ikhwanul Muslimin ini asasnya adalah tarbiyyah tradisi ahli sufi terdahulu”.
Syeikh Said Hawwa, seorang ulama Sufi yang aktif mengembangkan dakwah di Syria banyak
menerapkan unsur kesufian dalam Ikhwanul Muslimin khususnya melalui kitab beliau
Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah.
Syeikh Abu al-Hasan Ali an-Nadwi memuji manhaj dakwah Syeikh Hassan al-Banna dalam at- Tafsir as-Siyasi lil Islam:-
Syeikh Abu al-Hasan Ali an-Nadwi memuji manhaj dakwah Syeikh Hassan al-Banna dalam at- Tafsir as-Siyasi lil Islam:-
“Pemimpin besar dan teman-teman rapatnya memberitahuku bahawasanya beliau (Syeikh Hasan
al-Banna) sentiasa berpegang dengan wirid-wirid dan amalannya (Tarikat Syadzili) sehingga
akhir usianya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan