01 Januari 2020

Sembilan (9) Fakta Tentang COVID-19

Artikel asal oleh : Dr. Intan Juliana binti Abdul Hamid (Universiti Sains Malaysia)

Sejak mula dilaporkan pada Disember 2019, perkataan Coronavirus dan COVID-19 kini menjadi perhatian dan bualan dalam segenap lapisan masyarakat baik yang tua mahupun yang muda. COVID-19 tidak lagi asing bagi masyarakat Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sehingga 6 Oktober 2020, sebanyak 36 juta kes melibatkan lebih 1,054,604 kematian telah dilaporkan di seluruh dunia. Di Malaysia pula sebanyak 13,504 kes telah dilaporkan dengan jumlah kematian sebanyak 141 orang. Hal ini amat membimbangkan pelbagai pihak kerana angka ini terus meningkat saban hari. Untuk mengekang penularan virus ini, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini berlanjutan hingga fasa ke-enam dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Walaupun hampir 9 bulan semenjak virus ini mula ditemui, masih ramai antara kita yang tidak tahu perkara penting tentang COVID-19. Oleh itu, sembilan (9) fakta akan diulas untuk memastikan rakyat Malaysia memahami isu-isu penting mengenai COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Al-Ma'thurat : Zikir Tarekat Sufi Syadzili Oleh Imam Hassan Al-Banna

Artikel asal oleh : Ibn Jawi (The Patriots)

Para pelajar terutama yang bersekolah di sekolah berasrama atau pelajar yang sering menyertai usrah pasti amat kenal dengan satu kitab kecil yang dinamakan sebagai “Risalah al-Ma’thurat”. Al- Ma’thurat berasal dari perkataan Arab iaitu “Ma’thur” dan “Athar”. Zikir atau wirid ma’thur pula bermaksud, “Sesuatu amalan yang lahir dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah”. Amalan membaca zikir serta wirid al-Ma’thurat pada waktu pagi dan petang ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan sejarah Tarekat asy-Syadziliyyah. Untuk memahaminya dengan lebih mendalam, elok kita ketahui dahulu apa itu Tarekat Sufi asy-Syadzili ini.