tag:blogger.com,1999:blog-37709945905549680662024-03-14T12:18:09.451+08:00AKAUNTAN HARAKI™Profesional Istiqamah Dengan ISLAMMuhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.comBlogger553125tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-46211480063726645972023-11-25T00:00:00.001+08:002023-11-29T01:22:54.820+08:00Fon Telinga Nirwayar AirPods Pro 2 (2nd Generation) : Kini Semakin Popular Merentas Masa
Artikel asal oleh : Effi Saharudin (Amanz Media)

Pergi ke YouTube sekarang dan tonton video-video temuramah atas talian yang dilakukan dengan selebriti popular, penganalisa politik atau ahli politik yang dijemput untuk menyampaikan isu semasa. Dalam 80% situasi, anda pasti dapat melihat fon telinga putih dengan tangkai panjang pada telinga mereka.

Boleh dirumuskan pandemik Covid-19 adalah iklan percuma terbaik untuk Apple AirPods seperti mana ahli sukan popular menjadi duta percuma untuk Beats By Dre semasa sukan Olimpik Beijing 2008. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan AirPods popularitinya pasti membingungkan. Apa yang kerap kami dengar ialah AirPods menjual gaya dan bukannya kualiti audio sama seperti Beats by Dre.

Pada tahun 2022, AirPods Gen 3 yang kami ulas sebelum ini seakan mengesahkan teori di atas. Tetapi dengan AirPods Pro Gen 2, kini kami akhirnya faham mengapa AirPods Pro popular di kalangan pengguna TWS global.
AirPods Pro Gen 2 (akan ditulis sebagai Pro 2 sahaja selepas ini) mengekalkan rekaan putik audio dan pod simpanan yang sama seperti Pro asal. Rekaan yang sudah ikonik tidak perlu ditukar kerana cukup dikenali ramai sekarang. Putik telinga bujur dengan bahagian hujung silikon hadir dengan tangkai yang terjulur keluar dari telinga apabila dipakai.

Terdapat lubang udara pada putik audio untuk mengurangkan tekanan dalam telinga semasa dipakai. Sensor pengesan kulit juga berwarna hitam turut dikekalkan. Pada bahagian tangkainya pula terdapat pad tekanan yang digunakan untuk mengawal muzik dan mengaktifkan mod ANC/Ambient apabila diperlukan. Perbezaan tahun ini ialah pad tekan ini juga kini mempunyai sensor sentuhan untuk mengawal tahap kelantangan audio dengan ini dilakukan dengan menatal ke atas/ ke bawah.

Bahagian hujung silikon yang diberikan selesa di dalam telinga. Secara lalai hujung silikon bersaiz sederhana (M) dipasangkan pada putik audio. Apple menyertakan juga hujung silikon tambahan bersaiz XS, X dan L untuk pemilik mencari saiz yang paling serasi dengan lubang telinga. Keselesaan ini penting bagi memastikan Pods 2 boleh dipakai pada telinga tanpa terasa ia seperti disumbat dengan jari.

Tubuh putik telinga dan pod pengecas berwarna putih. Selepas enam tahun dipasarkan, Apple masih enggan menawarkan AirPods dalam warna selain putih. Jika warna adalah penting bagi anda, hanya AirPods Max hadir dengan pilihan warna yang lebih pelbagai pada waktu ini.

Pod pengecas juga nampak sama jika dilihat sekali pandang. Perubahan yang dilakukan adalah kecil tetapi mendatangkan kesan yang besar ke atas bagaimana Pro 2 digunakan. Terdapat tiga lubang di bawah bersebelahan port pengecas Lightning yang adalah untuk speaker terbina yang berbunyi apabila Pro 2 cuba dijejak menggunakan Find My.

Turut ditambah ialah lubang untuk mengikat tali lanyard pada sisi kanan. Butang menambat fizikal di bahagian belakang dan lampu LED juga masih di tempat yang sama. Bak kata pepatah jika rekaan lama sudah cukup bagus tidak ada sebab untuk menjadi tikus yang membaiki labu.

Kemasan putik audio dan bekas simpanan Pro 2 memang meneruskan tradisi kualiti tinggi AirPods sejak enam tahun yang lalu. Walaupun diperbuat daripada plastik ia masih kelihatan premium. Bahagian penutup cukup ketat untuk mengelakkan putik audio terkeluar secara tidak sengaja tetapi tidak terlalu ketat sehingga sukar dibuka. Kekuatan magnet pada bahagian dalamnya juga baik kerana putik audio mudah dikeluarkan tanpa perlu mencungkil dengan keras seperti pengalaman kami dengan Huawei FreeBuds Pro sebelum ini.

Pod tidak kalis air tetapi putik audio melepasi piawaian IPX4 yang membolehkannya dibawa bersenam. Tahap ketahanannya lebih rendah jika dibandingkan dengan Galaxy Buds2 Pro yang melepasi piawaian IPX7.
Secara keseluruhan rekaan Pro 2 adalah amat kemas, selesa, cantik, ergonomik dan tidak menyusahkan pengguna. Masih ada isu lama tubuh plastik berkilat digunakan. AirPods Gen 3 tang kami ulas beberapa bulan yang lalu sudahpun calar balar dan kami sudah dapat mengajak nasib yang sama turut akan menimpa Pro 2. Jika anda inginkan Pro 2 kekal berkilat, terdapat banyak kerangka silikon dan getah di pasaran yang boleh memberikan lapisan pertahanan tambahan.

Penggunaan

Pro 2 ialah TWS dengan hujung silikon paling selesa pernah kami ulas setakat in. Apabila diletakkan dalam telinga tidak terasa seperti lubang telinga sentiasa dikorek. Ini membolehkan Pro 2 dipakai selama beberapa jam tanpa disedari. Pengalamannya sama seperti AirPods Gen 3 cuma dengan ciri ANC yang lebih baik. Jika keselesaan yang anda cari pada TWS, Pro 2 boleh dimasukkan ke dalam senarai pendek yang perlu dipertimbangkan pembeliannya.

Pada peranti ekosistem Apple proses menambat ke iPhone, iPad, dan MacBook adalah semudah membuka penutup pod pengecas. Notifikasi beranimasi model 3D Pro 2 untuk menambat aksesori audio muncul pada skrin iPhone/iPad dan tekan tambat dan semuanya selesai. Tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan hanya untuk AirPods. Pada MacBook pula notifikasi kecil akan muncul grafik tanpa animasi. Sekali lagi tekan sahaja dan tambatan dilakukan automatik.

Bagi pengguna ekosistem Apple, Pro 2 cukup bijak mengenali peranti-peranti yang anda milik. Tanpa perlu melakukan apa-apa, panggilan telefon boleh dijawab menggunakan Pro 2 walaupun pada waktu tersebut ia ditambat pada MacBook/iPad. Proses merubah multi peranti berfungsi dengan baik sepanjang tempoh ulasan.

Tanpa aplikasi khas, tetapan Pro 2 diubah menerusi skrin tetapan peranti atau skrin Bluetooth. Pemilik hanya boleh mengubah mod Spatial (Kekal atau menjejak kedudukan kepala), mengubah sensor tekanan (mematikan ANC, mod Ambient atau menyeru Siri) dan melakukan ujian kekedapan telinga (Ear Fit Test). Tiada ilihan mengubah tetapan lain. Dari segi ini, Apple tidak memberikan kebebasan kepada pengguna seperti Jabra, Samsung, Oppo, Xiaomi dan Huawei untuk mengubah tetapan TWS milik pengguna.

Pada Android, HarmonyOS, dan Windows dan proses tambatan memerlukan langkah tambahan menekan butang tambatan pada tubuh pod pengecas. Selepas ditekan beberapa saat dan lampu bertukar biru, Pro 2 akan muncul dalam senarai peranti Bluetooth. Tekan nama Pro 2 dalam senarai dan barulah ia boleh digunakan.

Sebuah lagi ciri baharu yang kami rasakan paling penting secara peribadi ialah ciri mencari Pro 2 apabila hilang menggunakan Find My pada peranti Apple. Kedudukan boleh dijejak dan apabila hilang pemilik boleh membuatkannya berdering. Bunyi deringan adalah cukup lantang sehingga masih boleh didengari walaupun tersorok di antara kusyen.

Pod mempunyai cip U1 yang membolehkan lokasinya dijejak menggunakan sistem Ultra Wide Band. Dalam Find My, arah Pro 2 dengan anggaran jarak akan diberikan secara masa nyata. Untuk menggunakan ciri ini iPhone dengan sokongan UWB diperlukan. Seperkara lagi yang kami rasakan menarik ialah selepas Pro 2 ditambat buat pertama kali kepada akaun Apple ID, hak milik tidak boleh dipadam tanpa pemilik menaip kata laluan. Oleh itu jika Pro 2 dicuri sekalipun, lokasinya akan dapat dijejak pemilik asal. Sistem anti pencuri ini cukup berkesan.

Kualiti Audio

Ulasan kualiti audio kami rasakan perlu diasingkan kepada dua dengan satu untuk ekosistem Apple dan satu lagi untuk ekosistem bukan Apple. Ini terpaksa dilakukan kerana terdapat perbezaan yang agak ketara.

Ekosistem Apple

Terdapat sokongan audio spatial dan menyokong audio pada kualiti yang baik menerusi Apple Music. Masih tiada sokongan nirhilang (lossless) kerana kekurangan pada teknologi bluetooth pada waktu ini. Secara lalai codec AAC digunakan oleh Pro 2 untuk menstrim muzik. Sokongan audio spatial yang bergerak mengikeut kepala juga turu diberikan. Pada waktu ini setahu kami hanya AirPods dan HomePod menyokong audio spatial Apple Music.

Pentas bunyi adalah terbuka dibantu oleh putik telinga yang tidak menyebabkan terasa seperti telinga kedap tersumbat. Kekuatan Pro 2 pada hemat kami ialah bass yang dalam dengan treble yang terang. Nota tinggi seperti loceng jelas kedengaran tetapi akan hilang dalam lagu dengan jumlah instrumen yang banyak. Suara juga jelas tanpa ia tenggelam.

Dentuman bass yang dalam tadi tidak terlalu kuat sehingga menjadikan instrumen lain tenggelam. Ada keseimbangan dalam bunyi lebih-lebih jika muzik dengan adunan Dolby Atmos dimainkan. Prestasi audio adalah amat baik baik sebuah TWS tetapi sekali (dan ada orang mengatakan mungkin tidak adil) tidak sebaik fon kepala.

Sistem ANC juga antara yang terbaik untuk TWS pernah kami gunakan. Bunyi deruman kipas meja, pendingin hawa, anak bercakap di ruang tamu, filem yang ditayangkan di TV dan bunyi bising sekeliling boleh dihalang daripada menerobos telinga dengan cemerlang.
Mod tembus Pro 2 juga adalah yang terbaik pada sepasang TWS. Audio yang didengari adalah seperti telinga langsung tidak memakai Pro 2. Sehampir mungkin seperti semula jadi. Kami letakkan mod tembus Pro 2 setanding dengan Sony WH1000-XM5 yang juga cemerlang.

Pengesanan apabila putik telinga ditanggalkan juga pantas. Sejurus selepas ditanggalkan muzik dijeda dan bersambung semula automatik apabila dipasang. Pad sesentuh cukup responsif ketika ditatal untuk menukar kekuatan audio yang sedang didengari.

Luar Ekosistem Apple

Jika anda membayar RM1,099 untuk sebuah TWS anda pasti berharap kesemua ciri boleh digunakan tetapi Audio Spatial, Find My, Ear Fit Test, mengubah tetapan butang fizikal dan mengemaskini firmware tidak boleh dilakukan. Ciri-ciri yang menjadikan Pro 2 menarik di ekosistem Apple tidak dapat digunakan langsung sehingga menjadikannya tidak berbaloi dimiliki.

Ini adalah pengalaman yang sama seperti yang kami alami pada Galaxy Buds2 Pro dan Huawei FreeBuds Pro. Ciri paling menarik eksklusif kepada pengguna ekosistem sahaja. Keputusan yang mengecewakan tetapi dengan AirPods mendominasi pasaran TWS dunia, Apple mungkin merasakan sokongan yang sempurna pada produk mereka sahaja sudah memadai.

Mikrofon

Mikrofon pada Pro 2 juga amat memuaskan. Panggilan telefon adalah jelas dan dalam sesi telesidang suara kami kedengaran semula jadi tidak robotik seperti pad TWS yang lain walaupun dengan ANC diaktifkan. Ini anda dapat lihat sendiri dalam puluhan video temuramah yang dilakukan ketika pandemik dan AirPods digunakan. Apakah rahsia Apple kami tidak tahu tetapi jelas mikrofon pada AirPods Pro 2 menawarkan rakaman audio yang sangat baik.

Bateri

Bateri diiklankan boleh bertahan sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas atau 6 jam dengan ANC/Spatial diaktifkan. Dalam pengguna dunia sebenar ia sebenarnya lebih hampir ke 5/25 jam kerana kami gemar mendengar muzik pada tetapan audio yang tinggi. Hayat bateri adalah memuaskan untuk perjalanan sederhana jauh.

Pengecasan semula mengambil masa sekitar dua jam menggunakan kabel Lightning. Pengecasan semula bole juga dilakukan menggunakan MagSafe atau pengecas Apple Watch. Ini adalah ciri berguna bagi pemilik iPhone yang mungkin tidak mempunyai kabel pengecas tambahan dan pengecas Apple Watch boleh digunakan. Pengecasan ini walau bagaimanapun lebih perlahan.

Dalam Kotak
Berikut ialah apa yang diterima dengan setiap pembelian peranti di Malaysia:

1x Apple AirPods Pro 2

1x Kabel pengecas USB-C ke Lightning

3x Pasang hujung silikon tambahan.

1x Manual.

Kesimpulan

Bagi pengguna ekosistem Apple, AirPods Pro 2 ialah TWS yang terbaik kerana prestasi audio yang baik, ANC yang terbaik dalam kelas, mod tembus terbaik dalam kelas, sokongan audio spatial dan paling serasi dengan kesemua produk Apple yang dimiliki. Ia adalah pilihan yang jauh lebih baik dan berbaloi berbanding AirPods Gen 3 yang tidak mempunyai ciri-ciri tambahan menarik. Pendek kata jika anda ingin menggunakan semuanya Apple, AirPods Pro 2 ialah pilihan yang tidak memerlukan anda berfikir panjang.

Kepada pengguna di luar ekosistem Apple pula, pengalaman tidak sama kerana audio spatial tidak disokong pada peranti Android atau Windows. Kawalan butang tidak boleh ditukar langsung. Apabila banyak ciri tidak disokong terasa rugi membayar RM1099 untuk hanya mengakses sebahagian ciri yang menjadikan AirPods Pro 2 unik. Ini ialah isu yang kami juga hadapi dengan produk Samsung, dan Huawei. Tidak adil jika kami mengkritik pengeluar lai tetapi tidak mengkritik Apple atas isu yang sama.

Kesimpulan untuk kesimpulan ini ialah beli jika anda pengguna Apple tegar. Jika anda bukan dalam golongan ini, terdapat TWS lain di pasaran dengan bunyi seakan sama tetapi boleh diakses lebih banyak ciri seperti Galaxy Buds2 Pro, Technics EAH-AZ60 dan Jabra Elite 7 Pro.

Pro

(1) Rekan yang kemas dan sangat selesa dalam telinga.

(2) Pengalaman audio yang memuaskan.

(3) ANC terbaik dalam kelas.

(4) Mod tembus terbaik dalam kelas.

(5) Sokongan audio spatial
Kalis air IPX4.

(6) Ciri Find My memudahkan ia dicari bila hilang.

Kontra

(1) Sokongan pelbagai ciri yang paling menarik hanya pada ekosistem Apple.

(2) Tiada LDAC pada peranti Android.

(3) Masih menggunakan Lightning.

(4) Masih hanya ditawarkan dalam warna putih.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-6310003083608864022023-10-01T00:00:00.009+08:002023-10-10T00:50:05.536+08:00Menangani Masalah Kerosakan Komunikasi Dengan Berkesan
Seorang sahabat saya pernah menceritakan tentang perihal majikannya yang agak tegas tidak bertempat dalam perkara-perkara remeh.

Sebagai contoh, seluruh rakan sekerjanya (bukan sekadar dirinya) telah dilemparkan dengan kata-kata yang sangat kesat melalui Whatsapp Group akibat kegagalannya memahami persetujuan majikannya untuk hadir ke mesyuarat yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama, komitmen beliau terhadap peraturan pejabat sebelum ini telah menyebabkan salah faham terhadap arahan majikan secara langsung, sekaligus membangkitkan kemarahan majikannya melalui berberapa siri perjumpaan. Akhirnya, beliau rasa tertekan dan produktiviti kerja beliau sedikit terjejas.

Menyelesaikan isu kerosakan komunikasi (communication breakdown) adalah penting dalam hubungan peribadi atau profesional. Apabila orang ramai bergelut untuk memahami satu sama lain atau mengalami kesukaran untuk menyampaikan fikiran dan perasaan mereka, ia boleh menyebabkan salah faham, konflik dan penurunan produktiviti.

Berikut ialah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menangani kerosakan komunikasi:

1. Kenalpasti masalah

Mulakan dengan menyedari bahawa terdapat gangguan komunikasi sekiranya sesuatu produktiviti tidak berlaku dengan baik. Beri perhatian kepada tanda-tanda seperti salah faham, kekecewaan, konflik berulang atau kekurangan kejelasan dalam perbualan.

2. Dengar dengan aktif

Hendaklah kita mendengar orang lain secara aktif tanpa mengganggu. Cuba fahami perspektif, emosi dan kebimbangan mereka. Buat hubungan mata, angguk dan berikan isyarat lisan seperti "Saya nampak" atau "Saya faham" untuk menunjukkan anda sedang mengadaptasi perbualan tersebut.

3. Minta penjelasan

Jika anda tidak pasti tentang apa yang orang lain katakan, tanya soalan yang menjelaskan. Ulang semula apa yang anda faham untuk memastikan anda berada di halaman yang sama. Sebagai contoh, anda boleh berkata, "Jadi, jika saya faham dengan betul, anda berkata..."

4. Gunakan bahasa yang jelas dan padat

Apabila menyampaikan fikiran atau idea anda, gunakan bahasa yang jelas dan mudah. Elakkan istilah yang terlalu teknikal, terutamanya jika orang lain mungkin tidak biasa dengannya.

5. Kenalpasti isyarat Non-verbal

Beri perhatian kepada komunikasi bukan lisan seperti bahasa badan, nada suara dan ekspresi muka. Petunjuk ini boleh memberikan maklumat berharga tentang emosi dan niat seseorang.

6. Pilih masa dan tempat yang tepat

Pastikan anda berada dalam persekitaran yang sesuai untuk komunikasi yang berkesan. Elakkan gangguan dan wujudkan persekitaran di mana kedua-dua pihak boleh memberi tumpuan kepada perbualan.

7. Urus emosi

Emosi kadangkala boleh menghalang komunikasi yang berkesan. Jika anda atau orang lain kecewa atau marah, ambil langkah ke belakang, dan cuba bertenang sebelum meneruskan perbualan.

8. Amalkan empati

Cuba lihat situasi dari perspektif orang lain. Empati boleh membantu anda memahami perasaan dan motivasi mereka dengan lebih baik, menjadikannya lebih mudah untuk menyelesaikan isu.

9. Gunakan Pernyataan "Saya"

Apabila membincangkan masalah atau kebimbangan, gunakan pernyataan "Saya" untuk meluahkan perasaan dan keperluan anda tanpa menyalahkan atau menuduh. Contohnya, "Saya berasa kecewa apabila..." dan bukannya "Awak selalu..."

10. Dapatkan maklum balas

Galakkan maklum balas terbuka daripada orang lain. Tanya mereka bagaimana mereka melihat gaya komunikasi anda dan jika terdapat kawasan yang boleh anda perbaiki.

11. Pertimbangkan gaya komunikasi

Orang mempunyai gaya komunikasi yang berbeza, seperti lebih langsung atau tidak langsung. Berhati-hati dengan perbezaan ini dan laraskan pendekatan anda dengan sewajarnya.

12. Amalkan kemahiran komunikasi berkesan

Laburkan masa dalam meningkatkan kemahiran komunikasi anda melalui latihan, bengkel atau sumber bantuan diri. Kemahiran seperti mendengar aktif, ketegasan dan penyelesaian konflik boleh memberi manfaat.

13. Pengantaraan atau bantuan pihak ketiga

Dalam situasi di mana gangguan komunikasi berterusan, pertimbangkan untuk melibatkan pihak ketiga yang neutral, seperti pengantara atau kaunselor, untuk membantu memudahkan perbualan dan mencari penyelesaian.

14. Bersabar dan tekun

Komunikasi yang berkesan memerlukan masa dan usaha. Jangan mengharapkan hasil serta-merta, dan bersedia untuk berusaha meningkatkan komunikasi dalam jangka panjang.

Ingatlah bahawa gangguan komunikasi adalah perkara biasa, tetapi dengan kesabaran, pemahaman dan kesediaan untuk menambah baik, anda boleh mengatasi isu ini dan membina hubungan yang lebih kukuh dan berkesan.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-56332972341203922612023-09-10T00:00:00.001+08:002023-09-12T00:04:04.752+08:00Jam Pintar Apple Watch Series 8 : Jam Tangan Pintar Terbaik Berprestasi Lancar
Artikel asal oleh : Fahim Zahar (Amanz Media)

Sebagai seorang yang mula menggunakan peranti boleh pakai dengan Mi Band dan beralih ke jam-jam Wear OS, pada awalnya saya sukar untuk percaya dakwaan orang ramai yang Apple Watch adalah jam tangan pintar terbaik di pasaran. Ini dakwaan yang sama dengan tablet, di mana iPad adalah yang terbaik.

Dakwaan ini terbukti apabila saya mula menggunakan Apple Watch Series 3, tukar ke Series 4 dan terus melompat ke Series 7 pada tahun 2021. Selepas menggunakannya untuk beberapa bulan yang lalu dan ia dibawa ketika menunaikan ibadah umrah. Apabila Apple Watch Series 8 tiba ke makmal Amanz, saya ingin melihat apakah perbezaannya jika ada atau lebih baik berhijrah terus ke Apple Watch Ultra?

Saya sentiasa berpuas hati dengan skrin Apple Watch kerana ia menggunakan panel LTPO OLED yang cerah, warna yang hidup dan menyokong kadar segar semula adaptif 1-60Hz. Saiz skrin 1.9-inci adalah cukup besar dan memuaskan dengan ciri menaip dengan papan kekunci serta muka jam tambahan yang memanfaatkan rekaan skrin melengkung.

Saiz yang besar dan luas ini juga sangat menarik untuk menggunakan muka jam dengan banyak complications agar data-data kesihatan, maklumat cuaca, bateri dan banyak lagi perkara lain boleh dipaparkan untuk dibaca/dilihat dengan jelas.

Bukan itu sahaja, jika ingin bermain permua asas atau tonton video YouTube melalui aplikasi WatchTube juga tiada masalah. Tetapi saya tidak galakkan kerana ia memakan bateri pada kadar yang tinggi. Skrin besar ini juga selesa digunakan untuk menerokai talam aplikasi dalam paparan grid tanpa perlu menggunakan paparan susunan senarai. Sokongan Always-on Display juga pantas bertukar ke mod biasa dan masih cantik, jelas dan data dipaparkan dikemaskini secara nyata.

Series 8 dijana dengan cip Apple S8 SiP dwi-teras 64 bit. Sebenarnya ia adalah cip sama dengan Series 7 iaitu Apple S7 dan turut sama mempunyai cip tambahan Apple W3 dan Apple U1 untuk sokongan Bluetooth 5.3 yang baik serta sokongan Find My jitu melalui teknologi UWB. Memori masih 1GB RAM dan storan 32GB storan dalaman eMMC 5.1. Sungguhpun eMMC, tidak terasa perlahan ketikan pemasangan aplikasi atau muat turun muzik untuk kegunaan luar talian.

Rekaan Series 8 tiada perubahan langsung dan mudah dikenali. Sedikit kecewa rekaan skrin yang rata yang pernah tertiris tidak digunakan pada Series 8 dan hanya diberikan kepada Apple Watch Ultra.

Di sisi kanan ada tombol berputar haptik, lubang mikrofon, dan butang fizikal sisi untuk mengakses Dock iaitu senarai aplikasi terbuka, mengaktifkan mod kecemasan dan menggunakan Apple Pay. Di sisi kiri mempunyai kekisi speaker. Sementara di atas dan bawah adalah alur untuk tali jam. Akhir sekali belakang jam bahan binaan seramik dan kaca nilam melindungi pelbagai sensor penjejak kesihatan.

Saiz 45mm sentiasa menjadi pilihan saya, kerana ia cukup besar dan paling sesuai dengan pergelangan tangan saya. Tiada isu kulit gatal dan di pergelangan tangan juga selesa untuk kebanyakan tali jam rasmi yang ditawarkan. Kegemaran saya setakat ini adalah Nike Sport Loop Game Royal dan Midnight Solo Loop. Isu pada dua tali jam ini hanyalah bahan binaan fabrik. Jika anda kerap berpeluh tali jam ini mudah kotak dan berbau kurang menyenangkan. Sport Band adalah tali jam saya gunakan ketika bersenam dan berenang kerana mempunyai perlindungan air 50 meter dan kalis debu IP6X.

Pengalaman Penggunaan

watchOS adalah sistem operasi jam tangan pintar paling cukup sifanya. Dari Series 4 sehingga Series 8, jam ini wajib saya pakai sebagai jam harian dan hanya menggunakan jam Wear OS untuk tujuan ujian, ulasan atau menguji bateri telefon Android. Benar, sebelum ini saya katakan TicWatch pro 3 adalah jam Wear OS terbaik – tetapi dengan kemas kini ke versi terkini yang perlahan sukar untuk saya cadangkan jam ini. Tetapi saya ada menguji jam prototaip Wear OS 3.x baharu, yang mana ia mungkin Game Changer dari segi prestasi dan pengalaman penggunaan.

Kembali kepada watchOS, lebih spesifik watchOS 9.3 pada Apple Watch Series 8 – saya berani katakan inilah jam tangan pintar sebenar!

Dengan watchOS 9 ke atas, kedua-dua jam Series 7 dan Series 8 menerima ciri dan fungsi sama kecuali pada ciri yang memerlukan sensor tambahan seperti pengesan suhu. Aplikasi Workout kini menjadi lebih baik di mana data dipaparkan dengan lebih butiran seperti Activity rings, Heart Rate Zones, Power dan Elevation.

Sementara aplikasi Medicination boleh memberi peringatan untuk ambil ubat seperti ketika saya demam dan masih sibuk menulis berita dan ulasan – hanya masukkan maklumat ubat dan masa, notifikasi akan diberikan untuk waktu bila perlu saya makan ubat.

Kemampuan kustomasi juga lebih mendalam dengan muka jam tambahan seperti Metropolitan yang nampak pro untuk ke pejabat atau mesyuarat, Lunar untuk lihat bulan, Modular Compact untuk lebih banyak data complications dipaparkan dengan kemas dan cantik.

Tombol berputar haptik adalah ciri ikonik yang selesa digunakan pada sesetengah aplikasi. Ia menjadikan penggunaan Apple Watch lebih praktikal berbanding bergantung pada skrin sepenuhnya.

Untuk aplikasi Workout tadi, antara data yang dipaparkan seperti Heart Rate Zone adalah untuk pengguna tahap intensiti senaman masing-masing di mana kiraan akan dilakukan secara automatik atau jika ingin lebih jitu masukkan data secara manual. Ketika berlari, kini ada peta yang boleh memaparkan lokasi dan jalan berlari. Pada masa yang sama turut boleh gunakan aplikasi kompas untuk menjejak kembali lokasi asal.

Mod sukan joging, berjalan dan sebagainya turut kini memaparkan kadar pergerakan, cuma apa yang saya tidak gemar adalah ciri mengesan senaman yang hanya berfungsi secara tidak konsisten. Malah kadangkala bukan bersenam pun ia boleh diaktifkan.

Apple Watch Series 8 dengan watchOS 9 adalah jam tangan pintar yang bukan sahaja dipakai untuk nampak cool tetapi untuk mereka yang ingin ambil serius terhadap kesihatan sendiri. Disebabkan lebih banyak data dipaparkan, banyak yang rumit sehingga saya tidak faham. Tetapi ini perkara bagus kerana menjadikan saya lebih ingin tahu mengenai tahap kesihatan sendiri dan tambahan ilmu pengetahuan mengenai data-data kesihatan yang penting.

Misalnya, jika sebelum ini Apple Watch memerlukan aplikasi pihak ketiga untuk pemantauan tidur – ia kini terbina terus. Pengguna boleh pantau tahap tidur nyenyak, ringan (Core Sleep) serta kitaran REM. Untuk beberapa bulan penggunaan saya sedari data tidur saya mempunyai purata sekitar 4 jam sahaja sehari, bermakna saya perlukan lebih rehat dan memastikan tidur saya adalah dalam kitaran baik jika ingin kekal sihat.

Ciri pengesanan suhu yang terbina pada Series 8 adalah untuk pengguna wanita, kerana dipadankan dengan kitaran haid. Disebabkan sensor suhu pada jam ini dikhususkan untuk pengguna wanita, jika Apple Watch masih membaca suhu (dipaparkan selepas 5 hari berturut-turut pakai jam ketika tidur), data untuk pengguna biasa tidak berguna kerana tidak boleh mengesan suhu jika demam. Ia sekadar pemantauan kesihatan untuk melihat naik turun anggaran suhu sahaja.

Jadi untuk pengguna seperti saya, sensor yang boleh saya manfaatkan adalah pengimbas nadi, untuk SpO2 dan ECG. Seperti yang Apple katakan, jam ini bukannya pengganti alatan kesihatan tetapi untuk bantuan pemahaman pengguna dan sebagai rujukan sahaja. Jadi apabila saya nampak data yang mencurigakan, saya tidak akan terus ke klinik tetapi saya akan semak suhu badan terlebih dahulu dan hanya jika saya rasakan kritikal barulah saya ke klinik. Tetapi setakat ini belum lagi.

Apple Watch Series 8 juga adalah jam yang baik untuk produktiviti, di mana kawalan notifikasi yang berkumpulan boleh digunakan, membalas mesej dengan menaip atau arahan Siri, serta aplikasi kalendar yang mesra pengguna dan mudah untuk lihat acara akan datang atau merekodkan acara sendiri. Sokongan aplikasi juga banyak ditawarkan yang mana saya rasakan lebih baik berbanding Wear OS contoh aplikasi TTLock yang mungkin tidak dikenali ramai, tetapi ia penting untuk saya kerana boleh membuka pintu rumah hanya dengan dua tap tanpa kata laluan.

Tidak lupa juga yang Apple Watch menyokong Apple Pay di Malaysia, hanya tekan butang sisi dua kali terus Tap & Pay.

Apa yang tidak menarik?

Benar, rekaan Apple Watch ini cukup dikenali ramai, tetapi di mata saya is mula kelihatan sedikit bosan kerana tiada perbezaan ketara dengan model lama. Beza sekadar pada saiz dan warna sahaja. Kemudian apa yang saya tidak gemar adalah harga tali jam yang terlampau mahal. Terdapat versi mampu milik dari pengeluar pihak ketika tetapi membuatkan kulit saya gatal pula.

Saya juga tidak gemar Apple Watch Series 8 yang cepat memanas ketika pengecasan yang saya sedari sejak Series 7 lagi. Tetapi apabila dalam situasi mengejar masa, selepas cas saya terus pakai – kulit pergelangan tangan saya berubah warna. Isu ini tidak berlaku ketika menggunakan Series 3-4. Saya tahu saya tiada masalah kulit sensitif, tetapi nampaknya saya perlu berhati-hati untuk tidak memakai jam sejurus selepas selesai dicas.

Bateri

Di atas kertas, Apple Watch Series 7 dan Series 8 mempunyai spesifikasi bateri yang sama. Ia boleh bertahan mencapai 18 jam penggunaan biasa, 36 jam penggunaan kuasa rendah dan pengecasan pantas 0% ke 80% dalam masa 45 minit.

Saya boleh katakan Series 8 mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik berbanding Series 7 adalah kerana, pada Series 7 saya menerima ketahanan sekitar 1 hari setengah dan boleh mencapai dua hari jika tidak banyak notifikasi masuk. Tetapi pada Series 8, saya menerima ketahanan lebih kurang sama dengan tambahan penggunaan eSIM.

eSIM pada jam menggunakan lebih kuasa dan bateri, kerana perlu sentiasa mencari isyarat. Tetapi jika ia mempunyai ketahanan yang sama dengan Series 7 yang hanya menggunakan WiFi, jelas sekali ada penambahbaikan kecil pada jam ini. Setakat ini, jika jam saya di pagi hari bateri 100%, selepas selesai kerja 8 jam, bateri akan masih berada di sekitar 55% ke 60% yang mana cukup untuk tidur sepanjang malam dengan baki bateri sekitar 2% ke 10% di keesokan harinya.

Kesimpulan

Apple Watch Series 8 ini secara keseluruhan sama sahaja dengan Series 7 dengan penambahan sensor suhu dan ciri pengesanan kemalangan (yang mana saya tidak dapat uji (syukur). Ini menjadikan harganya yang bermula RM150 lebih mahal berbanding Series 7 adalah kurang berbaloi. Jika anda masih boleh dapatkan Apple Watch Series 7, saya akan katakan itulah Apple Watch terbaik setakat ini. Sementara Apple Watch Series 8 ini adalah khusus untuk pengguna wanita yang benar-benar ingin manfaatkan sensor suhu.

Tetapi penggunaan lain, semestinya Apple Watch Series 8 ini adalah yang terbaik. Skrin cantik, prestasi lancar, kemas kini pantas, selesa dan mudah digunakan. Jika bateri boleh bertahan lagi 1 hari tambahan saya akan katakan beli dan naik taraf. Di mana jika anda menggunakan Series 6 atau 7 setia sahaja pada model tadi kecuali jika anda ingin bateri sehingga tiga hari yang boleh didapatkan pada Apple Watch Ultra yang berharga hampir dua kali ganda.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-14644047300986041062023-09-01T00:00:00.001+08:002023-09-06T23:23:22.243+08:00Telefon Pintar Apple iPhone 14 Pro Max : Adakah Masih Elok Apabila Lubang Menggantikan Takuk ?
Artikel asal oleh : Effi Saharudin (Amanz Media)

Ramalan mengenai penggunaan kamera bawah skrin pada iPhone 14 Pro Max tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pada kedua-dua model iPhone 14 Pro tahun ini, takuk besar yang wujud sejak iPhone X telah digantikan dengan Dynamic Island yang mengintegrasikan lubang besar di bahagian skrin dengan pelbagai sistem notifikasi peranti.

Tetapi adakah pengenalan Dynamic Island, pemproses yang lebih berkuasa dan kamera utama dengan sensor lebih besar akan dapat menjadikan iPhone 14 Pro Max peranti perlu dibeli untuk tahun 2022? Ini adalah pandang pertama Amanz untuk iPhone 14 Pro Max.

Skrin

Skrin masih lagi 6.7″ Super Retina XDR OLED dengan kadar segar semula 120Hz dengan keterangan skrin mencecah 2000 nits. Tiada lagi takuk yang digunakan sejak iPhone X. Sebaliknya ia digantikan dengan sebuah lubang besar berbentuk bujur yang diberi nama Dynamic Island. Penggunaan lubang kamera yang besar ini tidak dapat dielakkan kerana Apple masih belum bersedia untuk menggunakan sistem kamera bawah skrin sepenuhnya.

Oleh itu lubang Dynamic Island mengingatkan kami kepada lubang yang digunakan pada Huawei Mate P40 Pro dan Galaxy S10+. Kehadiran lubang hitam yang besar ini memang mengganggu penggunaan beberapa aplikasi tertentu seperti YouTube, Netflix dan Call of Duty Mobile. iOS 16 juga masih belum memberikan ciri untuk menyorokkan lubang kamera seperti yang wujud sejak Android 10 lagi.

Masih terlalu awal untuk kami katakan kewujudan Dynamic Island ini dengan mudah dapat dilupakan dengan pantas seperti pengguna iPhone model sebelum ini dapat membutakan mata kepada kewujudan takuk.

Tidak boleh dinafikan bahawa skrin iPhone 14 Pro Max memang cantik, tajam, terang, pantas dan memaparkan warna yang cukup hidup. Di bawah mentari panas, kandungan masih boleh dilihat dengan terang. Bezel juga sekata membuatkan skrin mempunyai keseimbangan simetri.

Sokongan kandungan Dolby Vision pada perkhidmatan Apple TV+, Netflix dan Disney+ Hotstar turut diberikan sejak hari pertama lagi. Warna kelihatan lebih sinematik jika ingin dibandingkan dengan HDR10+ pada Galaxy S22 Ultra. Tatalan terasa lancar kerana skrin LTPO menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dan tatalan dikesan dengan jitu. Tiada isu animasi kelihatan tersekat-sekat.

Rekaan

Rekaan sisi rata yang diperkenalkan pada iPhone 12 dikekalkan pada model tahun ini. Sisi logam tahan karat yang rata dipadankan dengan panel belakang yang tidak berkilat. Tiada isu panel belakang kotor dengan mudah walaupun tanpa penggunaan kerangka. Tahun ini rekaan rata dan berkotak menjadi trend hangat semua pengeluar. Maka Apple mengekalkan rekaan yang sama untuk tahun ketiga kami rasakan bukanlah perkara negatif.

Butang kuasa terletak di sisi kanan dengan butang laras audio serta membisukan peranti diletakkan pada sisi kiri. Kedudukan kesemua butang-butang serta suis tidak berubah serta masih lagi teguh. Kami boleh menggunakan semula kerangka 13 Pro Max pada 14 Pro Max cuma bahagian bonggol kamera sahaja yang sedikit ketat. Bagi yang ingin melakukan penjimatan atau lebih mesra alam tiada isu besar untuk mengitar semula kerangka tahun lalu.

Perubahan saiz bonggol dan lensa adalah sekitar 10% lebih besar. Memang dapat dirasakan bahagian atas peranti lebih berat berbanding pada bahagian bawah membuatkan ia terasa kurang seimbang. Bagi seorang pengguna 13 Pro Max, perubahan berat dan keseimbangan ini tidak begitu ketara. Tetapi di pejabat Amanz, pengguna iPhone XS, 11 dan 12 mengatakan peranti terasa sikit janggal digunakan kerana ketidakseimbangan ini.

Secara keseluruhan peranti masih selesa di dalam tangan dengan ia terasa serta kelihatan sangat premium. Apple mengatakan perbezaan berat antara 13 Pro Max dan 14 Pro Max adalah hanyalah 2 gram (238g vs 240g) tetapi dalam tangan ia terasa seperti lebih signifikan. Walaupun Apple mengatakan binaan kaca pada 14 Pro Max adalah tahan lasak, kami masih menyarankan pengguna peranti ini di Malaysia untuk membeli kerangka bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

Di bahagian bawah terdapat port pengecasan Lightning dan kekisi audio untuk sistem audio stereo. Sebuah lagi speaker diletakkan pada bahagian atas skrin. Kerana konfigurasi ini, audio dari bawah jelas lebih lantang berbanding audio dari speaker atas.

Penggunaan port pengecasan Lightning ini mungkin adalah di tahun terakhir kerana bermula tahun hadapan penggunaan USB-C mula diwajibkan di Eropah. Ini adalah perlu kerana USB-C akan menyeragamkan kabel pengecas yang sudah disokong MacBook dan iPad tetapi turut menyokong kadar pemindahan data yang lebih pantas. Pada peranti yang menyokong rakaman video Apple ProRes yang saiznya amat besar, pemindahan data menggunakan kabel adalah satu pengalaman yang menjerihkan.

Penggunaan Dan Perisian

Sistem operasi iOS 16 tidak memberikan perubahan yang besar pada antaramuka utama peranti. Penambahbaikan yang paling kerap dipromosikan oleh Apple tahun ini ialah sokongan Always on Display dan kustomasi skrin kunci yang mirip pada sebuah peranti Android.

Sebagai seorang pengguna Android pada awalnya kami seperti ingin ketawa dengan “pengAndroidan” iPhone sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi selepas menggunakan iOS16 ini sejak ia di tahap Beta, kami boleh katakan dengan ikhlas bahawa implementasi skrin kuncu iPhone adalah lebih menarik, dinamik, estetik dan lebih penting sekali mudah digunakan berbanding di Android.

Pilihan reka huruf, warna, susunan widget dan imej latar belakang misalnya adalah lebih mudah digunakan. Mengubah skrin kunci juga pantas semudah menekan skrin selama beberapa saat dan kemudian memilih skrin kunci yang pernah digunakan sebelum ini. Kami gunakan ciri ini untuk situasi berbeza. Skrin kunci A untuk di pejabat memaparkan peringatan untuk mesyuarat dan tarikh akhir artikel perlu ditulis. Selepas waktu pejabat skrin kunci B pula kami gunakan tanpa peringatan untuk kerja digantikan dengan widget bateri, cuaca dan penjejakan kesihatan.

Sistem Always on Display kami rasakan tidak begitu mengujakan kerana ia sekadar menggelapkan sedikit paparan skrin. Kami tidak menggunakannya pada peranti Android dan tidak merasakan akan menggunakannya pada 14 Pro Max juga atas sebab ingin memanjangkan hayat bateri.

Mari bercakap tentang sistem Dynamic Island yang pada awalnya kami risau akan menjadi sekadar gimik. Tetapi selain “menghilangkan” kewujudan lubang kamera yang besar pada skrin ia sebenarnya amat berguna. Proses menukar lagu yang sedang dimainkan pada Spotify dan Apple Music lebih pantas kerana hanya ikon pada Dynamic Island perlu disentuh. Saiz Dynamic Island menjadi besar dengan butang kawalan pemain. Selepas itu jika ruang di luar Dynamic Island disentuh ia mengecut semula.

Ciri ini juga disokong pada aplikasi lain seperti ketika melakukan telefon, menggunakan aplikasi merekod audio dan banyak lagi. Jika beberapa tahun yang lalu takuk kamera iPhone ditiru oleh pengeluar Android, kami tidak akan terkejut jika Dynamic Island akan turut ditiru dalam masa terdekat kerana ia bukan sekadar gimik yang tidak berguna.

Dalam penggunaan selama sehari peranti tidak mempunyai sebarang masalah dan sama sahaja penggunaannya seperti dengan sebuah iPhone 13 Pro Max dengan iOS 16. Hanya ciri Always on Display dan Dynamic Island membezakan penggunaan pada kedua-dua peranti mercu ini.

Penanda Aras

Dengan cip Apple A16 Bionic dan 6GB RAM, 14 Pro Max ialah iPhone paling berkuasa pernah dihasilkan berdasarkan ujian penanda aras GeekBench 5, Antutu 3D dan Wild Life Extreme yang telah kami lakukan.

Bagi menunjukkan peningkatan prestasi, kami sertakan juga markah yang dicatatkan oleh iPhone 13 Pro Max (A15 Bionic), ASUS ROG Phone 6 (Snapragon 8+ Gen 1) dan Samsung Galaxy Z Fold4 (Snapdragon 8+ Gen 1). Dari segi kemampuan CPU, cip siri A oleh Apple terus mendominasi dengan ia jauh meninggalkan Snapdragon 8+ Gen 1 jauh di belakang. Hanya dalam ujian Antutu 3D ketuanan Qualcomm masih dapat dilihat tetapi jurang markah semakin mengecil.

Kamera

Kemera dilengkapi lensa yang lebih besar kerana buat pertama kali sejak lebih 2015 sensor untuk lensa sudut lebar ditukar. Kamera utama menggabungkan sensor 48MP+12MP+12MP dan sensor 3D ToF. Sistem telefoto tahun ini menyokong zum optikal sehingga 3X dan digital pula sehingga 15X. Walaupun sensor 48M digunakan, gambar yang ditangkap masih lagi 12MP kerana empat pixel digabungkan menjadi satu untuk menghasilkan imej yang lebih tajam menerusi teknik Quadbinning.

Sistem OIS Sensor Shift digunakan pada lensa sudut lebar dan telefoto. Perubahan juga dilakukan di kamera swafoto yang kini hadir dengan sistem autofokus buat pertama kali. Dengan kamera hadapan kini semakin kerap digunakan untuk TikTok dan Instagram Live, sokongan autofokus akan menghasilkan imej yang lebih tajam untuk kandungan yang dihasilkan. Berikut adalah sampel gambar-gambar yang sempat kami ambil setakat ini.

Kesimpulan

Apple iPhone 14 Pro Max membawakan pembaharuan dalam bentuk skrin yang tidak lagi bertakuk, sistem Dynamic Island, sensor kamera utama yang lebih besar, kamera depan dengan autofokus dan sokongan Always on Display juga buat pertama kali. Tubuh masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti tahun lalu. Bonggol kamera juga turut membesar dengan saiz sensor kini 48MP bukan lagi 12MP.

Berdasarkan pengalaman awal, kami merasakan 14 Pro Max akan menarik minat pengguna siri iPhone 12 dan ke bawah yang tidak mengemaskini peranti tahun lalu. Penambahbaikan yang diberikan adalah cukup menarik walaupun harus diakui tidak terlalu ketara.
Bagi pemilik iPhone 13 Pro Max pula, 14 Pro Max tidak memberikan peningkatan prestasi yang amat tinggi. Malahan 13 Pro Max masih lagi lebih berkuasa berbanding 99% peranti lain di pasaran. Ini membuatkan penaiktarafan 14 Pro Max mungkin tidak begitu berbaloi pada waktu ini.
Masih terlalu awal untuk kami memberikan keputusan akhir sama ada iPhone 14 Pro Max benar-benar berbaloi kerana pasaran peranti mercu pada tahun 2022 adalah amat sengit. Tidak dibantu oleh harga iPhone 14 tahun ini yang semakin meningkat disebabkan nilai Ringgit yang menjunam.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-76733301668777801672022-12-24T00:00:00.005+08:002022-12-24T21:00:11.158+08:00Selesaikan Dahulu Isu Monopoli Dan Kartel, Bukan Sekadar Menasihati Rakyat 'Pilih Kedai'
Dalam teori ekonomi, keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti permintaan berpadanan dengan kuantiti yang ditawarkan pada suatu tingkat harga yang tertentu. Kadangkala, lebihan permintaan juga boleh berlaku apabila kuantiti yang ditawarkan tidak mencukupi, dan begitu jugalah sebaliknya. Ketidakseimbangan pasaran inilah yang akan mempengaruhi harga sesebuah barangan.

Dalam hal ini, YB Rafizi Ramli (selaku Menteri Ekonomi) telah memberi cadangan kepada rakyat agar menjauhi peniaga yang menjual barangan mereka dengan harga yang dirasakan terlalu tinggi daripada harga yang dikenakan oleh peniaga-peniaga lain. Dengan itu, secara teorinya, faktor permintaan yang berkurangan (akibat harga yang terlalu tinggi itu) akan menekan peniaga tersebut menurunkan harga jualannya.

Hakikatnya, gangguan terhadap keseimbangan pasaran berlaku apabila isu monopoli dan kartel tidak ditangani oleh Kerajaan Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (Kerajaan PH-BN) secara serius. Kerajaan PH-BN perlu menyatakan pendirian mereka dan bertindak segera terhadap permasalahan ini, tidak 'memilih bulu' dalam isu monopoli dan tidak memberi solusi 'lepas tangan' atas alasan kesedaran rakyat sebagai pengguna. Sebagai contoh, sekiranya peniaga atau kumpulan peniaga tertentu sahaja yang menguasai pasaran, apakah pilihan yang ada bagi rakyat (sebagai pengguna) untuk memilih barangan yang lebih murah?

Selain itu, Kerajaan PH-BN perlu menyedari bahawa sistem kapitalisme yang telah diamalkan oleh golongan kaya menyukarkan masyarakat untuk melaksanakan sesuatu kewajaran secara drastik bagi menyelesaikan isu ketidakseimbangan pasaran. Sudah pasti rakyat yang miskin terpaksa memilih barang yang murah dengan kualiti yang tidak memberangsangkan, yang kaya terus diberi peluang untuk memilih barang yang lebih baik dan berkualiti, tanpa perlu membuat perbandingan harga sesuatu barangan. Impaknya, harga tinggi yang dikenakan tidak memberi tekanan kepada peniaga sebagaimana cadangan yang diutarakan oleh YB Menteri pada waktu ini.

Sekiranya masih tiada campur tangan serius daripada Kerajaan PH-BN dalam permasalahan ini kerana (mungkin) masih belum ada lagi 'formula-formula' yang sesuai, ketahuilah bahawa rakyat Malaysia pada hari ini sedang 'menyukat' tempoh umur Kerajaan PH-BN yang selayaknya dalam mentadbir negara Malaysia dalam usaha membangunkan ekonomi yang mampan.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-63576961467402975052022-12-02T20:00:00.006+08:002022-12-03T01:21:06.602+08:00Kerajaan Perpaduan Atau Kerajaan Campuran ?
Pakatan Harapan (PH) pada hari ini telah memperbodohkan rakyat dengan penggunaan istilah 'Kerajaan Perpaduan' (Unity Government).

Hakikatnya, sebuah Kerajaan Perpaduan perlu dianggotai oleh semua parti politik yang menyokong atau yang tidak sehaluan, yang kebiasaannya dicadangkan apabila sebuah kerajaan majoriti tidak dapat dibentuk oleh mana-mana gabungan parti-parti politik yang menang dalam suatu Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri.

Ini bertepatan dengan saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tempoh lalu dalam menyelesaikan isu pelantikan Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh (PM Ke-10) dan pembentukan Kerajaan Persekutuan. Saranan ini semestinya bukanlah suatu campur tangan dari pihak Istana ke atas sistem politik negara, tetapi sekadar satu pandangan pada hemat baginda YDPA bagi menyelesaikan kemelut yang timbul. Tidak timbul juga isu bahawa Kerajaan Perpaduan ini harus diikuti oleh semua parti politik yang menang di dalam PRU yang lepas kerana ia juga bukanlah suatu titah yang diwartakan.

Walau bagaimanapun, saranan ini telah berubah apabila Barisan Nasional (BN), melalui Pengerusinya (yang juga merupakan Presiden UMNO) telah mengkhianati mandat ahli-ahlinya sendiri apabila menyatakan sokongan kepada PH bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. Laungan "No Anwar, No DAP" dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu rupa-rupanya sekadar kata-kata dusta yang dijanjikan oleh pemimpin yang mereka percayai mampu membawa parti mereka ke arah yang lebih baik.

Oleh sebab itu, Kerajaan Malaysia pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 ini sebenarnya adalah sebuah 'Kerajaan Campuran' (Grand Coaliation Government) yang terdiri daripada PH, BN dan beberapa parti pro-kerajaan, bukan Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang diuar-uarkan di media massa.

PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh ini akan membarisi perwakilan pembangkang di Dewan Rakyat bagi memainkan peranan 'semak dan imbang'. Pendirian ini diambil atas mandat pengundi yang telah memilih PN dalam PRU Ke-15 yang lepas, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip panduan PN BEST: iaitu menjadi pemimpin negara yang #PrihatiN, #BErsih dan #STabil.

Dalam masa yang sama, PAS (dan PN) juga sentiasa bersedia untuk menggantikan UMNO (dan BN) pada hari ini bagi memperjuangkan hak rakyat Malaysia, terutamanya nasib umat Islam dan bangsa Melayu (tanpa menafikan hak bangsa-bangsa lain), serta beriltizam untuk membentuk sebuah negara #MalaysiaSejahtera yang makmur dan harmoni.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-75292723067823484102021-11-28T00:00:00.012+08:002021-12-26T09:58:22.711+08:00Phablet Samsung Galaxy Note 20 : Antara Pilihan Profesional Masa Kini

Artikel asal oleh : Effi Saharudin (Amanz Media)

Selepas sembilan (9) tahun dengan 13 versi berbeza sebelum ini, Samsung Galaxy Note kembali lagi pada Tahun 2020 dengan tujuan memberikan pengalaman baharu berbanding tahun sebelumnya. Dengan pelancaran Samsung Galaxy Note 20, peranti yang dahulunya merevolusikan saiz skrin yang besar dan penggunaan stylus, ia sekali lagi cuba membuktikan bahawa ia adalah 'pengganti' komputer riba yang boleh diandalkan.

Untuk iterasi ke-14 siri Galaxy Note, Samsung kini lebih menumpukan perhatian kepada memperbaiki kekurangan yang dilaporkan oleh pengguna. Tiada lagi evolusi besar pada ciri dan pengenalan iterasi yang berguna diutamakan. Berdasarkan pandangan rakan-rakan Amanz Media yang mendapat akses awal untuk Samsung Galaxy Note 20 pada 5 Ogos 2020, ini ialah pandang pertama untuk phablet unggul yang ingin memikat hati pengguna profesional.

Pilihan skrin yang diberikan adalah 6.7″ Super AMOLED Plus. Kadar segar semula skrin untuk Samsung Galaxy Note 20 terhad hanya sehingga 60Hz. Perisian akan menetapkan kadar segar semula skrin berdasarkan aplikasi yang digunakan. Secara teorinya, penggunaan bateri peranti akan lebih baik berbanding pada Samsung Galaxy S20 Ultra yang terjejas teruk dalam mod 120Hz.

Selain itu, skrin pada Samsung Galaxy Note 20 adalah rata. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik yang terbina dalam skrin pada peranti bagi yang masih memerlukan nyahkunci biometri.
Oleh sebab ini, rakan-rakan Amanz Media merasakan rekaan Samsung Galaxy Note 20 adalah lebih menarik tahun ini dengan bahagian sisi dan skrin rata. Kerana rekaan sisi yang lebih rata ini juga, peranti terasa lebih selesa dan kemas di dalam tangan dengan pengalaman menonton video yang tidak terganggu dengan sebahagian video melimpah ke sisi.

Di Malaysia, pemproses Exynos 990 digunakan semula, tidak seperti pasaran lain yang menggunakan Snapdragon 865+. Keputusan ini mungkin tidak akan disenangi oleh sesetengah pengguna, tetapi Samsung berkata bahawa perbezaan prestasi sebenar tidak akan kelihatan. Dari pengalaman penggunaan selama beberapa minit semalam, rakan-rakan Amanz Media merasakan bahawa ia masih lagi lancar setanding dengan apa yang kami nikmati pada Samsung Galaxy S20 yang menggunakan cip yang sama.
Saiz RAM pada Samsung Galaxy Note 20 ialah 8GB. Model ini hanya akan ditawarkan dengan storan 256GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 1TB. Buat pertama kali juga, Samsung Galaxy Note 20 akan ditawarkan dalam versi 5G.

Kita bergerak pula pada kamera. Samsung Galaxy Note 20 menggunakan kombinasi 12+12+64 Megapixel. Sensor terbesar dipadankan pada lensa telefoto dengan kemampuan zum optikal hibrid sehingga 3X dan zum digital sehingga 30X. Dua lagi sensor dipadankan dengan lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar.
Bagi menyokong sistem tri-kamera yang dipertingkatkan berbanding Samsung Galaxy Note 10, bonggol kamera yang amat besar digunakan pada siri Samsung Galaxy Note 20. Ia adalah sebesar yang ditemui pada Samsung Galaxy S20 Ultra. Akibatnya, peranti mustahil untuk diletakkan rata pada permukaan meja.

Pujian masih ingin kami berikan pada Samsung kerana sekurang-kurangnya saiz lensa pada siri Samsung Galaxy Note 20 kali ini adalah lebih sekata. Tri-kamera nampak seimbang dan tidak lagi canggung. Samsung mengambil inspirasi dari iPhone 11 Pro untuk mendapatkan rekaan tri-kamera yang walaupun berbonggol besar tetapi sekurang-kurangnya masih sedap mata memandang.
Peranti juga terasa lebih seimbang di dalam tangan.

Isu bahagian atas lebih berat pada Samsung Galaxy S20 Ultra nampaknya berjaya diselesaikan. Peranti ini selesa di dalam genggaman kami walaupun saiznya adalah besar. Ini mungkin kerana rakan-rakan Amanz Media sudah membiasakan diri sejak Februari 2020 menggunakan Samsung Galaxy S20 Ultra, Black Shark 3 Pro dan ASUS ROG Phone 3 yang juga bersaiz lebih besar berbanding majoriti peranti di pasaran.
Oleh itu, rakan-rakan Amanz Media tidak boleh menjamin siri Samsung Galaxy Note 20 akan turut selesa digunakan oleh anda. Yang pasti mereka yang bertangan kecil pasti mempunyai isu untuk menggunakan peranti ini dengan sebelah tangan.

Bercakap tentang rekaan, dua lagi perubahan besar pada rekaan perlu kami ketengahkan. Pertama sekali ialah butang kuasa dan laras suara kini diubah semula ke sisi kanan. Terima kasih Samsung kerana mendengar keluhan pengguna yang merungut butang sisi kiri Samsung Galaxy Note 10 yang amat canggung untuk digunakan.
Satu langkah kanan ke hadapan ini kemudian dibatalkan dengan langkah kiri kerana tempat simpanan S Pen diubah pula ke sisi kiri. Ini ialah kali pertama ia dilakukan sejak generasi pertama.

Sepanjang sesi pandang pertama kami terpaksa mengingatkan diri S Pen kini terletak pada pada sisi kiri. Keputusan ini kami yakin hanya akan menggembirakan mereka yang bertangan kidal atau pengguna baharu Note.
Akhir sekali ialah kapasiti bateri yang hanya sedikit lebih besar digunakan tahun ini dengan sistem pengecasan lebih pantas. Kesemua ini dimasukkan ke dalam kerangka berketebalan 8.3mm yang kalis air IP68.

Antaramuka

Sistem operasi Android 10 digunakan dengan pelancar Samsung One UI 2.5. Tiada perubahan ketara dilakukan jika dibandingkan dengan One UI 2.1 yang kini digunakan pada siri Samsung Galaxy S20 sekarang. Ia masih lagi antara pelancar yang minimalis di pasaran dengan pelbagai ciri tambahan Samsung bagi memberikan pengalaman yang lebih baik berbanding Android asli.
Tatalan peranti adalah amat lancar. Tiada sela masa dapat dirasakan oleh rakan-rakan Amanz Media walaupun peranti ujian yang diberikan tidak menggunakan perisian versi akhir. Oleh itu, rakan-rakan Amanz Media tidak boleh memberi komen panjang mengenai perisian pada waktu ini. Apa yang mereka boleh komen ialah beberapa penambahbaikan pada perisian S Pen, Samsung Dex dan kamera.

S-Pen Lebih Pantas Dengan Gestur Baharu

Masa pendam S Pen dikurangkan dari 30ms ke 9ms sahaja bersamaan dengan 70%. Ini akhirnya meletakkan masa pendam S Pen setanding dengan Apple Pencil. Pergerakan mata pena yang lebih jitu dapat dinikmati terutamanya di dalam aplikasi lukisan digital.
Air Gesture turut dipertingkat dengan sokongan gestur tambahan yang membolehkan pengguna melakukan aksi kembali ke muka hadapan peranti, melakukan aksi back dan pergi ke skrin multi-tugas dengan melakukan lakaran di udara menggunakan S Pen. Gestur kegemaran rakan-rakan Amanz Media ialah melakukan tangkap layar dengan melakukan aksi contengan udara. Kesemua Air Gesture tahun lalu untuk melancarkan kamera, menekan butang kamera, kawalan zum serta kawalan audio masih lagi disokong.

Wireless DeX

Ini ialah ciri yang sudah dua tahun diminta dan dijanjikan kepada rakan-rakan Amanz Media oleh pihak Samsung. DeX kini boleh digunakan pada skrin yang menyokong format Miracast tanpa sebarang sambungan berwayar. Skrin Samsung Galaxy Note 20 kemudian boleh digunakan sebagai pad sesentuh, skrin sekunder yang dicermin kandungannya atau sebagai skrin televisyen pintar biasa.
Pada waktu ini, rakan-rakan Amanz Media difahamkan oleh wakil Samsung bahawa sokongan Wireless DeX akan diberikan terlebih dahulu kepada televisyen pintar keluaran Samsung tahun 2019 dan ke atas. Tiada maklumat sama ada televisyen pintar pengeluar lain akan disokong juga pada masa hadapan.

Samsung Notes Dipertingkatkan

Tumpuan tahun ini diberikan juga pada aplikasi Samsung Notes yang akhirnya boleh mengimport fail PDF untuk disunting. Pengguna bebas melakukan suntingan ke atas fail PDF ini sebelum kemudiannya disimpan dalam format Samsung Notes, Microsoft Words dan PowerPoint buat pertama kali.
Kesemua nota-nota kini boleh disimpan di dalam folder tersendiri yang lebih tersusun. Pengguna kemudian boleh melakukan carian semula mengikut nama folder atau tahun nota yang dihasilkan. Dengan struktur menyimpan fail yang lebih mirip sebuah desktop, masalah lambakan nota yang sukar dicari semula mampu diselesaikan.
Akhir sekali terdapat sokongan anotasi audio yang turut merakam pergerakan lakaran pada dokumen Samsung Notes. Pengguna boleh mendengar semula audio yang disimpan dengan lakaran dimainkan semula pada waktu yang sama. Note yang dihasilkan kini tidak lagi sekadar statik.

Kamera Lebih Pro

Seterusnya ialah mod profesional ketika pengambilan audio yang dipertingkat. Pengguna boleh memilih mikrofon manakah ingin digunakan. Mikrofon boleh menumpukan subjek di hadapan kamera, subjek menggunakan kamera swafoto atau buat pertama kali input audio dari mikrofon bluetooth. Menerusi demo yang diperlihatkan sokongan mikrofon bluetooth pada waktu ini disokong pada Galaxy Buds Live.
Zum juga boleh dilakukan dengan kelajuan yang lebih sekata. Hanya pilih kelajuan yang diinginkan dan tekan butang zum. Zum perlahan 1X ataupun zum dramatik seperti sinetron Indonesia turut boleh dilakukan dengan menekan satu butang.

Xbox Game Pass Premium

Seperti yang telah tertiris sebelum ini, Samsung Galaxy Note 20 akan menjadi peranti pertama menyokong perkhidmatan penstriman Xbox Game Pass Premium. Menerusi teknologi Xcloud, 100 permainan konsol berkualiti tinggi boleh terus distrim kepada peranti dengan sokongan alat kawal Xbox. Memandangkan sokongan Xbox masih tiada di Malaysia, kebarangkalian perkhidmatan ini disokong di negara kita malangnya adalah amat rendah.

KESIMPULAN

Tahun lalu ramai melihat Samsung Galaxy Note 10 sebagai peranti yang jauh lebih baik berbanding Samsung Galaxy S10 memandangkan ia dilengkapi pemproses yang lebih berkuasa, skrin lebih besar dan sokongan S-Pen. Tahun 2020 ini, jurang di antara peranti adalah lebih kecil dengan Samsung Galaxy S20 Ultra yang mempunyai kemampuan zum yang lebih baik, tetapi diimbangkan pula dengan Samsung Galaxy Note 20 yang mempunyai sokongan S-Pen.
Model tahun ini lebih mementingkan penambahbaikan pada peringkat perisian berbanding perkakasan. Lebih banyak fungsi gestur menggunakan S-Pen dan paling penting sekali Samsung Notes kini menyokong lebih banyak jenis fail untuk meningkatkan produktiviti di luar pejabat.
Samsung jelas ingin membezakan siri Galaxy S dan Galaxy Note tahun ini selepas bertahun Note dilihat sebagai pilihan lebih bijak kerana setanding dengan Galaxy S. Tahun ini pengguna perlu memilih inginkan peranti untuk kegunaan kerja atau inginkan peranti yang menumpukan kepada kemampuan fotografi.
Dengan kesemua penambahbaikan ini, Samsung Galaxy Note 20 pada hemat kami akan mengekalkan statusnya siri Galaxy Note sebagai phablet profesional pilihan untuk tahun ke sembilan berturut-turut. Kombinasi kuasa dan fungsinya masih belum mampu ditandingi pada waktu ini.

Pro:

Spesifikasi yang tinggi mampu memberikan pengalaman penggunaan yang lebih dari memuaskan.

Rekaan tubuh yang kemas serta premium dengan kedudukan butang yang lebih ergonomik.

Cir-ciri baharu yang akan membantu mereka yang bekerja di luar rumah menggunakan telefon pintar seperti sokongan PDF pada Samsung Notes.

Penambahbaikan kemampuan kamera berbanding tahun lalu.

S Pen semakin pantas dengan masa pendam hanya 9ms.

Kontra:

Di Malaysia masih menggunakan Exynos 990 sahaja sedangkan di pasaran lain Snapdragon 865+ digunakan dan ia lebih berkuasa.

Bonggol kamera yang semakin besar sehingga terjongket di atas permukaan meja.

Kedudukan tempat simpanan S Pen yang agak drastik.

Kapasiti bateri yang agak kecil untuk peranti berskrin besar.

Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-6389426410165966372021-06-13T00:00:00.064+08:002021-06-23T15:08:33.281+08:00Vaksin COVID-19 : Usaha Pencegahan Penyakit Melalui Imuniti Kelompok
Segala puji bagi Allah Ta'ala, saya dan isteri saya, Nur Hazirah binti Tarmizi telah diberi peluang oleh Allah Ta'ala untuk menerima vaksin CoronaVac dos pertama di Pusat Perdagangan Dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC) pada pukul 12 tengah hari ini melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Dengan penerimaan dos pertama ini, dos kedua vaksin adalah dijangka akan diterima 3 minggu selepas penerimaan vaksin pertama, iaitu pada 4 Julai 2021.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Wikipedia, program ini adalah merupakan program pemvaksinan terbesar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dalam usaha membendung penularan penyakit COVID-19 melalui capaian imuniti kelompok (herd immunity) dalam kalangan rakyat dan juga bukan warganegara yang sedang menetap di negara ini. YB Haji Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi program imunisasi ini setelah pelantikannya dipersetujui oleh Jemaah Menteri. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut ditubuhkan bagi memastikan pemerolehan bekalan vaksin COVID-19 untuk negara dapat dijalankan dengan teratur.

Program imunisasi ini dilaksanakan secara berfasa mulai 24 Februari 2021 hingga Februari 2022 dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer–BioNTech ketika disiarkan melalui siaran langsung seluruh negara. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan April 2021 dengan jumlah responden sebanyak 15 ribu orang menyatakan bahawa 88 peratus responden bersetuju menerima vaksin, manakala 10 peratus menolaknya dan 2 peratus lagi masih menunggu akan keberkesanannya.

KAJIAN DAN PEMEROLEHAN PEMBEKALAN VAKSIN

Pada pertengahan Mac 2020, Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals (MVP) Sdn. Bhd. dilaporkan meminta kerjasama dan sokongan dari kerajaan persekutuan, dengan pengarah eksekutifnya mendakwa bahawa pihaknya menghadapi banyak pertemuan tertangguh dalam usaha bertemu Menteri Kesihatan untuk meminta sampel daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia. IMR akan mula menguji vaksin tempatan yang ada dengan kerjasama MVP dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika Universiti Malaya (TIDREC-UM) pada 25 Mac. Ujian vaksin tempatan akan dilakukan di makmal TIDREC-UM, yang merupakan salah satu prasarana-prasarana dengan biokeselamatan modular tahap 3 (BSL3) di Malaysia yang sebelumnya digunakan untuk mengkaji agen sangat patogenik seperti koronavirus MERS dan virus Nipah dengan vaksin akan mula-mula diuji pada virus bronkitis berjangkit (IBV), sejenis koronavirus burung, memandangkan penyelidikan sebelumnya menunjukkan bahawa IBV pada haiwan unggas mempunyai persamaan genetik yang tinggi dengan koronavirus manusia.

Pada 18 November, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin menandatangani perjanjian dengan Menteri Sains dan Teknologi China, Wang Zhigang agar Malaysia diberi akses keutamaan terhadap vaksin COVID-19 yang dibangunkan di China. Pada 19 Disember, Menteri Kesihatan, YB Dr. Adham Baba mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membuat perjanjian dengan pihak syarikat farmaseutikal Britain, AstraZeneca untuk membeli vaksin COVID-19 mereka pada 21 Disember. Ini ialah perjanjian ketiga yang telah dimeterai oleh Kerajaan Malaysia dengan para pembekal vaksin termasuk COVAX dan Pfizer untuk memenuhi keperluan vaksin negara.

Pada 22 Disember, pihak Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan pihak AstraZeneca untuk mendapatkan tambahan 6.4 juta dos vaksin COVID-19, kira-kira 10% bekalan vaksin di negara ini. Ketika itu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Malaysia telah memperoleh anggaran 40% bekalan vaksin yang diperlukan melalui perjanjian bersama dengan COVAX, Pfizer, dan AstraZeneca.

2021: PENERIMAAN DAN PERLAKSANAAN

Pada 16 Februari 2021, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa pesawat MASKargo akan mengangkut vaksin Pfizer-BioNTech pertama ke Malaysia pada 21 Februari. Dengan itu, kumpulan vaksin COVID-19 pertama Malaysia daripada jenis Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada hari tersebut dari kilang Pfizer di Puurs, Belgium melalui kapal terbang kargo MH 604 yang berlepas dari Lapangan Terbang Leipzig-Halle, Jerman. Kumpulan pertama vaksin COVID-19 CoronaVac pula tiba pada 27 Februari 2021.

PICK dimulakan secara rasmi pada 24 Februari 2021, dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima vaksin pertama dalam acara perasmian PICK di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai kesihatan awam terpilih.

Pada 17 Mac 2021, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis yang sama iaitu jenis Pfizer-BioNTech selepas 21 hari beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 24 Februari sebelumnya.

Pada 27 April, YB Dr. Adham Baba mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan vaksin AstraZeneca setelah pihak berkuasa kesihatan meluluskan penggunaannya setelah kajian mendalam terhadap penilaian dan data klinikal. Keesokan harinya, pihak berkuasa kesihatan Malaysia keluarkan vaksin AstraZeneca daripada senarai vaksin utama dipakai negara akibat kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan vaksin itu berikutan laporan pembekuan darah dari negara-negara luar. Dengan itu, 268,600 dos awal akan dialihkan ke Selangor dan Kuala Lumpur. Menjelang awal Mei, lebih sejuta orang penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 23 Mei, Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa pihak kerajaan akan membeli sejumlah 8.2 juta dos vaksin Sinovac pada akhir bulan Jun dengan 3.8 juta daripadanya diperoleh melalui proses pengisian di Malaysia oleh Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd. Pada 27 Mei, YB Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa vaksin AstraZenaca akan diletakkan di bawah PICK, dan oleh itu, tidak lagi diberikan melalui permohonan atas talian. Ghows Azzam, penasihat Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah membeli 12.8 juta dos tambahan Pfizer, bermula dengan sejumlah 2,223,000 dos yang bakal tiba pada bulan Jun dengan kadar penghantaran 444,600 dos seminggu.

Pada 1 Jun, satu lagi syarikat farmaseutikal negara, Duopharma memeterai perjanjian dengan pihak Rusia berkenaan pemerolehan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V daripada negara itu. Pendaftaran dan pengesahan beberapa laluan pendaftaran pemvaksinan COVID-19 telah ditubuhkan kepada orang ramai. Kaedah paling umum ialah pendaftaran melalui aplikasi maklumat COVID-19 rasmi negara, MySejahtera, di samping pembukaan pendaftaran melalui laman rasmi program imunisasi. Bagi pendaftaran secara manual, laluan-laluan pendaftaran termasuk melalui talian pusat, kehadiran ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta, serta program-program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sebagai pengesahan, rakyat yang selesai memperoleh vaksin secara lengkap akan diberikan sijil serta pasport pengesahan untuk memudahkan proses-proses tertentu seperti urusan imigresen.

Fasa pengagihan
PICK dibahagikan kepada tiga fasa yang melibatkan kumpulan penerima vaksin yang berlainan, iaitu:

Fasa 1 : Pegawai Perubatan, Pertahanan dan Perkhidmatan Penting yang dianggarkan seramai 500,000 orang (bermula 24 Februari 2021 sehingga April 2021)

Fasa 2 : Warga emas dan golongan berpenyakit yang dianggarkan seramai 9.7 juta orang (bermula 19 April 2021 sehigga Ogos 2021) ; dan

Fasa 3 : Orang awam lain berumur 18 tahun ke atas (bermula Jun 2021 sehingga Februari 2022).

JENIS-JENIS VAKSIN

Setakat ini, jenis-jenis vaksin yang digunakan oleh kerajaan Malaysia dalam program imunisasi ini ialah seperti di bawah:

1. Vaksin COVID-19 Pfizer–BioNTech (Amerika Syarikat)

Vaksin yang juga diberi nama kod BNT162b2, dipasarkan di bawah jenama Comirnaty, ialah vaksin COVID-19 berbentuk suntikan intraotot, yang dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Jerman BioNTech dan syarikat farmaseutikal A.S., Pfizer. Vaksin ini adalah vaksin COVID-19 pertama yang diberi kebenaran oleh penguasa peraturan ketat untuk penggunaan kecemasan dan yang pertama dijelaskan untuk penggunaan biasa.

Vaksin ini merupakan vaksin RNA yang mengandungi neuklosida mRNA diubah suai (modRNA) yang dikodkan dalam bentuk protein pepaku SARS-CoV-2 bermutasi, dan dibungkus dalam nanozarah lipid. BNT162b2 dipilih untuk ujian klinikal vaksin tahap II dan III, dari dua varian BNT162 yang telah dibangunkan, dan pada akhir 2020 telah menduduki penilaian sementara untuk ujian tahap III. Vaksin ini mengandungi bahan aktif tozinameran.

Pada 9 November 2020, Pfizer mengumumkan bahawa analisis sementara hasil ujian vaksin yang melibatkan lebih dari 40,000 orang menunjukkan bahawa calon vaksin ini kelihatan 90% berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 di antara peserta yang mendapat vaksin dan sebelumnya belum dijangkiti. Vaksin ini terdiri dari dua dos yang diberikan dengan selang tiga minggu. Dalam analisis awalnya yang berdasarkan dari 170 kes, vaksin ini tidak menunjukkan masalah keselamatan yang menunjukkan keampuhan di pelbagai kalangan usia dewasa. Hasil analisis ini belum melalui ulasan sejawat dari pihak luar ataupun diterbitkan di jurnal kedoktoran. Selain itu, kemampuan vaksin ini untuk mencegah jangkitan pada kanak-kanak, ibu hamil, mahupun kumpulan dengan imuniti rentan belum diketahui, begitu juga dengan durasi kesan imun.

BioNTech ialah pemaju vaksin ini, dan Pfizer berperanan menyediakan logistik, membiayai dan mengawasi ujian klinikal yang dilakukan, dan merupakan usahasama BTN162b2 di seluruh dunia, kecuali di China, di mana perlesenan vaksin ini dibeli oleh syarikat tempatan, Fosun. Pada November 2020, Pfizer mendedahkan bahawa 50 juta dos disasarkan tersedia pada akhir 2020, dan 1.3 juta dos disasarkan untuk pertengahan 2021. Pfizer telah bersetuju dengan penjualan vaksin berlesen berharga 3 bilion dolar AS di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, United Kingdom, Jepun, Kanada, dan Peru. Pengagihan dan penyimpanan BNT162b2 ialah cabaran besar untuk vaksin ini, kerana harus disimpan dalam suhu ultra dingin iaitu −70 °C (jauh di bawah titik beku), sehingga beberapa jam sebelum digunakan. Oleh itu, vaksin ini hanya dapat dijangkau di negara-negara maju yang memiliki kemampuan logistik untuk pengangkutan dan penyimpanan ultra dingin. Indonesia telah menyatakan bahawa vaksin ini tidak mungkin untuk digunakan di Indonesia, dan India juga tidak memiliki kemudahan untuk pengagihan vaksin ini.

2. Vaksin COVID-19 Oxford – AstraZeneca (United Kingdom)

Vaksin yang juga diberi nama kod AZD1222, ialah vaksin COVID-19 yang dikembangkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca yang diberikan melalui suntikan intraotot, menggunakan sebagai vektor adenovirus ChAdOx1 cimpanzi yang diubah suai. Satu panduan dos menunjukkan keberkesanan 90% apabila separuh dos diikuti dengan dos penuh selepas sekurang-kurangnya satu bulan, berdasarkan percubaan campuran tanpa peserta berusia lebih dari 55 tahun. Satu lagi panduan dos menunjukkan keberkesanan 62% apabila diberikan sebagai dua dos penuh yang dipisahkan sekurang-kurangnya satu bulan.

Penyelidikan ini dilakukan oleh Institut Jenner Universiti Oxford dan Oxford Vaccine Group dengan kerjasama pengeluar Itali Advent Srl yang terletak di Pomezia di dalam kampus IRBM yang telah menghasilkan kumpulan pertama vaksin COVID-19 untuk ujian klinikal. Pasukan ini diketuai oleh Sarah Gilbert, Adrian Hill, Andrew Pollard, Teresa Lambe, Sandy Douglas dan Catherine Green.

Pada 30 Disember 2020 vaksin ini telah diluluskan untuk digunakan dalam program pemvaksinan di UK, dan pemvaksinan pertama telah dijalankan pada 4 Januari 2021.

3. CoronaVac (China)

Vaksin ini adalah calon berpotensi untuk vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac. Bermula pada pertengahan 2020, calon vaksin telah menjalani penyelidikan klinikal Fasa III. Pada 19 Oktober, hasil awal dari ujian Fasa III di Brazil menunjukkan CoronaVac nampaknya selamat dalam memberikan perlindungan terhadap COVID-19. Brazil menghentikan sementara ujian Fasa III pada 10 November setelah berlaku kes bunuh diri seorang sukarelawan sebelum disambung semula pada 11 November. Menjelang 3 Disember, lebih daripada satu juta dos CoronaVac telah tiba di Brazil. Indonesia menerima penghantaran pertama sebanyak 1.2 juta dos CoronaVac pada 6 Disember. Vaksin ini adalah vaksin virus keseluruhan yang tidak aktif secara kimia untuk COVID-19.

4. Gam Covid Vac (Rusia)

Vaksin ini juga dikenali sebagai Sputnik V diambil dari nama satelit angkasa, ialah calon vaksin COVID-19. Vaksin itu dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya dan didaftarkan di Rusia pada 11 Ogos 2020 oleh Kementerian Kesihatan Persekutuan Rusia.

5. Convedecia (China)

AD5-nCOV, nama dagangan Convidecia, ialah calon vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh syarikat biofarmasi China CanSino Biologics. Pengembangan AD5-nCOV bermula pada awal 2020 dan memasuki ujian Tahap I pada Mac dan ujian Tahap II pada April. Bermula pada Ogos 2020, vaksin tersebut sekarang berada dalam pengujian Tahap III di Argentina, Chile, Mexico, Pakistan, Rusia, dan Arab Saudi dengan lebih dari 40.000 orang dalam dua dan satu dos.

CABARAN, ISU DAN KONTROVERSI

1. Pelanggaran giliran

Satu kontroversi utama dalam program imunisasi ini ialah dakwaan sesetengah pihak kenamaan yang sengaja melanggar giliran pemerolehan vaksin untuk divaksin secepat mungkin, atau dalam istilah lazim, "memotong barisan" untuk memperoleh vaksin tanpa menghiraukan pihak barisan hadapan yang sepatutnya didahulukan. Satu kes utama ialah dakwaan ahli Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) yang memotong barisan giliran pemvaksinan lalu menyebabkan sesetengah pegawai perubatan dipinggirkan daripada divaksin terlebih dahulu; dakwaan ini disahkan sebagai berita palsu oleh pihak kerajaan negeri tersebut. Selain itu, pihak selebriti media sosial juga didakwa diberi ruang awal untuk divaksin secara tidak adil. Meskipun begitu, pihak kerajaan berusaha dalam menangani isu ini sama ada dengan denda sebanyak RM50,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali dan dikenakan kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan tindakan sedemikian.

2. Pengaruh anti-vaksin

Pegangan dan penyebaran fahaman antivaksin oleh sesetengah pihak menjadi isu utama dalam program imunisasi ini, dan mereka kerap menggunakan platform atas talian untuk menyebarkan fahaman sebegitu. Lazimnya, penyebaran fahaman antivaksin ini dibuat untuk memberi ruang kepada sesetengah pihak untuk mempromosikan produk-produk alternatif yang didakwa dapat memberi perlindungan kepada seseorang daripada COVID-19. Oleh itu, pihak berkuasa bercadang menetapkan tindakan terhadap penyebar fahaman antivaksin berdasarkan undang-undang hasutan dan maklumat palsu atas talian. Satu lagi isu yang berkaitan ialah masalah media yang memaparkan berita-berita sensasi dengan konotasi antivaksin seperti dalam kes artikel Harian Metro yang seolah-olah mengaitkan seorang jururawat yang meninggal dunia akibat sakit jantung dengan vaksin COVID-19 yang diterimanya seminggu sebelum kematiannya lalu dijadikan sebagai 'bukti' oleh golongan antivaksin bagi mengukuhkan hujah-hujah mereka.

3. Kadar pemvaksinan pada awal PICK

Pada awal PICK, kadar pemvaksinan rakyat negara yang rendah menjadi kebimbangan dan mendapat kritikan oleh beberapa pihak. Kiraan pada awal PICK menjangkakan bahawa sasaran pemvaksinan 80% penetap negara hanya boleh dicapai dalam tempoh kira-kira 5 tahun. Sungguhpun begitu, pelbagai faktor luaran menyumbang kepada kadar perlahan ini. Pengurus PICK, YB Khairy Jamaluddin menyatakan faktor-faktor seperti penghantaran vaksin yang lewat serta isu pembolotan vaksin oleh negara-negara maju sebagai punca kadar pemvaksinan perlahan, dan menjagka bahawa jumlah vaksin diperoleh akan mula seiring dengan permintaan mulai bulan Jun. Di samping itu, segelintir pihak pula merujuk kepada kelewatan pengesahan dan proses meluluskan vaksin oleh pihak kerajaan sebagai punca pemerolehan vaksin yang lewat lalu membawa kepada kadar pemvaksinan yang rendah. Walau bagaimanapun, kadar pemvaksinan dijangka meningkat ke tahap yang memberangsangkan susulan rancangan oleh pihak kerajaan untuk menyertakan golongan pengamal perubatan swasta dalam usaha pemvaksinan. Menjelang akhir Mei, kadar pemvaksinan mula meningkat dengan ketara susulan peningkatan bilangan PPV dibuka serta penghantaran vaksin ke Malaysia yang semakin kerap dan melimpah. Pada 1 Jun, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihanya merancang untuk meningkatkan lagi sasaran kadar pemvaksinan daripada 150 ribu ke 200 ribu dos per hari menjelang Julai.

4. Pengurusan penerima vaksin

Satu cabaran utama dalam PICK ialah menguruskan penerima vaksin untuk memastikan proses PICK berjalan lancar. Satu masalah utama ialah kegagalan sebilangan penerima vaksin untuk menghadiri janji temu pada waktu yang ditetapkan. Dengan itu, pihak kerajaan bercadang untuk mengenakan hukuman terhadap mereka yang tetap enggan menghadiri janji temu sungguhpun pujukan telah diberi. Selain itu, pengurusan kelompok penerima di PPV juga menjadi cabaran, dengan masalah-masalah termasuk penerima tiba pada waktu yang salah serta PPV menjadi sesak dengan jumlah hadirin yang ramai.

5. Masalah teknikal dan lain-lain

Pada awal bulan Mac 2021, satu pengubahsuaian terhadap antaramuka aplikasi MySejahtera menyebabkan kekeliruan rakyat berkenaan pendaftaran pemvaksinan. Para pakar teknologi berpendapat bahawa isu-isu ini adalah lazim bagi MySejahtera memandangkan aplikasi tersebut dibangunkan tanpa sebarang bayaran. Satu isu lain ialah tindakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengutuk sebarang kritikan terhadap program vaksinasi tersebut oleh penjawat-penjawat awam kementerian itu sendiri.

KESIMPULAN

Bagi seorang Muslim, adalah menjadi suatu tuntutan kepada kita untuk merawat penyakit yang menular di kalangan masyarakat sebagaimana pandemik COVID-19 yang melanda pada hari ini. Mengambil jalan pencegahan terlebih dahulu sebelum terkena wabak atau sebarang penyakit seperti menggunakan suntikan vaksin COVID-19 adalah satu usaha yang terbaik dan telah diharuskan oleh para alim ulama kontemporari ini. Justeru, setiap langkah yang dilakukan itu merupakan suatu rawatan terhadap takdir Allah dengan menggunakan takdir-Nya yang lain. Ia sama sekali tidak bermaksud menolak takdir Allah S.W.T. Hal ini telah diterima ramai oleh pakar dunia termasuk WHO dan Kementerian Kesihatan seluruh negara di dunia ini. Sebarang usaha mencegah dan merawat penyakit berjangkit seperti COVID-19 adalah lebih ditekankan kepentingan dan keperluannya. Ini kerana, sekiranya ia tidak dirawat dan dicegah ia akan menyebabkan kemudaratan yang terhasil daripadanya menjadi lebih meluas. Sedangkan kaedah Fiqh menyebut: “Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada juga perbuatan membalas kemudaratan.”

Berkenaan dengan hukum penggunaan vaksin COVID-19, selama mana telah dipastikan bahawa tidak terdapat sebarang bahan-bahan haram yang digunakan dalam penghasilan vaksin tersebut, maka hukum asal pengambilannya adalah harus. Manakala sekiranya pengambilan vaksin tersebut terbukti berkesan dalam mencegah penyakit serta ternafi sebarang kemudaratan daripadanya, maka hukum pengambilannya adalah dituntut bahkan menjadi kewajiban apabila ditetapkan oleh pihak pemerintah. Dalam masa yang sama, sekiranya pemerintah membuat ketetapan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ini kepada seluruh rakyat, khususnya kepada mereka yang terdedah dengan risiko jangkitan seperti pejuang barisan hadapan (frontliners) serta golongan yang berisiko, maka menjadi kewajipan untuk kumpulan ini mengambilnya.

Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-6485334964933757132021-05-25T00:00:00.002+08:002021-06-14T11:32:06.274+08:00COVID-19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : Pencetus Teknologi 'Bekerja Dari Rumah'

Artikel asal oleh : Dr. Tuan Noorkorina binti Tuan Kub (Universiti Sains Malaysia)

Sebelum kehadiran wabak COVID-19, istilah 'Bekerja Dari Rumah' atau 'Work From Home' (WFH) ini kurang dikenali disebabkan tidak ramai yang tahu tentang cara untuk bekerja menggunakan teknologi dari rumah. Kini istilah ini tidak asing lagi memandangkan hampir keseluruhan pekerja yang perlu menyiapkan tugasan telah mula bekerja dari rumah. Perkara paling penting untuk melakukan WFH adalah jaringan internet yang stabil, komputer riba atau telefon bimbit. Dengan adanya pelbagai teknologi terkini, tugas-tugas yang dahulunya hanya boleh dilakukan di tempat kerja kini telah dapat dilakukan bukan sahaja di rumah, malah di mana-mana sahaja.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh kerajaan telah menjadikan rakyat hanya boleh duduk di rumah dan keluar dari rumah apabila ada urusan yang penting sahaja. Pelbagai pekerjaan tidak dapat dilakukan sekiranya masyarakat tidak memanfaatkan teknologi WFH yang telah disediakan oleh pelbagai syarikat gergasi teknologi seperti Microsoft, Google, Cisco dan lain-lain lagi.

Penggunaan teknologi ini bukan seratus peratus sempurna kerana terdapat bidang pekerjaan yang memerlukan individu berada di tempat kerja, misalnya doktor dan jururawat. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya teknologi ini telah dapat dimanfaatkan oleh pelbagai sektor pekerjaan yang lain seperti pendidikan, perbankan, kerajaan dan sebagainya. Aktiviti mesyuarat, perbincangan, pembahagian tugasan, malahan guru atau pensyarah juga dapat mengajar hanya dengan berada di rumah.

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia boleh dikatakan baharu sahaja diperkenalkan dengan teknologi ini, namun hakikatnya ia telah pun digunakan secara meluas oleh golongan yang berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat, seperti bahagian sokongan teknikal (technical support), pembangun aplikasi (apps developer) dan sebagainya. Kini dengan adanya perintah kawalan pergerakan untuk mengekang rantaian penularan wabak COVID-19 serta perlunya beberapa bidang pekerjaan untuk terus beroperasi, kebanyakan sektor telah mewajibkan penggunaan teknologi WFH kepada pekerja mereka. Pemberian internet percuma sebanyak 1 G sehari oleh pihak kerajaan, telah memudahkan rakyat Malaysia untuk terus berhubung dan memanfaatkan teknologi ini sebaik mungkin. Namun, untuk memudahkan penggunaannya, pengguna mestilah memahami setiap tools, apps dan services yang ada dan belajar cara menggunakannya dengan betul.

Teams, Zoom, Teamviewer, Slack, Trello dan Github adalah antara aplikasi atau platform yang membolehkan pekerja berhubung secara dalam talian. Penggunaannya sangat mudah iaitu dengan hanya menggunakan telefon bimbit, ia boleh dimuat turun melalui Marketplace seperti Google Play Store dan Apple Store. Selain itu, ia juga boleh dilayari secara terus melalui laman web. Aplikasi ini boleh dihubungkan bersama dengan Software as Services (SAS) yang lain seperti Google G Suite dan Microsoft Office 365. Selain itu, dengan kewujudan pelbagai aplikasi lain seperti video conference, Desktop Sharing apps, Virtual Private Network(VPN), Team Communication apps dan Project Management tools, banyak perkara yang dapat dilakukan dari rumah dengan lebih berkesan dan efisien.

Video Conference

Video conference atau telesidang biasanya digunakan bagi tujuan mesyuarat, perbincangan dan pengajaran. Ia boleh digunakan sama ada secara berdua ataupun berkumpulan. Secara umumnya, platform video conference ini berbayar, namun terdapat beberapa penyediaan platform video conference yang menyediakan langganan secara percuma dengan kekangan seperti mengehadkan bilangan peserta atau tempoh masa perbincangan pada satu-satu masa. Untuk mendapatkan jumlah peserta yang ramai dan tempoh yang tidak terhad, pengguna boleh membuat langganan tersebut dengan bayaran tertentu. Zoom adalah antara perisian yang paling popular. Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat isu yang telah dibangkitkan berkaitan keselamatan maklumat semasa menggunakan platform ini yang kemudiannya telah diambil langkah pencegahan oleh pihak Zoom. Antara contoh lain platform video conferencing termasuklah Cisco Webex, Microsoft Skype, Microsoft Teams, Google Hangout meet dan Jitsi meet (sumber terbuka). Platform ini boleh diintegrasikan bersama aplikasi lain seperti Slack dan Teams.

Virtual Private Network (VPN)

Virtual Private Network biasanya digunakan oleh pekerja yang memerlukan akses pada data yang sulit, misalnya bidang perbankan, pendidikan atau kesihatan yang mana maklumat ini tidak didedahkan di internet. VPN membolehkan sesuatu data sulit diakses dari mana-mana sahaja bagi mengelakkan kebocoran data kepada pihak ketiga. Semasa PKP, VPN dapat digunakan dengan menghubungkan peranti alatan rangkaian di luar ke dalam jaringan rangkaian di dalam organisasi secara maya.

Desktop Sharing Apps

Desktop Sharing Apps merupakan suatu kaedah iaitu seorang pekerja boleh membuat kerja secara kawalan jauh dengan peralatan di tempat lain. Misalnya, komputer di tempat kerja boleh dihubungkan dengan komputer di rumah dan membolehkan pekerja melakukan kerja tanpa perlu hadir ke tempat kerja. Antara contoh Desktop Sharing Apps yang biasa digunakan ialah TeamViewer dan AnyDesk. Selain melakukan kerja secara kawalan jauh, aplikasi ini juga dapat membuat aktiviti lain seperti remote screen recording, remote printing dan sebagainya.

Team Communication Apps

Team Communication Apps merupakan suatu aplikasi untuk berkomunikasi secara berkumpulan, sama ada perbincangan, berkongsi maklumat atau fail di suatu tempat, membuat pembahagian tugas dan tindakan susulan terhadap sesuatu tugasan. Slack dan Microsoft Teams merupakan antara Team Communication Apps yang biasa digunakan. Melalui Slack, ahli kumpulan boleh berkongsi maklumat melalui ruang kerja yang sistematik yang dipanggil sebagai workspace serta channel perbincangan mengikut kategori tugas masing-masing. Dengan fungsi yang hampir sama dengan Slack, Microsoft Team pula dapat diintegrasikan dengan planner, OneNote, OneDrive dan Sharepoint yang terdapat di dalam Office 365 serta boleh dihubungkan bersama untuk aktiviti video conference.

Project Management Tools

Untuk menguruskan projek pula, Project Management Tools boleh digunakan oleh pekerja yang bertugas dalam satu pasukan. Walaupun pekerja berada di lokasi berbeza, Project Management Tools merupakan suatu platform untuk membuat perancangan projek, mengurus tugasan, mengesan masa, melakukan kerjasama dalam pasukan, membuat carta gantt, membuat perancangan kewangan atau bajet, dan membuat laporan projek. Selain itu, Project Management Tools dapat mengingatkan ahli kumpulan terhadap tugasan masing-masing, misalnya mengutamakan tugasan mengikut prioriti, membuat list to do, in progress dan complete pada cardboard. Untuk memastikan ahli kumpulan tidak terlepas deadline/tarikh akhir tugasan, Project Management Tools boleh membuat notifikasi kepada ahli pasukan melalui e-mel. Selain itu, ahli pasukan juga boleh memberikan komen serta berkongsi imej dan fail di dalam tools ini. Antara contoh Project Management Tools ialah Trello, JIRA dan Redmine.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, aplikasi dan platform untuk WFH merupakan teknologi yang perlu dipelajari oleh masyarakat pada masa ini. Sekiranya masyarakat enggan mempelajari atau masih mahu berada di takuk lama, pelbagai aktiviti dan tugasan dalam pekerjaan akan tergendala. Selain itu, setiap individu mestilah mementingkan disiplin diri untuk memastikan waktu di rumah diperuntukkan dengan optimum untuk pekerjaan yang dilakukan. Pemilihan platform dan aplikasi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan sentiasa mengemaskini (update) sistem pengoperasian peranti, jaringan internet yang stabil, serta peka dengan notifikasi pada tools merupakan antara faktor kejayaan penggunaan teknologi WFH.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-67083423917328976742021-04-01T00:00:00.014+08:002021-05-14T10:58:32.169+08:00Calitan Nasofarinks COVID-19 : Adakah Ujian Saringan Ini Menyakitkan ?

Artikel asal oleh : Professor Dr. Irfan bin Mohamad (Universiti Sains Malaysia)

Setelah lebih satu tahun pandemik COVID-19 melanda dunia amnya dan Malaysia khasnya, selama itulah juga istilah-istilah perubatan serta pemahaman mengenainya telah mula dimasyarakatkan. Frasa-frasa yang lazimnya digunakan oleh mereka dalam bidang perubatan kesihatan awam seperti kuarantin, kontak rapat, pelitup separuh muka, penjarakan fizikal dan pelbagai nama yang digunakan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti PKP Diperketatkan (PKPD), PKP Bersyarat (PKPB), dan PKP Pemulihan (PKPP) telah mula menjadi bualan harian pada era norma baharu ini. Istilah-istilah ini telah dekat di hati orang awam kerana mereka telah, sedang dan akan menghadapinya.

Cuma ada satu lagi keperluan untuk diagnosis COVID-19 yang telah lama diperkenalkan, semenjak pandemik ini atau sebenarnya sebelum penyakit ini menjadi pandemik lagi iaitu ujian calitan nasofarinks (nasopharyngeal swab). Ujian ini walaupun namanya telah lama didengari, namun ramai yang masih belum mampu atau mahu tampil menjalaninya walaupun dikehendaki berbuat demikian oleh pihak berwajib.

MENGENALI NASOFARINKS

Secara anatominya, kedudukan nasofarinks atau pangkal hidung adalah di bahagian belakang. Ia merupakan ruang paling atas pada bahagian farinks, terletak di antara lantai tulang tengkorak (skull base) dan lelangit lembut (soft palate). Diameter nasofarinks adalah lebih kurang 2 cm and tingginya adalah 4 cm. Ini bermakna ia bukan terletak di bahagian depan, atas atau tepi lubang hidung. Bahkan bahagian nasofarinks ini kedudukannya adalah selari dengan lantai hidung jauh di belakang sana.

Selain berfungsi sebagai saluran pernafasan bahagian atas, nasofarinks juga berfungsi untuk menapis dan melembabkan udara yang disedut memasuki hidung serta memerangkap zarah-zarah debu dan kuman yang disedut masuk ke dalam rongga hidung dan mengalirkannya melalui mekanisma pergerakan mukosiliari (mucocilary clearance) menuju ke arah belakang, iaitu menuju ke kawasan nasofarinks.

Sebab itulah calitan untuk menguji kehadiran virus COVID-19 diambil di bahagian nasofarinks kerana beban virus (virus load) yang banyak terperangkap di sini untuk memberikan keputusan yang tepat. Tambahan pula, ia merupakan lokasi yang boleh dicapai dan keputusannya boleh diterimapakai untuk sesuatu ujian saringan.

INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN

Instrumen atau alat yang digunakan untuk membuat calitan adalah pencalit poliester kecil yang mempunyai batang halus yang panjang. Boleh diimaginasikan ia seperti penyedut minuman kecil atau putik kapas yang dipanjangkan bahagian rod plastiknya. Petugas kesihatan akan memasukkan pencalit nasofarinks ini menerusi dua bahagian, iaitu melalui dalam mulut dan hidung. Melalui rongga mulut, sampel di bahagian orofarinks (tekak) akan diperolehi, manakala kemasukan melalui rongga hidung ialah untuk mendapatkan sampel pada bahagian yang dikenali sebagai nasofarinks. Kedalamannya adalah beberapa inci, kira-kira jarak yang sama dari mulut atau hidung, ke telinga.

KAEDAH CALITAN

Sebelum melakukan apa-apa calitan, petugas kesihatan hendaklah bertanya sedikit sebanyak tentang riwayat kesihatan yang ringkas samada pesakit mempunyai masalah hidung tersumbat atau berdarah. Cuba elakkan belah hidung yang mempunyai masalah. Selain itu, adalah penting untuk petugas kesihatan benar-benar faham anatomi dan kejanggalan anatomi yang mungkin berlaku di nasofarinks dan rongga hidung seperti hipertrofi turbinat hidung (inferior turbinate hypertrophy), septum hidung yang bengkok atau senget, ketumbuhan seperti polip hidung dan sebagainya. Manakala untuk kanak-kanak, adalah lebih baik sekiranya saiz diameter pencalit yang lebih kecil digunakan berbanding alatan untuk dewasa.

Petugas kesihatan juga boleh menggunakan kaedah ‘Cold Spatula Test’ (CST) di mana pesakit diminta menutup mulut, kemudian batang spatula besi diletakkan pada bahagian depan lubang hidung dan pesakit diminta menghembuskan nafas perlahan-lahan. Corak pengewapan atau kondensasi pada batang spatula akan diperiksa sebelum memilih belah hidung yang akan dilakukan calitan tersebut. Kawasan yang kurang atau tidak mempunyai kondensasi adalah akibat daripada hidung yang bermasalah tersumbat. Cuba elakkan mengambil apa-apa calitan nasofarinks pada belah hidung tersebut.

Teknik calitan yang betul sepatutnya tidak mengakibatkan kesakitan yang melampau atau kecederaan sehingga berlaku pendarahan hidung. Oleh itu, ketika memasukkan pencalit nasofarinks, batang calitan mestilah dipegang seperti memegang pen, kemudian diarahkan biar selari dengan lantai hidung (atau sama paras dengan tragus telinga pesakit) dan terus ke belakang sehingga menyentuh bahagian nasofarinks (atau sehingga suatu rintangan dirasai). Seterusnya batang calitan hendaklah diputar sekurang-kurangnya 4 kali mengikut/melawan arah jam selama sekurang-kurangnya 15 saat di dalam hidung sebelum dikeluarkan. Adalah penting bagi petugas kesihatan untuk mematuhi prosedur operasi standard (Standard Operating Procedure, SOP) contohnya memakai ‘Personal Protective Equipment’ (PPE) dengan betul seperti yang telah ditetapkan oleh institusi terbabit sebelum memulakan prosedur calitan nasofarinks ini. Kepala pesakit hendaklah didongak sedikit sebelum memulakan calitan bagi memudahkan pengambilan sampel.

Manakala teknik calitan yang tidak betul adalah apabila calitan hanya dilakukan di depan hidung dan tidak kena pada bahagian nasofarinks, kecuali ia sememangnya henadka mengambil sampel dari lubang hidung. Arah calitan yang tidak selari dengan lantai hidung dan tidak mengenai bahagian nasofarinks, tetapi mengenai bahagian pangkal otak, kawasan deria bau dan bahagian ‘turbinat tengah’ akan memberikan komplikasi akibat calitan kepada pesakit.

Antara komplikasi yang boleh berlaku jika teknik yang dilakukan tidak betul adalah seperti sakit atau ketidakselesaan yang melampau terutama jika pesakit ada masalah hidung. Selain itu, kecedaraan boleh berlaku pada kawasan deria bau menyebabkan pesakit menjadi kurang atau hilang deria bau, walaupun kemungkinan ini adalah rendah. Teknik yang tidak betul juga boleh menyebabkan kecederaan pada struktur dalam hidung sehingga menyebabkan pendarahan hidung.

KESIMPULAN

Mengambil sampel dari lubang hidung atau rongga tekak selalunya tidak menyebabkan kesakitan atau menakutkan pesakit tetapi pengambilan sampel dari nasofarinks menakutkan ramai orang dan kerap juga menimbulkan kesakitan atau pendarahan. Oleh itu cara yang terbaik untuk melakukan calitan nasofarinks perlu dipelajari oleh semua kakitangan kesihatan yang akan melakukannya.
Perkara ini akan dapat dilakukan jika petugas itu memahami dengan baik anatomi lubang hidung dan nasofarinks, penyakit dan kejanggalan anatomi yang mungkin ada seperti septum bengkok serta memahami teknik yang betul dalam melakukan calitan tersebut.

Dengan kaedah dan teknik yang betul, sepatutnya calitan ujian COVID-19 terutamanya di bahagian nasofarinks adalah tidak menyakitkan dan dapat mengelakkan komplikasi yang tidak diingini. Pengetahuan tentang struktur anatomi nasofarinks dan juga orofarinks kepada petugas kesihatan yang melakukan calitan amatlah penting bagi menghasilkan teknik calitan yang berkesan seterusnya mendapatkan sampel yang jitu untuk memberi keputusan yang tepat. Selain itu, saiz pencalit nasofarinks juga hendaklah disesuaikan mengikut peringkat umur.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-47622482050134233432021-01-20T00:00:00.023+08:002021-04-21T21:48:16.004+08:00Sepuluh (10) Tablet Pilihan Di Bawah RM1,000 Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

Artikel asal oleh : Amy Maizuraa (Amanz Media)

Sepertimana yang dimaklumi, sesi persekolahan secara bersemuka hanya melibatkan murid yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sahaja. Sementara, semua murid sekolah rendah dan pelajar tingkatan satu hingga empat pula diarahkan untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Keputusan itu dibuat bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini. Pada masa sama, ia bertujuan untuk melindungi keselamatan anak-anak.

Jadi apabila keadaan ini berlaku, peranti pintar seperti telefon bimbit, tablet, laptop atau komputer merupakan antara keperluan penting bagi memudahkan anak-anak melaksanakan semua tugasan yang diberikan sebaiknya. Bukan itu sahaja, malah capaian rangkaian internet juga kini bukan lagi satu kemahuan tetapi menjadi keperluan. Manakala dari sudut lain, ia secara tidak langsung memberi sedikit masalah dan bebanan kepada sesetengah pihak – terutamanya keluarga yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah. Tambahan pula, harga peranti pintar baharu yang dijual sekarang boleh dikatakan agak mahal.

Walaupun begitu, masih ada beberapa pilihan untuk gajet – misalnya tablet yang sememangnya agak murah dan baik daripada segi harga. Ia juga sesuai digunakan oleh anak-anak untuk mengikuti PdPR. Oleh itu, Amanz Media menyenaraikan beberapa model tablet yang boleh dimiliki pada anggaran harga di bawah RM1,000. Mungkin penyenaraian ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak tertentu untuk mendapatkan tablet dengan harga yang lebih murah. Sekaligus, memudahkan anak-anak agar dapat mengakses pelbagai kandungan pembelajaran dengan sebaiknya. Untuk memudahkan semua, kami turut meletakkan pautan pembelian untuk membawa secara terus kepada produk.

1) Samsung Galaxy Tab A7 WiFi (3GB + 32GB)

Samsung Galaxy Tab A7 (2020) diperkenalkan sekitar bulan September 2020. Kebiasaanya, tablet daripada Samsung di bawah siri Galaxy Tab A sering menawarkan harga jualan yang mampu milik, di samping spesifikasi dalam kategori kelas pertengahan. Salah satu perkara menarik pada tablet ini adalah rekaannya yang padat dan nipis – sekaligus menjadikan ia selesa untuk dipegang. Skrin bersaiz 10.4-inci pada tablet ini juga mampu memberi pengalaman penggunaan yang baik.

Rekaan bezel yang sekata juga memberikan nisbah skrin-ke-badan yang agak luas iaitu sekitar 80%. Boleh dikatakan mencukupi untuk memaparkan kandungan pembelajaran harian anak-anak. Bukan itu sahaja, aktiviti lain seperti menonton, membaca dan melayari web juga terasa memuaskan.

Untuk spesifikasi dalaman, tablet ini dijana cip pemproses Snapdragon 662, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 7,040mAh. Dengan sokongan bateri yang besar ini turut membolehkannya memberi masa penggunaan peranti yang lebih lama. Untuk kamera, tablet ini menggunakan sensor 8-Megapixel untuk kamera utama. Seterusnya, diiringi 5-Megapixel untuk kamera swafoto. Tidak ketinggalan, sistem pembesar suara yang baik dengan sokongan Dolby Atmos turut mampu memberi pengalaman audio lebih imersif.

2) Samsung Galaxy Tab A 8.0 (2GB + 32GB)

Ia direka untuk pengguna yang mencari tablet untuk kegunaan asas – misalnya menonton video, melayari web mahupun bersantai. Ia juga sesuai digunakan oleh anak-anak sebagai alat pembelajaran. Ditambah pula dengan adanya mod kanak-kanak khusus iaitu Samsung Kids Home – sekaligus membolehkan ibu bapa untuk memantau penggunaan peranti bagi anak-anak kecil.

Di hadapan peranti terdapatnya skrin berukuran 8-inci boleh dikatakan mampu menyediakan pengalaman tontonan memuaskan. Kemudiannya, ia juga dibekalkan bateri sebesar 5,100mAh bagi memastikan ketahanan penggunaan peranti yang panjang. Tablet dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 429 yang dibantu oleh memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB. Andai kata tidak mencukupi, ruangan ini boleh dikembangkan menerusi kad MicroSD sehingga 512GB. Kamera sebesar 8-Megapixel untuk sensor utama. Sementara, kamera swafoto pula adalah 2-Megapixel.

3) Lenovo Tab M7 (2GB + 32GB)

Tablet ini lebih cenderung kepada penggunaan asas. Kiranya bersesuaian bagi mereka yang mencari tablet untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam-talian, melayari web untuk bacaan atau tugasan ringan. Binaannya juga baik dengan skrin berukuran 7-inci, dilihat mampu memberikan pengalaman visual yang luas.

Saiznya ini boleh dikatakan baik – yang mana dilihat terlalu besar atau terlalu kecil. Ditambah pula dengan berat sekitar 236 gram, ia boleh dikatakan peranti yang ringan. Jadinya, tangan tidak lenguh apabila menggunakan peranti ini dalam jangka masa yang lama.

Untuk spesifikasi dalaman, Lenovo Tab M7 dijana cip pemproses MediaTek MT8765B, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri yang diiklankan dengan ketahanan mencapai sekitar 10 jam. Tablet ini juga menggunakan lensa 2-Megapixel untuk kedua-dua kamera di hadapan dan belakang.

4) Lenovo Tab M8 (2GB + 32GB)

Boleh dikatakan tidak banyak tablet yang hadir dengan skrin berukuran 8-inci. Tablet ini mempunyai saiz yang seimbang – tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil. Boleh dikatakan, mampu memberikan ruang yang cukup untuk beberapa penggunaan yang rawak.

Tablet ini juga mempunyai paparan yang baik – sekaligus mampu menyajikan pengalaman penggunaan yang memuaskan. Dalam erti kata mudah, memadai untuk kebanyakan pengguna. Paparannya mungkin bukanlah yang paling tajam, namun masih memadai untuk penggunaan harian majoriti pengguna.

Untuk spesifikasi dalaman, Lenovo Tab M8 dijana cip pemproses MediaTek Helio A22, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 5000mAh. Tablet ini juga menggunakan lensa 5-Megapixel untuk kamera utama. Sementara, kamera swafoto pula sebesar 2-Megapixel.

5) Lenovo Tab M10 (HD) Gen 2 (2GB + 32GB)

Kita teruskan lagi degan tablet daripada jenama yang sama juga iaitu Lenovo Tab M10 (HD). Seperti sejumlah tablet lain, ia juga tidak lari daripada mempunyai binaan yang berkualiti. Maksudnya di sini, tablet ini dibina dengan baik sekali. Spesifikasi memadai, kemudian digabungkan dengan reka bentuk padat dan ergonomik. Sekaligus, menjadikannya antara salah satu tablet di bawah RM1000 yang boleh dipertimbangkan untuk anak-anak.

Bercakap mengenai spesifikasi, tablet ini dikuasakan oleh pemproses MediaTek P22T, memori 2GB RAM da storan dalaman sehingga 32GB. Kemudian, masih terdapat juga pilihan untuk sokongan slot kad mikroSD sehingga 256GB sekiranya ruangan tidak mencukupi. Seterusnya, tablet ini mempunyai paparan 10.1-inci. Mungkin ia bukanlah sebuah tablet dengan paparan beresolusi tinggi. Namun masih memadai untuk penggunaan harian pengguna.

6) Teclast P20HD (4GB + 64GB)

Mungkin ramai di antara kita yang kurang mengenali akan jenama ini. Tetapi, jenama ini terkenal dengan penawaran tablet pada harga mampu milik. Salah satu daripadanya adalah Teclast P20HD. Tablet ini boleh dikatakan hadir dengan spesifikasi yang boleh dikatakan baik tanpa menelan belanja yang besar.

Meskipun berada dalam segmen tablet bajet, namun apa yang dibawakan memiliki daya tarikan tersendiri. Binaan yang nampak minimalis tetapi kukuh menjadikannya sebuah tablet yang berkualiti. Ditambah lagi dengan rekaan yang nipis dan ringan, sekaligus memudahkan tablet ini digunakan dengan mudah sekali. Skrin berukuran 10-inci dimuatkan pada panel hadapan dirasakan cukup untuk memberi pengalaman tontonan yang memuaskan.

Untuk spesifikasi, Teclast P20HD dilengkapi sistem operasi Android 10 terkini. Selain, turut menggunakan cip pemproses UNISOC SC9863A dan digabungkan dengan memori 4GB RAM untuk pengurusan multi-tugas. Seterusnya, memori ini turut dibantu storan sebesar 64GB yang boleh dikembangkan menerusi ruangan khas slot mikroSD. Tetapan kamera utama pula adalah 5-Megapixel, sementara kamera hadapan sebesar 2-Megapixel. Tidak ketinggalan, ia juga diiklankan dengan ketahanan penggunaan sehingga 7 lamanya menerusi bateri berkapasiti 6000mAh.

7) Teclast M40 (6GB + 128GB)

Selain daripada itu, Teclast M40 juga antara model yang boleh dipertimbangkan. Ia bukan sahaja sebuah tablet yang sesuai untuk tugasan asas seperti melakukan kerja. Bahkan, dikatakan bersesuaian untuk penggunaan bersantai atau bermain permainan mudah-alih. Pada panel hadapan, ia mempunyai paparan berukuran 10.1-inci yang sememangnya cukup besar – sekaligus mampu memaparkan visual dengan lebih jelas dan memuaskan.

Melaluinya juga, terdapat gabungan cip UNISOC T618 yang disertakan dengan memori 6GB RAM yang besar dan storan dalaman 128GB. Kemudian, ia juga dibekalkan bateri yang sama dengan Teclast P20HD iaitu sebesar 6000mAh. Keupayaan kameranya pula terdiri dengan 8-Megapixel untuk lensa utama. Sementara, lensa swafotonya pula adalah 5-Megapixel.

Untuk senarai 3 tablet terakhir ini, ia dilengkapi spesifikasi yang baik untuk penggunaan harian – termasuklah membuat sebarang tugasan ringkas. Ia bagaimanapun keluaran Huawei yang sedia maklum tidak lagi dilengkapi Google Mobile Services (GMS). Akibatnya sekiranya kelas atas talian dijalankan menerusi Google Meet, pelajar langsung tidak boleh menggunakan aplikasi ini. Malahan Google menghalangnya juga sekiranya Meet cuba digunakan menerusi versi pelajar web. Maka kami tidak menyarankan pembelian jika Google Meet adalah perlu digunakan. Jika kelas menggunakan ZOOM pula, aplikasi boleh dimuat turun menerusi Petal Search sahaja tetapi tidak menerusi Huawei App Gallery.

8) Huawei MatePad T10s (3GB + 64GB)

Tablet ini juga didatangkan dengan binaan yang baik. Binaan keempat-empat sisi melengkung padanya mampu menjanjikan keselesaan apabila berada di tangan. Malah, beratnya yang sekitar 450 gram juga boleh dikategorikan sebagai ringan. Sekaligus, langsung tidak membebankan untuk dibawa ke mana-mana.

Di samping itu, ia juga menyertakan paparan yang dilengkapi teknologi, HUAWEI ClariVu Display Enhancement Technology yang mampu meningkatkan ketepuan warna dan ketajaman pada imej. Tidak ketinggalan, paparannya di sini turut mendapat pensijilan TUV Rheinland untuk pencahayaan sinar biru yang rendah bertujuan untuk keselesaan mata pengguna. Dengan ini, ia pastinya memberi keselesaan kepada anak-anak ketika menggunakannya untuk kandungan pembelajaran jenis video yang diberikan oleh guru mereka.

Untuk spesifikasi, MatePad T10s dikuasakan oleh pemproses Kirin 710A, memori 3GB RAM dan storan dalaman 64GB. Dari segi bateri pula, ia sangat memadai untuk pengunaan peranti yang panjang menerusi bateri berkapasiti 5,100mAh. Cuma sayangnya, ia menggunakan sistem operasi Android yang tiada GMS. Sekaligus, menjadikan penggunaan peranti ini amat terhad berbanding dengan tablet Android lain.

Inilah kekurangan paling utama pada tablet ini. Permalahan ini akan menyebabkan pengguna atau pelajar tidak dapat mengakses sebarang perkhidmatan daripada Google. Situasi ini menjadi lebih parah apabila Google Classroom antara aplikasi utama yang sering digunakan oleh para guru untuk berinteraksi secara langsung dengan pelajar. Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan kekangan untuk seseorang pelajar mengikuti kelas dengan baik.

9) Huawei MatePad T8 (2GB + 32GB)

Ia turut menyasarkan pengguna yang memerlukan tablet dengan harga mesra poket untuk kegunaan aktiviti harian. Seperti Namanya, tablet ini dilengkapi paparan berukuran 8-inci dengan resolusi 1280 x 800.

Rasanya saiznya di sini tidak begitu besar, bahkan selesa sahaja untuk digunakan dengan sebelah tangan. Jadinya, anak-anak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan sebaiknya. Bukan itu sahaja, aktiviti harian biasa seperti melayari web, menonton kandungan video dan sebagainya pasti dapat digunakan dengan baik-baik sahaja. Tapi sayangnya, ketiadaan sebarang perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) – menjadikan penggunaan tablet ini agak terhad.

Untuk spesifikasi, tablet ini dilengkapi cip MTK MT8768 yang dibantu oleh memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB untuk tujuan multi-tugas. Turut melengkapi tablet ini kamera utama 5-Megapixel dan kamera swafoto sebesar 2-Megapixel untuk tujuan fotografi serta panggilan video. Bateri padanya pula adalah sebesar 5,100 mAh yang mana diiklankan ketahanan yang mencecah 12 jam.

10) Huawei MatePad T10 (2GB + 32GB)

Jika mahukan lagi tablet dengan harga mesra poket daripada Huawei, mungkin Huawei MatePad T10 boleh dipertimbangkan. Berbanding MatePad 10s, tablet ini memiliki skrin sedikit kecil. Tetapi, ia cukup memadai untuk memenuhi penggunaan harian. Boleh dikatakan, masih seimbang dari sudut prestasi dan juga keselesaan – serta agak mudah untuk digunakan. Cumanya, ketiadaan sebarang perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) – menjadikan penggunaan tablet ini agak terhad.

Penawaran yang asas di sini juga lebih ditujukan kepada mereka yang memerlukan tablet untuk kegunaan ringan seperti menonton kandungan video atau melakukan tugasan ringkas. Oleh itu, bersesuaianlah tablet ini untuk dijadikan pilihan buat anak-anak mengikuti sesi PdPR dengan sebaiknya. Meskipun paparannya hanya bersaiz 9.7-inci dan tidak sebesar yang terdapat pada MatePad 10Ts. Tetapi, ia masih mampu memberi satu pengalaman penggunaan yang memuaskan – terutama ketika digunakan untuk kandungan pembelajaran jenis video.

Bab spesifikasi agak menarik, tetapi soal perisian ada kekurangannya. Walau bagaimanapun, memandangkan penggunaan tablet ini agak terhad. Sama seperti MatePad T10s juga, sedikit kesukaran akan timbul. Lebih-lebih lagi jika melibatkan sesi interaksi secara langsung bersama guru menerusi aplikasi Google Classroom.

BONUS – Apple iPad 2020 (3GB + 32GB)

Setakat ini kesemuanya tablet yang kami sarankan adalah menggunakan sistem operasi Android. Tetapi kami tahu pasti ada ibu bapa yang ingin mencari tablet iPadOS terbaik juga. Oleh sebab itu kami sarankan pembelian Apple iPad 2020 yang dijual pada RM1,449 – 50% di luar julat harga kesemua tablet dia atas.

Mengapa kami masih sarankan walaupun harganya lebih mahal?

Kerana iPad 2020 (juga dikenali sebagai iPad Gen-8) ialah tablet paling mampu milik ditawarkan oleh Apple pada waktu artikel ditulis. Dengan skrin 10.2″ LCD ialah cukup besar untuk memaparkan kesemua yang hadir dalam sesi telesidang. Dipadankan pula dengan cip Apple A12 Bionic yang masih cukup berkuasa walaupun sudah berusia dua tahun. Sistem operasi telah dikemaskini ke iPadOS 14.4 yang terkini dan akan disokong sehingga lima tahun.

Tidak berakhir di situ kamera hadapan HD lebih dari mencukupi untuk sesi telesidang dan kamera 8MP cukup baik untuk menangkap gambar kerja rumah ke Google Classroom misalnya. Terdapat juga aksesori papan kekunci fizikal jika pelajar ingin menggunakannya seperti sebuah komputer riba. Dengan bateri sebesar 8,827mAh pula, ia cukup besar untuk sesi telesidang sepanjang hari sebelum perlu dicas.

Kesemua aplikasi penting seperti Google Meet, Google Classroom dan Zoom boleh dimuat turun terus dari App Store tidak seperti pada tablet Huawei. Jika anda sanggup berbelanja lebih dan mahukan sebuah iPad, ini ialah model yang kami paling sarankan.

Sehingga artikel ini ditulis, penawaran harga untuk setiap model tersenarai adalah seperti yang terpapar pada pautan pembelian. Sebenarnya, masih banyak lagi pilihan dan model yang berada di pasaran. Tetapi, apa yang tersenarai ini adalah di antaranya. Akhir kata, kami berharap semoga perkongsi artikel ini bermanfaat bagi semua pembaca dan dapat membantu mereka yang mencari tablet pada harga mesra poket. Sekiranya anda juga ada pendapat dan cadangan lain untuk jenis model pada anggaran harga sebegini, jangan lupa kongsikan di ruangan komen di bawah untuk manfaat bersama.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-15876523041833349522021-01-20T00:00:00.022+08:002021-04-21T21:47:39.909+08:00Enam (6) Komputer Riba Pilihan Sekitar RM2,000 Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

Artikel asal oleh : Nazrin (Amanz Media)

Sekolah-sekolah rendah dan menengah baru sahaja memasuki tahun pengajian baru, dan dengan wabak COVID-19 yang masih lagi membelenggu negara dan dunia, ibu bapa dengan anak-anak yang masih lagi di alam persekolahan akan memerlukan sebuah peranti untuk digunakan buat tujuan tersebut. Sebelum ini, Amanz Media telah mengesyorkan 10 tablet mampu milik yang boleh dibeli pada harga di bawah RM1,000. Walaupun begitu, mereka sedar ada di antara kita yang lebih selesa menggunakan komputer riba, dan di dalam artikel ini mereka akan mengesyorkan enam (6) komputer riba pada harga sekitar RM2,000.

Untuk senarai ini, terdapat beberapa perkara yang ditekankan, termasuklah penggunaan sistem operasi Microsoft Windows 10 untuk sokongan perisian yang terbaik dan mudah digunakan, memori DDR sekurang-kurangnya 4GB dan juga penggunaan storan SSD untuk memastikan komputer riba ini boleh menggerakkan beberapa perisian penting dengan jumlah sela-masa yang rendah.

1) Avita Pura A9 (RM1,580)

Avita mungkin tidak begitu dikenali ramai, tetapi ia adalah salah satu daripada jenama komputer riba produktiviti yang hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa untuk menggerakkan sejumlah perisian tugasan seperti Microsoft Office dan perisian tele-sidang seperti Google Meet, Microsoft Teams dan Zoom.

Komputer riba ini dikuasakan oleh CPU AMD A9, mempunyai memori DDR4 sebanyak 4GB dan juga storan dalaman 128GB yang pada pendapat kami tidaklah begitu besar, tetapi memadai untuk tugas-tugas pembelajaran harian anak-anak.

2) Acer Aspire 3 AMD (RM1,499)

Acer ialah sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam arena komputer riba tempatan. Selain daripada penawaran siri Swift mereka yang cukup berkuasa, mereka juga menawarkan siri komputer yang lebih mampu-milik melalui siri Acer Aspire mereka.

Model Acer Aspire 3 khusus ini dikuasakan dengan pilihan cip pemprosesan AMD, dan untuk tujuan pembelajaran di rumah, ia cukup berkuasa untuk menggerakkan perisian-perisian yang diperlukan.

Jika anda mempunyai duit untuk dibelanjakan untuk komputer riba yang lebih berkuasa, Acer Aspire 3 ini juga hadir dengan pilihan CPU Intel Tiger Lake yang lebih berkuasa.

3) Teclast F7 (RM1,699)

Teclast ialah jenama komputer riba dari China yang mendapat sambutan cukup tinggi kerana tanda harga mampu milik dan spesifikasi yang cukup baik untuk tujuan harian.

Ia dikuasakan CPU Intel Gemini Lake N4100, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD sebesar 256GB. Ia dilengkapi dengan paparan bersaiz 14 inci dan juga mempunyai webcam 2.0MP yang cukup baik untuk tujuan telesidang.

Jika diperlukan, komputer riba ini juga hadir dengan palam HDMI yang boleh digunakan untuk disambungkan kepada sebuah paparan lebih besar jika diperlukan.

4) Joi Book SK3000 (RM2,199)

Komputer riba Joi Book SK3000 ialah komputer riba terbaru keluaran SNS Network yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Ia hadir dengan paparan bersaiz 12.5 inci dengan resolusi Full HD.

Komputer riba ini hadir dengan beberapa ciri yang cukup unik. Walaupun ia menggerakkan sistem operasi Windows 10, ia dikuasakan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 850, memori DDR4 sebanyak 4GB dan storan flash UFS 2.1 128GB.

Harga komputer riba ini mungkin ia juga satu-satunya komputer riba dengan sokongan untuk kad SIM yang membolehkannya menggunakan rangkaian 4G secara terus.

5) Microsoft Surface Go 2 (RM2,299)

Secara teknikalnya, peranti Microsoft Surface Go 2 ini ialah sebuah tablet, tetapi sama seperti peranti tablet Surface yang lain, penggunaan produktivitinya adalah terbaik apabila digunakan bersama-sama dengan penutup papan kekuncinya.

Surface Go 2 dlengkapi paparan PixelSense 10 inci dengan resolusi 1920×1280, dan dikuasakan CPU Intel Pentium Silver N5000, memori DDR4 sebanyak 4GB dan juga storan dalaman 64GB.

Ia juga adalah peranti yang paling mudah-alih di dalam senarai ini, dan masih lagi cukup berkuasa untuk menggerakkan perisian produktiviti dan telesidang tanpa begitu banyak masalah.

6) Dell Inspiron 15 (RM2,379)

Dell Inspiron 15 ialah komputer riba yang paling mahal didalam senarai ini, tetapi juga boleh dikatakan mempunyai spesifikasi yang paling berkuasa juga.

Dilengkapi paparan 15.6 inci dengan resolusi Full HD, ia dikuasakan CPU AMD Ryzen 3 3250U, memori DDR4 sebanyak 4GB, dan gabungan storan SSD 256GB dan cakera keras 1TB.

Ia juga hadir dengan cip pemprosesan grafik terbina yang cukup berkuasa untuk memperlihatkan kandungan beresolusi tinggi jika diingini. Dengan pembaca kad SD, palam RJ-45 Cat-5 dan sejumlah palam USB, ini adalah komputer riba yang paling 'all-rounder' di dalam senarai ini.

Ini sahaja senarai yang dapat diberikan pada ketika ini. Jika anda tertanya-tanya mengapa tidak menyenaraikan lebih banyak model, ia adalah kerana akibat pandemik COVID-19, terdapat beberapa model yang memenuhi kriteria yang disebutkan tetapi telah kehabisan stok di kebanyakan tempat. Model terpakai atau lama (seperti MacBook Air Intel misalnya) tidak disenaraikan kerana harga jualan yang berbeza-beza serta diragui jaminannya oleh penjual untuk jangka masa yang pendek. Diharap artikel ini dapat membantu mereka yang mencari komputer riba yang paling mampu milik di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilihat akan dilaksanakan dalam tempoh yang lama.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-37311071633663208022020-05-01T00:00:00.014+08:002021-05-11T10:56:26.733+08:00Jangkitan COVID-19 : Sebuah Kembara Sains Menuntut Disiplin Diri

Artikel asal oleh : Dr. Wan Faizah binti Wan Abdul Rahman (Universiti Sains Malaysia)

Mahu tidak mahu kita semua perlu menerima kehadirannya. Mengubah cara hidup dengan serta merta untuk menyekatnya dari terus mara membuat rantaian demi rantaian. Begitu pantas ia merebak dari individu kepada individu yang lain. Hanya penjarakan sosial dan pendisiplinan diri mampu menyekat penularan wabak ini.
Virus ini pada awalnya dikenali sebagai ‘Wuhan Coronavirus’ kerana asalnya dari sebuah pasar basah di Wuhan, China yang menjual pelbagai jenis hidupan liar yang dipelihara dan disembelih di situ. Keadaan haiwan yang berada rapat antara satu sama lain membolehkan virus ini berjangkit dari satu spesies kepada spesies yang lain. Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sumber sebenar virus ini. Kemungkinan besar adalah daripada kelawar yang kemudiannya menjangkiti haiwan-haiwan lain yang dijual di pasar yang padat itu.

Jangkitan virus ini ke atas manusia mula dikesan pada sekumpulan pesakit di Wuhan yang mengalami gejala yang sama iaitu selesema, batuk, demam dan sukar bernafas selepas mengunjungi pasar tersebut. Kajian mendapati virus ini merupakan sejenis coronavirus daripada haiwan yang menyerang organ pernafasan manusia dan mempunyai persamaan dengan virus penyebab penyakit SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Virus) pada tahun 2003 yang telah menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan yang teruk. Atas dasar itu, novel coronavirus ini dikenali sebagai SARS-CoV-2 dan penyakitnya diberikan nama sebagai COVID-19 pada 11 Februari 2020 oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bermaksud Coronavirus disease of 2019. Pemberian nama khas ini penting bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang mengaitkannya dengan spesifik lokasi atau haiwan mahupun kumpulan atau individu tertentu.

COVID-19 ini terus menular merentas sempadan dunia sehingga tiada negara yang terkecuali. Melihat kepada peningkatan jumlah pesakit yang kian meningkat dari sehari ke sehari maka ia telah diumum sebagai salah satu wabak pandemik dunia oleh WHO pada 11 Mac 2020.

Kenali COVID-19 : Sebuah Perisai Ringkas

Perkataan ‘corona’ pada virus itu membawa maksud lingkaran atau mahkota. Virus ini berbentuk bulat dan dilingkari oleh protein berbentuk paku. Struktur paku ini mempunyai protein yang telah mengalami pengubahsuaian atau mutasi yang membolehkan ia bertindak sebagai kunci untuk masuk ke dalam sel manusia. Proses mutasi itu turut membongkar kod kunci atau reseptor yang berada pada sel manusia. Disebabkan virus ini berasal daripada haiwan, memasuki sel haiwan sudah menjadi perkara biasa, namun menyelongkar masuk ke dalam sel manusia untuk dijadikan perumah ini merupakan sesuatu yang baru.

Virus ini sebenarnya bukan organisma hidup kerana ia hanya merupakan sebuah kelongsong yang mengandungi maklumat genetik yang memerlukan perumah lain untuk hidup sama ada sel manusia atau haiwan. Bentuk virus sangat ringkas kerana hanya dilapisi oleh dinding nipis yang mengandungi lemak yang rapuh. Sebaik sahaja terkena air sabun atau alkohol yang digosok beberapa kali, dinding lemak pada virus ini akan larut dan virus akan musnah. Maka, dengan hanya membasuh tangan dengan kerap kita boleh mengelakkan diri dari dijangkiti. Apa yang menjadi masalah adalah, apabila tangan yang telah dicemari virus ini digunakan untuk menyapu muka, menggosok hidung, mata atau menyuap makanan. Tindakan ini akan memberi peluang kepada virus untuk memasuki rongga mulut dan hidung, seterusnya akan menyerang sistem pernafasan manusia.

Kembara COVID-19 Dan Kesudahannya

Saluran pernafasan manusia dilapisi oleh sel-sel hidup yang dinamakan epitelium. Apabila virus memasuki rongga mulut atau hidung, ia akan melekat pada sel epitelium ini dan akan merampas kuasa (hijack) sel dengan mengarahkan sel membahagi dengan cepat. Dengan menggunakan protein yang telah mengalami mutasi, virus berjaya memasuki sel dan menyuntik masuk maklumat genetik ke dalam sel, lalu mengarahkan sel perumah menyalin maklumat genetik itu bagi menghasilkan beribu-ribu virus yang lain. Kesimpulannya, virus berjaya memaksa sel perumah menjadi kilang pemproses virus. Maka semakin banyak virus yang dihasilkan, dan dalam masa yang sama semakin banyak sel-sel perumah termusnah.

Dalam tempoh seminggu hingga dua minggu selepas virus memasuki badan, manusia akan mula mendapat gejala seperti sakit tekak, batuk, demam dan selesema. Ini memberi petanda bahawa sistem pertahanan badan manusia atau lebih dikenali sebagai sistem imun telah diaktifkan bagi melawan virus, justeru menyebabkan berlakunya gejala ini.

Walau bagaimanapun, tindakan mungkin terlambat kerana pencerobohan oleh virus baharu ini tidak pernah diduga oleh sistem imun dan signal yang dihasilkan oleh protein virus termutasi ini pada awalnya disangka bukan musuh oleh barisan pertahanan badan.
Walau bagaimanapun, selepas beberapa siri kemusnahan sel terjadi, sistem imun mula sedar bahawa virus ini adalah musuh yang perlu diperangi lalu cuba melawan menggunakan pelbagai cara tanpa mengetahui di mana titik kelemahan virus ini kerana ia masih baharu. Percubaan demi percubaan menyebabkan berlakunya serang balas yang hebat antara dua pihak. Sekiranya sistem imun dalam keadaan baik dan terkawal, mengikut arahan tanpa beraksi secara berlebihan, banyak virus yang akan berjaya dihapuskan dan akhirnya pesakit akan beransur sembuh.

Dalam sesetengah keadaan apabila sistem imun mula panik dan merasakan seolah-olah tidak mampu lagi mengawal serangan virus yang semakin mengganas, badan akan menghasilkan sejenis bahan perantara yang dipanggil ‘sitokin’. Sitokin ini akan mengerahkan lebih ramai tentera pertahanan untuk bekerja di segenap bahagian sistem dan organ badan terutama pada bahagian paru-paru, yang merupakan pusat utama tempat perlindungan virus. Fenomena di mana sistem imun bertindak secara berlebihan ini dipanggil ‘cytokine storm’ atau ribut sitokin. Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai proses arahan memanggil lebih ramai tentera-tentera khas dengan peralatan senjata yang lebih hebat untuk menewaskan musuh.

Fenomena ribut sitokin ini menjadikan keadaan semakin huru-hara kerana banyak kemusnahan berlaku kepada sel dalam badan manusia, termasuk sel-sel yang tidak menjadi sasaran untuk dimusnahkan dan sel penting dalam mengemudi sistem badan untuk membolehkan seseorang manusia itu hidup. Kerosakan demi kerosakan sepanjang pertempuran ini mengakibatkan keradangan paru-paru yang serius. Apabila paru-paru semakin gagal berfungsi, pesakit terpaksa ditidurkan. Mereka akan diberi bantuan mesin pernafasan serta ubatan bagi mententeramkan keadaan. Berjaya atau tidak rawatan ini bergantung kepada tindak balas badan terhadap kombinasi ubatan yang diberi. Jika pesakit tidak menghidap penyakit lain, sistem pertahanan badan yang kuat dan memberi tindak balas yang baik terhadap ubatan, maka pesakit akan beransur sembuh sehingga boleh bernafas dengan sendiri dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun, bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang pastinya sistem imun tidak mampu bertahan dalam peperangan hebat ini. Pertempuran antara sistem imun dan virus ini hanya akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berlaku sehingga mengakibatkan keradangan paru-paru yang serius serta kegagalan fungsi organ-organ lain juga. Kombinasi ubatan juga tidak berjaya mententeramkan keadaan yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Komplikasi COVID-19 Dan Kebimbangan Sejagat

Jika dibandingkan peratus kematian yang disebabkan oleh COVID-19 dengan coronavirus lain yang seangkatan dengannya seperti SARS-CoV dan MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome) yang mula dijumpai di Arab Saudi pada tahun 2012, peratus kematian akibat COVID-19 masih rendah. Kadar kematian dunia akibat COVID-19 pada awalnya hanya 1% hingga 3%, namun telah meningkat kepada 7% semasa artikel ini ditulis kerana peningkatan kes secara tidak terkawal di beberapa negara. Manakala kadar kematian akibat SARS-CoV dan MERS CoV masing-masing mencatat 9.6% dan 34%.

Atas dasar tersebut, selain komplikasi kematian, apa yang lebih membimbangkan adalah virus ini menunjukkan kadar jangkitan yang sangat cepat dari manusia ke manusia yang lain. Mutasi atau pengubahsuaian pada struktur virus ini memberi keupayaan luarbiasa kepadanya untuk memasuki sel badan manusia dan dikhuatiri manusia yang dijangkiti boleh melebihi nilai kapasiti muatan. Maka, kemudahan fasiliti hospital yang ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang ramai.

Apa yang dibimbangkan ini telah berlaku di beberapa negara. Semasa artikel ini ditulis, didapati angka jumlah jangkitan melebihi 3 juta dan melibatkan lebih 200 buah negara. Kadar kematian juga berkemungkinan akan meningkat kerana peningkatan kes yang memuncak ini. Walaupun negara yang terlibat merupakan negara maju, malah sebuah kuasa besar yang mempunyai kemudahan serta perkhidmatan kesihatan yang bagus, namun tidak mampu mengawal penularan jangkitan dan komplikasi kematian apabila ia mula melebihi kapasiti

Maka apa yang penting di sini adalah langkah membendung penularan wabak sejak dari awal. Perintah kawalan pergerakan sememangnya tepat dilaksanakan di samping kempen-kempen untuk meningkatkan disiplin diri dalam kalangan masyarakat seperti penjarakan sosial serta amalan kebersihan. Dalam situasi wabak sebegini, kebajikan dan kesihatan sejagat perlu menjadi keutamaan dalam sesebuah negara, bukan lagi ekonomi atau politik. Kerjasama yang erat antara pemerintah dan rakyat, ketelusan serta keprihatinan menjadi kod kunci bagi menghentikan penularan.

Akhir kata sebuah cerita
Tatkala sains masih dalam kembara tiada destinasi, virus menular masih tiada henti, mari kita merenung, muhasabah dan mendisiplinkan diri. Apa yang pasti, COVID-19 datang bertamu sambil menyeru agar kita tingkatkan ilmu. Maka sama-samalah kita adun pengetahuan, kerana dengan ilmu sudah tentu kita mampu lawan.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-36526091915675976552020-04-20T00:00:00.006+08:002021-04-21T21:48:30.230+08:00Lima (5) Laman Web Menyemak Sama Ada Maklumat Akaun E-mel Digodam Atau Tertiris

Artikel asal oleh : Amy Maizuraa (Amanz Media)

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu melibatkan aplikasi mesyuarat maya iaitu Zoom yang mana didakwa menimbulkan pelbagai masalah keselamatan dan privasi. Aplikasi ini menerima kritikan hebat kerana dikatakan memiliki tahap keselamatan yang rendah. Terdapat banyak isu yang bersifat kontroversi seperti ribuan rakaman sesi persidangan video terdedah di laman web terbuka, data peribadi dan syarikat terdedah kepada orang tidak dikenali, tidak mempunyai penyulitan hujung-ke-hujung, digodam untuk kecurian kata laluan (aplikasi Zoom untuk Windows) dan sebagainya. Laporan terbaru pula mendedahkan sebanyak 500 ribu akaun Zoom telah dicuri oleh penggodam dan dijual di laman web gelap.

Perkara sebegini amat merisaukan dan menjejaskan semua pihak lebih-lebih lagi kini ramai yang mula bekerja dari rumah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, aplikasi video sahaja alternatif yang dapat digunakan untuk mengadakan pertemuan atau mesyuarat secara dalam talian. Tapi anda perlu ingat! Di zaman yang serba canggih ini, pencerobohan data daripada penggodam boleh berlaku kepada sesiapa sahaja – tidak mengira jenis peranti, sistem operasi mahupun aplikasi yang digunakan. Jadi bagi mengurangkan potensi risiko ini, penulis kongsikan 5 senarai laman web untuk membolehkan pengguna menyemak sama ada akaun anda digodam atau tidak :

1) Have I Been Pwned?

Laman web ini merupakan antara yang paling terkenal dan sering dilawati oleh ramai pengguna. Laman ini menyimpan berjuta-juta pangkalan data laman terkemuka seperti Linkedin, Myspace.com dan banyak lagi. Jadi bagaimana ia berfungsi? Ia dibangunkan bagi memudahkan orang ramai untuk memeriksa sama ada akaun emel mereka adalah selamat mahupun sebaliknya. Ia juga membolehkan anda untuk mengetahui jenis data yang tertiris dan pada masa sama menguji kekuatan kata laluan anda.

Cara penggunaan laman web ini adalah mudah. Anda hanya perlu memasukkan maklumat emel dan ia akan melakukan carian automatik sebelum memberi amaran sekiranya terdapat ancaman penggodaman yang berlaku. Sekiranya akaun anda didapati selamat, ia akan memaparkan label hijau yang memaklumkan bahawa maklumat anda tidak muncul dalam mana-mana pangkalan data. Namun, sekiranya data anda didapati muncul dalam pangkalan penggodaman ia akan memaparkan amaran dengan kotak berwarna merah yang memberitahu bahawa emel anda telah digodam.

Untuk alamat emel, laman web ini akan memberi anda sedikit lebih terperinci termasuk maklumat tambahan mengenai laman web atau pelanggaran alamat emel yang dikesan. Atas sebab keselamatan, maklumat mengenai pelanggaran tertentu terhad. Bagaimanapun, sekiranya anda ingin dimaklumkan mengenai sebarang ancaman penggodaman di masa hadapan, klik pada tab “notify me” pada bahagian atas laman web. Seterusnya, anda akan menerima pemberitahuan e-mel setiap kali ancaman penggodaman yang berlaku pada akaun anda. Anda juga akan dinasihatkan untuk menukar kata laluan dan mengaktifkan sistem pengesahan dua faktor untuk peningkatan keselamatan berganda.

Ramai mendakwa perkhidmatan ini mempunyai tahap ketepatan yang baik ekoran maklumat yang diperoleh adalah dari data Anti Awam dan Exploit.in. Bagaimanapun, laman web secara atas talian tidak semuanya selamat. Jadi, anda masih perlu waspada terhadap keselamatan akaun masing-masing.

2) Firefox Monitor

Seterusnya adalah Firefox Monitor iaitu laman web percuma yang dapat mengelakkan anda daripada terdedah dan menjadi mangsa godaman. Perkhidmatan ini dibangunkan oleh Mozilla dengan kerjasama perkhidmatan Have I Been Pwned dan tersedia untuk semua termasuk pengguna Google Chrome. Melaluinya, anda boleh membuat semakan sama ada akaun perkhidmatan Internet yang menggunakan emel dan kata laluan anda terdedah dengan terdedah kepada penggodam atau sebaliknya.

Jadi bagaimana ia berfungsi? Perkhidmatan ini akan mengumpul semua maklumat yang merangkumi emel serta kata laluan yang bocor dan dan menyimpannya dalam pangkalan data utama. Ia akan mengimbas secara automatik dan memberi amaran sekiranya terdapat ancaman penggodaman yang berlaku. Anda juga boleh melihat bentuk data yang tertiris, jenis perkhidmatan yang digunakan oleh penggodam dan membuat perubahan yang sepatutnya untuk keselamatan pada masa akan datang. Selain daripada itu, anda turut boleh mendaftar untuk menerima maklumat berkala mengenai keadaan keselamatan semasa.

3) DeHashed

DeHashed adalah antara enjin carian penggodaman data terbesar dan terpantas. Melaluinya anda bukan sahaja boleh menyemak emel semata-mata tetapi anda juga boleh memeriksa segala jenis data lain seperti alamat IP, nama pengguna, nombor telefon dan banyak lagi. Dengan pengumpulan lebih 11 bilion data, secara tidak langsung ia menawarkan pencarian hasil yang luas buat pengguna.

Ketersediaan adalah percuma, namun maklumat pencarian hasil data yang dipaparakan adalah agak terhad. Ini bermakna DeHashed akan memberikan senarai hasil yang sesuai sahaja di halaman carian biasa. Untuk menikmati akses lengkap, anda perlu melanggan pelan berbayar dengan harga yang berpatutan bagi mempunyai akses untuk melihat perincian tambahan mengenai sebarang penggodaman.

4) BreachAlarm

Jika anda merasakan penggunaan DeHashed agak merumitkan, anda juga boleh mencuba perkhidmatan lain seperti BreachAlarm. Ia merupakan perkhidmatan carian tunggal yang berfungsi sama seperti Have I Been Pwned? (HIBP) yang mana penggunaan sangat mudah. Perkhidmatan ini akan memantau kata laluan yang bocor dan melaporkan secara automatik kepada anda jika ada alamat emel anda tertiris. Sama seperti DeHashed, ia menawarkan perkhidmatan pemeriksaan emel percuma dan juga pelan pemberitahuan berbayar dengan sejumlah perkhidmatan perlindungan terperinci yang boleh anda manfaatkan. Bagaimanapun, perkhidmatan ini agak terhad dengan hanya kira-kira sebanyak 900 juta maklumat emel sahaja yang disenaraikan dalam pangkalan datanya.

Bagaimana ia berfungsi? Ia akan mengimbas secara automatik, kemudian memberi amaran sekiranya terdapat ancaman penggodaman yang berlaku. Bagaimanapun, BreachAlarm hanya akan memaparkan hasil pencarian yang berkaitan dengan emel diberikan untuk keselamatan anda. Ia juga akan memberi penjelasan ringkas mengenai maklumat yang telah dijumpai dan anda perlu menyemak emel untuk keterangan lebih lanjut. Sekiranya anda ingin menerima pemberitahuan mengenai kemas kini isu penggodaman pada masa akan datang, sila klik pada tab “Active Email Watchdog for Free” pada tetingkap pop-up yang timbul.

5) Sucuri Security Scanner

Sucuri Security Scanner juga adalah salah satu perkhidmatan keselamatan laman web popular yang membantu mengesan masalah berkaitan penggodaman. Selain itu, ia juga menawarkan sejumlah perkhidmatan lain seperti pembersihan untuk laman web yang dijangkiti perisian hasad atau disenarai hitam oleh Google dan banyak lagi. Bukan sekadar membersih, bahkan perkhidmatan ini juga akan melindungi akaun anda secara berterusan. Perkhidmatan ini juga memberi anda pilihan pelan berbayar untuk mempunyai akses perincian tambahan lebih baik.

KESIMPULAN

Walau bagaimanapun pada pokok pangkalnya, jangan pandang remeh mengenai keselamatan dan privasi akaun anda. Permasalahan ini sebenarnya bukanlah bukanlah perkara baharu dan ianya sentiasa berlaku. Lindungi data peribadi anda atau ia akan tergadai disebabkan oleh tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-68745748626375023012020-01-01T00:00:00.011+08:002021-05-08T18:17:46.167+08:00Sembilan (9) Fakta Tentang COVID-19

Artikel asal oleh : Dr. Intan Juliana binti Abdul Hamid (Universiti Sains Malaysia)

Sejak mula dilaporkan pada Disember 2019, perkataan Coronavirus dan COVID-19 kini menjadi perhatian dan bualan dalam segenap lapisan masyarakat baik yang tua mahupun yang muda. COVID-19 tidak lagi asing bagi masyarakat Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sehingga 6 Oktober 2020, sebanyak 36 juta kes melibatkan lebih 1,054,604 kematian telah dilaporkan di seluruh dunia. Di Malaysia pula sebanyak 13,504 kes telah dilaporkan dengan jumlah kematian sebanyak 141 orang. Hal ini amat membimbangkan pelbagai pihak kerana angka ini terus meningkat saban hari. Untuk mengekang penularan virus ini, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini berlanjutan hingga fasa ke-enam dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Walaupun hampir 9 bulan semenjak virus ini mula ditemui, masih ramai antara kita yang tidak tahu perkara penting tentang COVID-19. Oleh itu, sembilan (9) fakta akan diulas untuk memastikan rakyat Malaysia memahami isu-isu penting mengenai COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Apakah itu Coronavirus?

Coronavirus merujuk kepada satu kumpulan virus yang besar yang juga merangkumi virus-virus lain yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia termasuk SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome), MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome) dan virus-virus lain.
Perkataan COVID-19 itu sendiri sebenarnya bukan merujuk kepada virus tetapi merujuk kepada nama penyakit yang disebabkan jangkitan Coronavirus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudiannya membuat keputusan untuk menamakan virus ini secara rasmi sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV). Untuk mengelakkan kekeliruan dengan wabak SARS yang melanda Asia pada awal tahun 2003, WHO telah menamakan penyakit yang disebabkan SARS-CoV ini sebagai Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).

Apakah asal-usul SARS-CoV?

Pernah viral di media sosial bahawa SARS-CoV merupakan virus hasil ciptaan biokejuruteraan di makmal namun semuanya berita palsu semata-mata. Tiada bukti kukuh yang boleh menunjukkan SARS-CoV dicipta oleh manusia di dalam makmal melalui teknik biokejuruteraan. Malah, nama virus ini sendiri iaitu SARS-CoV yang berkait rapat dengan virus yang menyebabkan penyakit SARS, menunjukkan bahawa virus SARS-CoV ini wujud secara semula jadi.
Beberapa orang saintis dari China telah berjaya membuktikan bahawa virus SARS-CoV ini mempunyai ciri persamaan sebanyak 91.02% apabila dibandingkan dengan virus Pangolin-CoV (Coronavirus dalam tenggiling) dan 90.55% dengan BatCoV (Coronavirus dalam kelawar - RaTG13) di peringkat genom. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika virus ini berasal daripada haiwan mamalia yang kemudiannya menjangkiti manusia.

Apakah variasi gejala dan simptom akibat jangkitan Coronavirus?

Simptom penyakit COVID-19 adalah tidak spesifik dan boleh dikategorikan daripada tidak mempunyai sebarang simptom hingga sangat teruk dan boleh membawa maut. Simptom akan mula ditunjukkan dalam tempoh 2 minggu selepas seseorang itu terdedah kepada virus ini. Berdasarkan analisis, kebanyakan pesakit COVID-19 tidak menunjukkan apa-apa simptom. Malah, anggaran pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan apa-apa simptom adalah setinggi 78%.
Bagi yang mempunyai simptom, menurut sebuah kajian daripada China, simptom yang paling kerap dilaporkan ialah demam (83.21%) dan batuk (61.74%) dan juga keletihan (30.22%). Simptom-simptom lain yang telah dilaporkan adalah seperti sakit sendi, penghasilan kahak, kesukaran bernafas, pening kepala, sakit tekak, mabuk, muntah, cirit birit, sakit dada, hidung tersumbat, selesema dan hilang selera makan. Untuk tahap jangkitan yang sangat teruk, pesakit COVID-19 boleh mendapat jangkitan paru-paru yang seterusnya menyebabkan radang kepada kantung udara paru-paru dan mempunyai kesukaran yang amat teruk untuk bernafas sehingga memerlukan bantuan alat pernafasan.

Adakah generasi muda kebal daripada jangkitan Coronavirus?

Semua peringkat umur mempunyai risiko untuk dijangkiti jika terdedah. Malahan, pesakit termuda yang terkorban di Malaysia ialah kes positif ke-2864 Malaysia iaitu wanita berusia 23 tahun dan memiliki rekod menghidap penyakit tiroid.
Analisis yang dilakukan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan China menunjukkan bahawa kesemua kumpulan umur boleh dijangkiti COVID-19. Kes paling muda dilaporkan ialah bayi berusia 3 bulan dan paling tua berusia 104 tahun. Oleh itu, semua individu tanpa mengira umur perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan virus SARS-CoV ini.

Mengapa kadar kematian lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita bagi pesakit COVID-19?

Lelaki dan wanita mempunyai risiko yang sama untuk dijangkiti COVID-19. Walau bagaimanapun, Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan statistik bahawa kadar kematian lelaki adalah sebanyak 63 % di Eropah. Di Malaysia sehingga 27 Ogos 2020, daripada 125 kematian, 95 daripadanya ialah lelaki.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada hal ini. Faktor pertama ialah kerana lelaki mempunyai kepekatan Angiotensin-Converting Enzyme 2 (ACE2) yang lebih tinggi di dalam darah. Protein ACE2 menyedia laluan masuk untuk virus SARS-CoV dan lebih mudah menginfeksi sel-sel terutamanya sel pada bahagaian paru-paru. Selain itu, bilangan lelaki yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kegagalan buah pinggang dan hati juga adalah lebih tinggi daripada wanita juga menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan bilangan kes dalam kalangan lelaki. Gaya hidup lelaki yang lebih suka keluar rumah, tidak mematuhi langkah pencegahan dan merokok juga dipercayai menjadi punca kadar kematian yang tinggi dalam kalangan lelaki.

Apakah kesan jangkitan Coronavirus kepada penyakit sedia ada?

Sememangnya penyakit sedia ada (ko-morbiditi) akan membawa kepada kesan dan komplikasi yang lebih serius kepada pesakit COVID-19. Statistik di Malaysia menunjukkan bahawa kebanyakan kematian COVID-19 di Malaysia merupakan daripada pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Namun begitu, sebanyak 74.07% pesakit COVID-19 tidak menghidapi sebarang penyakit sedia ada (ko-morbiditi).

Bolehkah COVID-19 disebarkan melalui air mata, najis atau secara seksual?

Beberapa kajian telah dilakukan menunjuk virus SARS-CoV boleh muncul di dalam air mani, najis dan air mata pesakit COVID-19 namun belum ada kes COVID-19 dilaporkan disebarkan melalui cara-cara tersebut. Menurut Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya tiga cara diketahui untuk COVID-19 disebarkan. Pertama, melalui titisan daripada simptom pernafasan (batuk dan bersin) apabila berada dalam jarak 1 meter. Kedua, virus juga boleh disebarkan dalam bentuk ‘fomite’ iaitu melalui titisan saluran pernafasan yang jatuh ke persekitaran sekeliling pesakit COVID-19. Yang ke tiga, virus boleh menjangkiti melalui kontak terus dengan pesakit atau dengan objek yang dipegang atau digunakan oleh pesakit. Satu kajian di Universiti California menunjukkan virus SARS-CoV boleh hidup di atas permukaan kadbod selama 24 jam dan di atas permukaan plastik dan besi untuk tempoh 2-3 hari.

Adakah penjarakan sosial, penutup muka dan pelindung mata berkesan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19?

Seperti yang diketahui, penyebaran COVID-19 adalah melalui titisan daripada saluran pernafasan (batuk dan bersin) pada jarak 1 meter dan juga kontak secara dekat. Oleh yang demikian, langkah pencegahan adalah amat penting untuk mengekang virus daripada terus tersebar. Satu kajian secara ‘systematic review dan meta-analysis’ telah dilakukan untuk mengkaji jarak optimum untuk mengelakkan daripada jangkitan dan melihat keberkesanan penggunaan penutup muka dan pelindung mata. Hasil daripada kajian tersebut mendapati jarak fizikal 1 meter dan lebih adalah lebih selamat dan mengurangkan kadar penyebaran virus. Selain itu, penggunaan penutup muka berjaya mengurangkan kadar penyebaran dengan penggunaan penutup muka N95 adalah yang terbaik berbanding penutup muka yang lain. Akhir sekali, pelindung mata juga dapat mengurangkan kadar infeksi. Oleh itu, masyarakat perlulah mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan penutup muka dan pelindung mata ketika berada di luar untuk memutuskan rantaian jangkitan virus ini.

Penawar bagi COVID-19 sudah ditemui?

Sehingga hari ini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau mana-mana agensi kesihatan dan negara-negara dunia tentang penawar khusus bagi penyakit COVID-19 ini. Vaksin bagi COVID-19 pula akan mengambil masa yang agak lama untuk disediakan dengan sempurna. Namun begitu, WHO bersama 90 buah negara termasuk Malaysia telah bekerjasama melancarkan percubaan klinikal solidariti untuk mencari rawatan bagi COVID-19.
Percubaan klinikal solidariti adalah percubaan melibatkan penggunaan ubat-ubatan yang pernah digunakan untuk merawat penyakit lain dan mendatangkan hasil positif kepada pesakit COVID-19. Antara ubatan yang diumumkan oleh WHO untuk digunakan dalam percubaan ini ialah Remdesivir (menunjukkan kesan positif untuk merawat MERS dan SARS), Lopinavir/Ritonavir (digunakan untuk merawat HIV) dan Chloroquine dan Hydroxychloroquine (digunakan untuk merawat Malaria dan penyakit reumatologi).
Penggunaan plasma pesakit COVID-19 yang sudah sembuh daripada COVID-19 juga sedang giat dijalankan di peringkat antarabangsa namun hasilnya masih lagi tidak diketahui. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah membuat beberapa kenyataan akhbar berkenaan penglibatan Malaysia dalam percubaan ini dan penggunaan rawatan ubat-ubatan ini.

KESIMPULAN

Masih banyak maklumat tentang COVID-19 dapat diketahui hasil daripada bacaan dari yang sumber yang sahih. Akhir kata, semua rakyat Malaysia seharusnya mengikuti arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh KKM dan pakar kesihatan yang diiktiraf dari semasa ke semasa dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini. Sama-sama lah kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-42637911428581653372020-01-01T00:00:00.003+08:002021-04-21T21:49:01.281+08:00Al-Ma'thurat : Zikir Tarekat Sufi Syadzili Oleh Imam Hassan Al-Banna

Artikel asal oleh : Ibn Jawi (The Patriots)

Para pelajar terutama yang bersekolah di sekolah berasrama atau pelajar yang sering menyertai
usrah pasti amat kenal dengan satu kitab kecil yang dinamakan sebagai “Risalah al-Ma’thurat”. Al-
Ma’thurat berasal dari perkataan Arab iaitu “Ma’thur” dan “Athar”. Zikir atau wirid ma’thur pula
bermaksud, “Sesuatu amalan yang lahir dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah”. Amalan membaca zikir serta wirid al-Ma’thurat pada waktu pagi dan petang ini sebenarnya
mempunyai perkaitan dengan sejarah Tarekat asy-Syadziliyyah. Untuk memahaminya dengan
lebih mendalam, elok kita ketahui dahulu apa itu Tarekat Sufi asy-Syadzili ini.

Tarekat Syadzili ini adalah Tariqah Ahlul Maghrib kerana ianya berkembang pesat di barat
wilayah Islam iaitu dari Mesir hingga ke Morocco (Maghribi). Tarekat ini diasaskan oleh Imam
Abul Hassan asy-Syadzili. Berikut merupakan sanad emas Tarekat Syadzili ini:-

Nabi Muhammad

Saiyidina Ali bin Abi Talib

Saiyidina Hassan bin Ali

Syeikh Abu Muhammad Jabir bin Abdullah

Syeikh Said al-Ghazawani

Syeikh Abu Muhammad Fath al-Su’ud

Syeikh Abu Muhammad Said

Syeikh Abul Qasim Ahmad bin Marwani

Syeikh Sayyid Ishaq Ibrahim al-Basri

Syeikh Zainuddin al-Qazwini

Syeikh Syamsuddin

Syeikh Muhammad Tajuddin

Syeikh Nuruddin Abul Hassan Ali

Syeikh Fakhruddin

Syeikh Taqiuddin al-Fuqayr

Syeikh Abdul Rahman al-Madani

Syeikh Abdul Salam bin Mashish

Imam Abul Hassan asy-Syadzili

Manakala sanad Tarekat Syadzili dari jurai lain pula adalah sebegini:-

Nabi Muhammad

Saiyidina Ali bin Abi Talib

Syeikh Hasan al-Basri

Syeikh al-Ajami

Syeikh Daud at-Tai

Syeikh Ma’ruf al-Kharkhi

Syeikh Sirri as-Saqati

Syeikh asy-Shibli

Syeikh at-Tartusi

Syeikh Abul Hasan al-Hukkari

Syeikh Abu Said al-Mubarak

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Syeikh Syuaib Abu Madyan

Syeikh Muhammad Salih

Syeikh Muhammad bin Harazim

Syeikh Abdul Salam Mashish

Imam Abul Hasan asy-Syadzili

Nama penuh pengasas Tarekat Syadzili ialah Abul Hassan asy-Syadzili bin Abdullah Abdul
Jabbar bin Tamim bin Hurmuz bin Hatim bin Qusay bin Yusuf bin Yusya’ bin Ward bin Bathal
bin Ahmad bin Muhammad bin Isa bin Muhammad bin Saiyidina Hassan bin Saiyidina Ali dan
Saiyidatina Fatimah al-Zahra binti Rasulullah.

Imam Abul Hassan asy-Syadzili ini lahir pada tahun 1196 dan meninggal dunia pada tahun 1258.
Beliau merupakan Ulama Sufi termasyhur dari Morocco. Beliau terkenal dengan kitab berjudul
Hizb Bahr iaitu sebuah kitab himpunan wirid dan zikir bagi Ahli Sufi. Tarekat Syadzili amat
dipengaruhi oleh ilmu Tasawwuf Imam al-Ghazali melalui karyanya Ihya’ Ulumuddin.
Imam Abul Hassan asy-Syadzili kemudiannya melantik Imam Abul Abbas al-Mursi sebagai
Khalifah Tarekat Syadzili.

Imam Abul Abbas al-Mursi ini lahir di Murcia, Andalucia, Sepanyol
pada tahun 1219 dan meninggal dunia pada tahun 1287. Imam Abul Abbas al-Mursi memiliki
ramai murid antaranya Imam al-Busiri iaitu seorang ulama Sufi berbangsa Berber Bani Sanhaji
yang lahir pada tahun 1211 dan meninggal dunia pada 1294. Imam al-Busiri terkenal dengan
karyanya iaitu Qasidah Burdah.
Imam Abul Abbas al-Mursi pula kemudiannya melantik Imam Ibn Ataillah as-Sakandari sebagai
Khalifah Tarekat Syadzili yang seterusnya. Imam Ibn Ataillah as-Sakandari lahir pada 1259 dan
meninggal dunia pada tahun 1310. Beliau berasal dari Iskandariah, Mesir dan mengajar di
Masjid al-Azhar, Mesir. Beliau terkenal dengan Kitab al-Hikam iaitu karya Tasawwuf aras
tinggi.

Kitab al-Hikam Ibn Ataillah as-Sakandari ini disyarah oleh Imam Ahmad Zarruq iaitu ulama
berbangsa Berber Bani Barnusi yang lahir pada tahun 1442 dan meninggal dunia pada tahun
1493. Imam Ahmad Zarruq adalah sezaman bahkan sahabat kepada Imam Muhammad al-Jazuli
iaitu seorang lagi ulama Sufi berbangsa Berber Bani Jazulah yang terkenal dengan karyanya
yang berjudul Dalail al-Khairat. Kesemua Imam Tarekat Syadzili ini beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengikut manhaj
Imam Abul Hassan Asyaari dan bermazhab Maliki dalam Fiqh. Selain bidang tasawwuf, para
ulama Syadziliyyah ini juga pakar dalam hal ehwal fiqh Malikiyyah, Akidah, Tafsir, Hadis dan
sebagainya. Bahkan, kebanyakkan Ulama Hadis akan berbaiat dengan Tarekat Syadzili.

Selain kitab Qawaid Tasawwuf, Imam Ahmad Zarruq juga terkenal dengan karyanya yang
berjudul Safinah an-Naja liman Ila Allah iltaja’ (Bahtera Penyelamat Bagi Mereka Yang Menuju
Kepada Allah) yang juga dikenali sebagai Wazifah Zaruqqiyyah. Ianya merupakan kitab
himpunan zikir harian dalam Tarekat Syadzili. Daripada Wazifah Zaruqiyyah inilah Syeikh Hassan al-Banna menyusun risalah al-Ma’thurat
yang terkenal itu. Syeikh Hassan al-Banna yang lahir pada tahun 1906 di Mesir ini mengambil
baiat Tarekat Syadzili daripada gurunya iaitu Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Hassanain al-
Husofi. Bagi Syeikh Hassan al-Banna, tarbiyah sufi untuk rohani amatlah penting bagi
membangunkan semula umat Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada 1924.

Syeikh Hassan al-Banna mengasaskan Haraki Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 untuk tujuan
dakwah berunsurkan kesufian. Mereka fokus kepada isu-isu pendidikan agama dan khidmat
sosial bagi melawan kerosakkan tamadun yang dibawa oleh penjajah British di Mesir pada ketika
itu. Apabila jemaah Ikhwanul Muslimin semakin ramai, maka barulah mereka mula mengorak
langkah melawan penjajah British secara langsung dalam arena politik. Dalam kitab Muzakkirat ad-Dakwah wad-Da’iyyah, Syeikh Hassan al-Banna berkata, “Tidak
syak bahawa dengan ilmu Tasawwuf, golongan sufi telah mencapai martabat yang tinggi dalam
membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi
doktor dalam bidang kerohanian, yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan
golongan sufi.”

Kepincangan masyarakat Islam turut melibatkan masalah kerohanian. Dakwah semata-mata
dengan perkataan tidak banyak membantu dalam menyembuhkan penyakit rohani masyarakat
Islam. Ini kerana, penyakit rohani perlu dirawat dengan manhaj Tarbawi Nabawi iaitu dakwah
dengan kalam dan ahwal (keadaan hati). Proses tarbiah sufi mempunyai dasar dan manhaj yang
bersambung salasilahnya kepada Rasulullah.

Para murabbi sufi yang mewarisi manhaj Nabawi secara muktabar sanadnya ini adalah ahli-ahli
yang berkelayakan dalam bidang tarbiah kerohanian umat Islam. Bahkan, ianya sangat perlu
kepada masyarakat Islam secara umum dan para pendakwah secara khusus. Syeikh Hassan al-
Banna sentiasa memerlukan nasihat khusus dari ulama turath yang Sufi terutamanya di al-Azhar
agar dakwahnya terus berkembang. Antara ulama tersebut yang beliau dampingi ialah Syeikh
Yusuf Ad-Dijiwi, Syeikh Muhammad Hafiz At-Tijani, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan
selainnya. Setelah berlalunya zaman pimpinan Syeikh Hasan Al-Banna dan Syeikh Umar At-Tilmisani dan
gerakan Ikhwanuk Muslimin kian besar, masyarakat Islam hanya kenal Ikhwanul Muslimin dari
sudut politik sahaja tanpa sedar bahawa asas pembentukkan Ikhwanul Muslimin sebenarnya
adalah Tarbiyyah Sufiyyah.

Sedangkan Syeikh Hassan al-Banna sering menegaskan bahawa “Haqiqatuna as-Sufiyyah” yang
bermaksud “Intipati Ikhwanul Muslimin ini asasnya adalah tarbiyyah tradisi ahli sufi terdahulu”.
Syeikh Said Hawwa, seorang ulama Sufi yang aktif mengembangkan dakwah di Syria banyak
menerapkan unsur kesufian dalam Ikhwanul Muslimin khususnya melalui kitab beliau
Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah.

Syeikh Abu al-Hasan Ali an-Nadwi memuji manhaj dakwah Syeikh Hassan al-Banna dalam at-
Tafsir as-Siyasi lil Islam:-

“Pemimpin besar dan teman-teman rapatnya memberitahuku bahawasanya beliau (Syeikh Hasan
al-Banna) sentiasa berpegang dengan wirid-wirid dan amalannya (Tarikat Syadzili) sehingga
akhir usianya.”

Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-91521237964481016392019-01-13T00:00:00.003+08:002021-04-21T21:49:20.658+08:00Kesultanan Perlak : Perkembangan & Pembaharuan Pentadbiran

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kerajaan Perlak telah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kukuh dalam tempoh 452 (840-1292M) tahun. Namun begitu, dalam tempoh kewujudannya, Perlak terpaksa berhadapan dengan beberapa kuasa besar yang menghalang ia dari berkembang pesat. Antara kuasa besar tersebut ialah Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Langkasuka di utara Semenanjung dan juga Kerajaan Chola (300-1279M) yang berpusat di pantai timur India. Ketiga-tiga kuasa politik ini berada di sekeliling Perlak, sedangkan Sriwijaya dan Langkasuka beragama Buddha, manakala Chola pula beragama Hindu. Halangan besar yang dihadapi oleh Perlak untuk berkembang ialah penduduknya beragama Hindu-Buddha, sedangkan kerajaannya telah Islam. Laporan Marco Polo pada 1292M jelas menunjukkan hakikat ini. Kerana itu, dalam tempoh 452 tahun itu, kerajaan Perlak lebih memberikan fokus kepada dakwah daripada perluasan wilayah.

Perluasan wilayah Perlak boleh dikatakan terumpu di daerah Aceh sahaja, sedangkan seluruh kawasan lain di pulau Sumatera dikuasai oleh Sriwijaya, manakala utara Semenanjung dikuasai oleh Langkasuka. Pada dekad kedua abad ke-10, Sriwijaya telah melakukan perluasan kawasan dan menyerang Perlak, sebelum Rajendra Chola Dewa I pada 1026M menyerang Langkasuka yang telah jatuh ke tangan Sriwijaya pada abad sebelumnya. Persaingan kuasa Hindu-Buddha ini agak merumitkan proses Islamisasi ketika itu, berbanding abad ke-13 dan 14 yang menyaksikan keruntuhan Sriwijaya akibat serangan Chola pada 1026M dan kebangkitan kerajaan Dharmasraya pada 1081M. Seluruh pergolakan dan persaingan politik ini memberi kesan terhadap Perlak yang merupakan satu-satu kerajaan Islam di Nusantara saat itu.

Perkembangan Kerajaan Perlak, 840-1292M

Dengan mengabaikan perkembangan empayar-empayar Buddha dan Hindu di seluruh Nusantara dan India, kita dapat melihat bagaimana kerajaan-kerajaan di Aceh telah berkembang setelah memeluk Islam. Pada asalnya, dua kerajaan iaitu Perlak dan Juempa telah memeluk Islam di tangan Nakhoda Khalifah, sebelum kedua-kedua kerajaan ini membentuk Kerajaan Islam Perlak di bawah Sultan Alaiddin Maulana Sayyid Abdul Aziz pada 840M (225H). Mereka menjadikan pelabuhan Perlak sebagai pusat pentadbirannya. Pada peringkat pertama, pembangunan kerajaan, pertumbuhan ekonomi pedagangan dan perkembangan dakwah berlaku dengan begitu pesat di bawah tiga orang sultan yang pertama dari Dinasti Sayyid. Kemasukan pengaruh Sunni pada sekitar dekad 880-anM, telah membawa kepada konflik, iaitu lanjutan daripada persaingan politik Sunni-Syiah yang berlaku di Asia Barat. Ekoran daripada itu, pada zaman Sultan Alaiddin Maulana Sayyid Ali Mughyat Shah, telah berlaku perang saudara antara keluarga Sayyid dengan keturunan Meurah Shahrun Nuwi yang bermazhab Sunni. Walaupun perang selama dua tahun ini dimenangi oleh Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah, tetapi Perlak telah berpecah menjadi dua.

Di selatan, Perlak Paroh telah dikuasai oleh Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah yang bermazhab Syiah dan berpusat di Bandar Khalifah. Manakala di utara, Perlak Tunong dikuasai oleh Sultan Alaiddin Malik Ibrahim yang berpusat di Biang Perak (Kroeeng Tuan) dengan mendukung aliran Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Selepas Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah wafat pada 918M, tercetus semula pergolakan selama hampir satu dekad sehingga Sultan Alaiddin Makhdum Malik Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (928-932M) dapat berkuasa dan menyatukan semula Perlak untuk menghadapi serangan Sriwijaya. Ternyata ancaman Sriwijaya menjadi faktor penyatuan semula Perlak. Sejak itu, Perlak dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Johan Berdaulat yang bermazhab Sunni sehingga kerajaan Perlak runtuh pada 1292M. Agak menarik juga, walaupun kemasyhuran Empayar Sriwijaya di Palembang, Padjajaran (923-1579M), Kediri (1045-1221M) dan Singhasari (1222-1292M) di Jawa mengatasi Perlak, tetapi kota Islam ini banyak dikunjungi oleh pelawat dari China, Arab, India dan Rom termasuk Marco Polo yang tiba pada 1292M. Salah satu faktornya ialah kerana inilah satu-satu kerajaan Islam di Nusantara, selain faktor lokasi perdagangan yang strategik.

Pembaharuan Pentadbiran Bermodel Islam

Pembentukan Kerajaan Islam Perlak pada 840M telah dimulakan dengan Sultan Sayyid Abdul Aziz Shah (840-864M) mengisytiharkan nama baru pelabuhan Perlak sebagai Bandar Khalifah yang menjadi pusat pentadbiran, di mana para peringkat awal tumpuan kerajaan adalah kepada pedagangan dan dakwah. Dari segi pentadbiran, Sultan Sayyid Abdul Aziz Shah dikatakan telah mencontohi Daulah Abbasiyah dengan mewujudkan lembaga-lembaga kerajaan sebagai wazir sultan, iaitu Wazir al-Siyasah (Menteri Politik Dalam Negeri), Wazir al-Harb (Menteri Pertahanan), Wazir al-Maktabah (Menteri Pentadbiran), Wazir as-Sunduk (Menteri Kewangan) dan Wazir al-Hukkam (Menteri Kehakiman). Pembaharuan penting kemudiannya diperkenalkan lagi oleh Sultan Sayyid Abdul Rahim Shah (864-888M) dengan menubuhkan Dayah Bukit Ce Breek untuk membina generasi baru Islam. Sultan Malik Abdul Kadir Johan Berdaulat (928-932M) kemudiannya telah membuat pembaharuan pentadbiran yang lebih progresif dengan membentuk Majlis Kesultanan sebagai majlis fatwa, melantik Mufti Besar, Qadhi Besar dan menubuhkan Baitul Mal untuk menguruskan kewangan negara.

Pembaharuan-pembaharuan yang mengukuhkan mazhab Sunni ini diteruskan oleh Sultan Makhdum Alaiddin Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat (832-956M) dengan membuka Dayah Cot Kala sebagai pusat pengajian tinggi Islam yang pertama di Nusantara, melantik Tun Pepatih Pandak sebagai Mangkubumi dan Benderang sebagai pahlawan negara. Baginda juga meluaskan wilayah Perlak hingga ke Kuala Jambu Air, selain menggalakkan para ulamak, putera-putera istana dan pendakwah membuka pusat-pusat pengajian Islam di sekitar Perlak sehingga berdirinya beberapa dayah di Aceh. Bahkan, diwajibkan bagi setiap mukim (gabungan beberapa kampung) mempunyai sebuah dayah, dengan Dayah Cot Kala sebagai pusat pengajian tingginya. Beberapa institusi pendidikan Islam seperti Balee (balai) dan Meunasah (madrasah) dijadikan tempat ibadat, belajar al-Quran dan pendidikan asas agama. Pada zaman Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (1200-1230M), fekah Syafie mula dikembangkan bagi mengukuhkan lagi aliran Sunni di sini, di samping kemasukan ulamak India, Arab dan Parsi, sehingga akhirnya bukan sahaja Perlak, tetapi seluruh Nusantara bermazhab Syafie.

Kerajaan-kerajaan Islam Yang Baru di Aceh

Sebelum kemasukan Islam, rata-rata daripada beberapa kerajaan kecil yang wujud di Aceh adalah beragama Hindu, termasuk Perlak walaupun diperintah oleh raja berketurunan Parsi. Orang-orang Parsi mungkin beragama Majusi atau Mazdak, tetapi diterima menjadi pemimpin di Perlak kerana kebolehan magis dan sihir, selain faktor kemasyhuran Empayar Sasan (224-651M) di Parsi sebagai kuasa besar dunia sebelum zaman Islam. Bukti-bukti artifak menunjukkan Aceh adalah wilayah Hindu sebelum kedatangan Islam, selain kelompok Mante (orang asli) yang menganut anamisme di pedalaman Aceh dan masih ada penganut Buddha yang minoriti. Tiga kerajaan Hindu yang dikenal pasti di Aceh ialah kerajaan Indraparta, Indrapuri dan Indrapurba. Kedatangan Islam di Aceh disambut secara terbuka oleh penduduknya sehingga Islam berkembang pesat dan mendirikan daulah. Proses dakwah yang berlaku telah menyebabkan Islam berkembang dan melahirkan kerajaan-kerajaan Islam yang baru. Antara tempat awal yang dikembangkan dakwah ialah Basma yang terletak antara Perlak dan Samudera, kemudian Pase (dekat Lhok Seumawe), Pane (Pannai), Lamuri hingga Aru. Pidie, Fansur (Barus), Singkel dan Teumiang juga di-Islamkan. Indrapurba dan Indrapuri juga turut didakwah. Teumiang adalah antara kerajaan terakhir memeluk Islam menjelang jatuhnya Perlak pada akhir abad ke-13M.

Antara kerajaan baru Islam, sama ada raja memeluk Islam atau mendirikan kerajaan Islam yang baru ialah kerajaan Daya, kerajaan Pidie dan kerajaan Samudera. Beberapa kerajaan lama seperti Pase (Pasai), berhampiran dengan Basma dan Salasari, bergabung dengan Samudera membentuk Samudera-Pasai. Kerajaan Beunna yang dikenali juga sebagai Indra atau Alas yang terketak di Aceh Tengah, menjadi Teumiang. Kerajaan Samaindra yang disebut sebagai Syahir Poli menjadi Pidie. Kerajaan Hindu Indrapurba yang terkenal dengan bandar Lam Urik dikenali sebagai Lamuri, mana kala kerajaan Indrajaya yang disebut sebagai Panto Bie membentuk kerajaan Seudu. Peng-Islaman kerajaan-kerajaan kecil ini tidak memberi dampak yang besar kepada kekuatan politik Perlak sebenarnya, tetapi ia menjadi bermakna ketika Sultan Ali Mughayat Shah menyatukan semua kerajaan ini pada 1496M kerana semua wilayah ini bergabung membentuk kerajaan Aceh Darussalam bagi menghadapi kedatangan Portugis.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-51061540093517840962019-01-12T00:00:00.003+08:002021-04-21T21:49:32.641+08:00Kesultanan Perlak : Perkembangan Dakwah Dan Perlaksanaan Syariat

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Pembentukan daulah Islam di Perlak yang berlaku pada 1 Muharram 225H (840M) telah menunjukkan bahawa kewujudan daulah Islam di Nusantara adalah sezaman dengan berdirinya Daulah Abbasiyah (750-1258M) di Baghdad dan Daulah Umayyah Andalusia (756-1031M) di Cardova. Para pendakwah dan ulamak di Perlak telah bekerjasama dengan istana Perlak dalam mengembangkan dakwah dan menjadikan Perlak sebuah daulah Islam, sekali gus menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara. Walaupun terdapat perbezaan tarikh penubuhan kerajaan ini berdasarkan saranan Teungku M Yunus pada 1958M, bahawa ia ditubuhkan pada 1161M (520H), tetapi bukti terkini berdasarkan sumber Arab seperti Akhbar as-Sin wa al-Hind, Silsilat at-Tawarikh dan al-Buldan yang ditulis antara abad kesembilan dan 10M, menunjukkan sebelum tahun 1000M telah ada kerajaan Islam di Perlak. Pada 1980, berdasarkan naskhah kronik Idharul Haq fi Mamlakatil Perlak karangan Abu Ishak al-Makarani, sebahagian sejawaran mengakui Islam berdiri di Perlak pada 840M.

Berdirinya Perlak sebagai sebuah daulah Islam bukanlah semata-mata atas nama Islam sahaja, tetapi memperlihatkan dengan berkesan bagaimana syariat dilaksanakan dan dakwah dikembangkan. Ia menepati dua objektif berdirinya daulah Islam – perlaksanaan syariat dan penyebaran dakwah. Walaupun data-data khusus tentang perlaksanaan syariat di Perlak belum dapat dibongkar dengan terperinci, namun hakikat berlakunya syariat Islam telah disahkan oleh Marco Polo yang melawat Perlak pada hujung era kerajaannya. Sedangkan dalam bidang dakwah, tidak dapat ditolak lagi bahawa sebelum kewujudan Melaka, Acehlah yang menjadi pusat perkembangan dakwah terbesar di Nusantara untuk tempoh 500 tahun.

Perlaksanaan Syariat di Perlak

Walaupun Marco Polo mendakwa pada saat ketibaannya di Perlak pada 1292M, Islam yang berkembang di sini hanya berlaku di kawasan-kawasan bandar yang didiami oleh keluarga diraja, pembesar, pedagang asing dan rakyat sultan, namun suatu hal yang tidak dapat dimungkiri olehnya ialah perlaksanaan syariat Islam telah berlaku. Hukum-hukum Islam berjalan dalam beberapa perkara.

Pertama, hukum ibadat, di mana umat Islam telah mula mendirikan ibadat-ibadat dan membina rumah ibadat, sehingga masjid dan surau di Sumatera disebutkan sebagai pusat-pusat keilmuan Islam terawal sebelum wujudnya dayah.

Kedua, hukum keluarga, di mana pembentukan keluarga Islam telah berlaku melalui perkahwinan para pendakwah dengan kerabat istana dan orang kebanyakkan, sehingga akhirnya mewujudkan masyarakat Islam. Inilah sandaran terbesar dalam memahami perkembangan hukum Islam di Indonesia, di mana ahli-ahli undang-undang mendakwa para ulamak dan pendakwah menjadi rujukan dalam hal agama, sehingga sultan memainkan peranan melantik penghulu sebagai qadhi syariat dan pemberi fatwa dalam masyarakat sebelum 1292M. Asas inilah yang membentuk teori reception in complexu dalam undang-undang Islam di Indonesia.

Ketiga, hukum-hukum Islam dalam pedagangan. Oleh kerana Perlak telah menjadi pelabuhan yang dikunjungi oleh pedagang Islam dari Arab, India dan Parsi, di mana mereka menjadi pendakwah dan menunjukkan contoh kehidupan Islam, bermakna urusan-urusan muamalat dan perdagangan dilaksanakan menurut hukum Islam. Walaupun belum ada teks undang-undang secara khusus, namun biasanya terdapat kitab-kitab fiqh khusus yang menjadi rujukan kerajaan.

Keempat, hukum-hukum jenayah Islam. Sepertimana hukum muamalat yang merujuk kepada kitab-kitab fekah, begitu juga dalam bidang siasah dan jenayah. Cuma, perlu diakui bahawa ketika ini, belum banyak kitab fekah yang ditulis, bahkan fekah mazhab baru berkembang. Imam-imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah (699-767M),
Imam Malik (711-795M), Imam Syafie (767-820M) dan Imam Ibnu Hambali (780-855M) hidup dipermulaan perkembangan Islam di Nusantara. Maka kebanyakan hukum Islam yang dijalankan adalah berdasarkan fatwa dan nasihat para ulamak yang ada di Perlak ketika itu. Salah seorang ulamak yang terkenal ialah Sheikh Abdullah Kan’an yang berasal dari Palestin.

Dalam perlaksanaan syariat di Perlak, Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (928-932M), telah menubuhkan Majlis Kesultanan yang berfungsi sebagai majlis fatwa dengan diketuai oleh seorang Mufti Besar. Turut dilantik ialah Qadhi Besar bagi mengendalikan pertikaian dan perlaksanaan hukum di Perlak. Dalam bidang ekonomi, ditubuh Baitul Mal sebagai badan kewangan negara berasaskan Islam. Dengan kewujudan institusi-institusi ini, maka Kerajaan Perlak dapat menguatkuasakan perlakasanaan syariat secara berperingkat mengikut aliran Syiah pada awal, kemudian faham Ahli Sunnah mula berkembang pada zaman Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abbas Shah (888-913M), sebelum fekah Mazhab Syafie dikembangkan oleh pendakwah dari Kerajaan Ghowri pada zaman Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (1200-1230M).

Pertumbuhan Dakwah dan Penyebaran Islam

Dalam catatan Marco Polo yang mengunjungi Perlak pada 1292M, mengatakan bahawa para pedagang Islam dari Arab, India dan Parsi sangat ramai berdagang di Perlak dan mereka telah berjaya meng-Islamkan pendudukan tempatan sehingga syariat Islam dapat dikuatkuasakan. Namun begitu, dakwah pada ketika ini adalah tertumpu di kawasan bandar dan kota, sedangkan di kawasan pedalaman manusia masih hidup seperti haiwan dan masih memakan daging manusia. Gerakan dakwah yang lebih berkesan pada pertengahan abad ke-13M ketika mana Perlak dikunjungi oleh Sheikh Ismail dari Mekah dan Faqir Mohammad dari India yang diutuskan oleh Syarif Mekah. Mereka berdakwah menyusuri kawasan dari Pasuri (Pane) ke Lamuri, dan melalui sepanjang pantai timur Aceh hingga ke Aru, dan akhirnya berjaya meng-Islamkan Raja Samudera, Meurah Silu. Meurah Silu kemudian memakai gelaran Sultan Maliku as-Salleh, mengikuti gelaran sultan terakhir Dinasti Ayubiyah di Mesir ketika membentuk Kerajaan Samudera-Pasai.

Menurut Abdul Qadir Djaelani, perkembangan dakwah di Perlak berlaku secara damai di mana pedagang Muslim dengan modal ekonomi dan ilmu agamanya, berdakwah melalui perkahwinan, memerdekakan hamba dan menunjukkan contoh kehidupan yang baik. Dari situ terbentuknya satu masyarakat Muslim, yang kemudiannya membesar melalui persaudaraan Islam sehingga membentuk kekuasaan politik dan berdirinya daulah Islam. Begitulah cara Islam berkembang, sehingga Marco Polo mencatatkan, “… ketahuilah bahawa dahulu kala orang-orang (Perlak) ini menyembah berhala, namun kerana para pedagang Muslim yang sering mengunjungi mereka dengan perahu, semua orang itu berpindah (kepada) agama yang mengerikan – agama Muhammad.” Setelah hampir 100 tahun dakwah berjalan dengan cara ini, baharulah proses dakwah dan perkaderan yang sistemetik diwujudkan untuk membina generasi baru Islam, terutama melalui sistem pendidikan.

Dakwah yang lebih berkesan adalah hasil tindakan Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Rahim (864-888) yang membawa ulamak dari Parsi, India dan Arab untuk menghidupkan pusat-pusat pengajian Islam. Telah ditubuhkan beberapa zawiyah (dayah dalam sebut Aceh) bermula dengan Dayah Bukit Ce Breek pada 864M, sebelum tertubuhnya Dayah Seureule (1012M), Dayah Blang Peuriya (1153M), Dayah Batu Karang (1160-anM) dan Dayang Keuneu’eun (1196M). Yang paling penting ialah Dayah Cot Kala yang dibangunkan oleh Teungku Mohamad Amin pada 888M dan menjadi pusat pengajian tinggi Islam pertama di Nusantara pada 912M. Dayah-dayah di Perlak inilah yang melahirkan para ulamak dan pendakwah tempatan yang menyebarkan Islam ke seluruh Nusantara pada abad berikutnya. Tokoh-tokoh besar dalam kerabat diraja Perlak seperti Sultan Sayyid Abdul Rahim, Teungku Mohamad Amin, Teungku Sirajuddin, Teungku Yaakob dan Teungku Ampon Tuan, telah memainkan peranan besar dalam perkembangan dakwah dan penubuhan dayah-dayah, yang menunjukkan istana Perlak menjadi nadi terhadap perkembangan dakwah di Nusantara.

Perkembangan Mazhab Sunni Aliran Syafieyah

Kebanyakan pengkaji mendakwa Islam yang masuk ke Perlak pada 800M adalah dibawa oleh pendakwah bermazhab Syiah, namun setelah kedatangan ulamak dari Arab, India dan Parsi untuk memajukan dayah-dayah, mazhab Sunni mula dikembangkan. Perkembangan mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah mula berlaku pada zaman Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abbas Shah (888-913M). Seorang pengkaji, Taqiyuddin Muhammad mendakwa mazhab Sunni Syafieyyah dikembangkan di utara Sumatera ini oleh pendakwah dari kerajaan Ghaznawi (977-1186M) dan kerajaan Ghowri (1000-1215M) yang berpusat di India. Sultan Abu Muzaffar Ghiyatuddin Muhammad al-Ghurry (1163-1202M) yang mempunyai hubungan rapat dengan Imam Fakharuddin ar-Razi (m. 1210M), seorang imam mazhab Syafie, dikatakan menghantar pendakwah ke Perlak untuk menyebarkan mazhab Syafie. Ini dibuktikan dengan wujudnya batu nisan Ibnu Mahmud (m. 1226) yang dikatakan anak kepada Sultan Mahmud al-Ghurry (1206-1212M). Ia berlaku pada zaman Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (1200-1230M). Pada ketika ini juga, Syarif Mekah telah mengirimkan Sheikh Ismail dari Hijaz dan Faqir Muhammad dari India untuk mengembangkan fahaman Sunni di Perlak. Dari sinilah dikatakan berkembangnya mazhab Ahli Sunnah beraliran Syafie di Nusantara.

Di sebabkan latar belakang peng-Islaman Perlak dimulakan oleh pendakwah Syiah, maka kedatangan para ulamak Sunni sekitar 880-an terutama dalam mengembangkan pendidikan di Dayah Bukit Ce Breek, telah membawa kepada perkembangan mazhab Ahli Sunnah, sekali gus menyebabkan berlaku krisis di istana. Keluarga Meurah Shahrun Nuwi yang berpegang dengan mazhab Sunni telah bergeser dengan keluarga Sayyid yang bermazhab Syiah sehingga berlaku perang pada 913 yang menyebabkan Perlak berpecah dua. Selepas kematian Sultan Sayyid Ali Mughyat Shah pada 918M, Perlak disatukan semula untuk menghadapi serangan Sriwijaya. Kerajaan baru ini dipimpin oleh keluarga Meurah Shahrun Nuwi yang bermazhab Sunni, iaitu Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (928-932M). Sejak naiknya Dinasti Johan Berdaulat pada 928M, pengaruh Syiah mulai pudar dan Sunni bangkit sebagai mazhab utama di Nusantara, dengan aliran fekah Syafieyah.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-20901444424862402502019-01-11T00:00:00.004+08:002021-04-21T21:49:44.986+08:00Kesultanan Perlak : Negara Islam Pertama Di Tanah Melayu

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kemasukan Islam ke Nusantara sejak abad ketujuh Masehi akhirnya membuahkan hasil apabila daulah Islam yang pertama dapat didirikan di Perlak, utara Sumatera (dalam provinsi Aceh sekarang). Kerajaan Islam Perlak dikatakan berdiri selepas 40 tahun kedatangan Islam ke wilayah itu. Kerajaan Perlak yang terletak di pantai timur Aceh, mengadap Selat Melaka muncul ketika Empayar Sriwijaya yang berpusat di Palembang dan beragama Buddha menjadi kerajaan terbesar di Nusantara. Islam yang masuk ke Perlak dikatakan berasal dari Teluk Kambey, Gujerat, India dan pada awalnya bermazhab Syiah. Ada pengkaji mengatakan rombongan pendakwah tersebut dikirimkan oleh Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib (m. 747M), pemimpin yang memberontak di Kufah terhadap Daulah Umayyah bersama Abu Muslim untuk mengasaskan Daulah Abbasiyah pada 750M. Rombongan pendakwah yang dikirimnya ini telah berjaya meng-Islamkan Perlak pada awal 800M, sebelum dapat menegakkan daulah Islam.

Mendirikan negara atau kerajaan yang berasaskan Islam adalah pengalaman baru bagi orang Melayu, kerana sebelumnya para pemerintah di Nusantara adalah beragama Hindu-Buddha. Kebangkitan Perlak sebagai daulah Islam telah memberi nafas baru kepada Alam Melayu sebagai bakal wilayah kekuasaan Islam. Kerajaan Perlak (840-1292M) sebenar berdiri di atas dua dinasti raja iaitu Dinasti Sayyid (840-918M) dan Dinasti Johan Berdaulat (918-1292M). Kerajaan ini, selain terpaksa menghadapi serangan Empayar Sriwijaya, terpaksa juga berhadapan dengan konflik Sunni-Syiah kerana pada awalnya, Islam yang tiba di sini bermazhab Syiah. Namun begitu, Kerajaan Perlak telah bangkit menjadi pusat pendidikan dan pengembangan dakwah yang terpenting di Nusantara, sebelum perlaksanaan syariat Islam dapat dijalankan. Marco Polo yang tiba di Perlak pada 1292M mencatatkan bagaimana hukum-hukum syariat telah berkuat kuasa di negara ini.

Penubuhan dan Pembentukan Daulah

Pembentukan Kerajaan Perlak sebagai daulah Islam telah bermula sejak awal 800M. Akibat krisis politik di Asia Barat kerana gerakan kaum Alawiyah dan Abbasiyah untuk menjatuhkan Daulah Umayyah, satu rombongan pendakwah berbangsa Parsi (dikatakan bermazhab Syiah) diketuai oleh Nakhoda Khalifah bergerak dari Teluk Kambey, Gujerat untuk menyebarkan Islam di Alam Melayu. Salah seorang pendakwah yang menyertai rombongan ini ialah Sayyid Ali bin Mohammad bin Jaafar as-Sadiq bin Muhammad bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib. Pada peringkat awal, mereka telah berdakwah kepada Raja Perlak, Meurah Shahrun Nuwi. Setelah Shahrun Nuwi memeluk Islam, bagi mengukuhkan lagi dakwah, Sayyid Ali bin Muhammad telah mengahwini Puteri Makhdum Tansyuri, iaitu puteri kepada adik Meurah Sharun Nuwi, Pengeran Salman yang juga merupakan Raja Juempa.

Perkahwinan ini telah menyebabkan Raja Perlak dan Raja Juempa yang berketurunan Parsi memeluk Islam. Selepas kematian Muerah Shahrun Nuwi pada 840M, putera Sayyid Ali bin Muhammad, iaitu Sayyid Abdul Aziz telah diangkat menjadi raja yang baru. Baginda memakai gelaran Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz dan mengisytiharkan kerajaannya sebagai kerajaan Islam pada 1 Muharram 225H (12 November 839M). Bandar Perlak pula diberikan nama baru, Bandar Khalifah. Dengan pertabalan Sultan Sayyid Abdul Aziz ini, maka bermulalah pemerintahan Dinasti Sayyid sebagai daulah Islam pertama di Nusantara. Kerajaan yang berusia 452 tahun ini diperintah oleh 18 orang sultan.

Perlak Menjadi Pusat Perdagangan dan Dakwah

Ketika rombongan Nakhoda Khalifah tiba pada 173H (800M), Perlak telah pun menjadi sebuah pelabuhan yang dikunjungi oleh para pedagang dari China, Maluku, India dan Arab kerana ia terletak di laluan pedagangan utama. Selain rempah yang dibawa oleh pedagang Maluku, di utara Sumatera ini terkenal dengan wangian kapur yang dikeluarkan di Barus, berdekatan dengan Fansur (selatan Aceh). Perdagangan Arab-Sumatera pula telah berlangsung lama, terutama melibatkan pedagang Quraisy di Aden, Yaman. Di Perlak, barang-barang dagangan dari China, India dan Arab, selain dari Kepulauan Melayu diperdagangkan. Kerana perdagangan juga, keluarga Meurah Shahrun Nuwi berhijrah ke Perlak dari Parsi, sebelum menjadi raja di sini.

Pembentukan Kerajaan Perlak pada awalnya bermazhab Syiah kerana dipelopori keluarga Alawiyah. Kegagalan mereka menguasai kerajaan baru selepas kejatuhan Daulah Umayyah pada 750M, telah membuka ruang kepada Abdullah as-Saffah mengasaskan Daulah Abbasiyah menjadi khalifah (750-754M). Atas sebab gagal menguasai kerajaan, keluarga Alawiyah tersingkir ke Mada’in (selatan Baghdad). Merekalah yang mengirimkan pendakwah ke Nusantara. Para pendakwah yang berjaya meng-Islam Meurah Shahrun Nuwi telah bersemenda pula dengan pendudukan tempatan untuk meluaskan pengaruh Islam. Dalam tempoh 40 tahun, keluarga diraja, orang awam dan saudagar dari Arab dan Parsi telah ramai yang beragama Islam, sehingga Islam mulai diterima secara meluas dan dapat mendirikan daulah. Selepas itu, Islam mula dikembangkan ke kawasan sekitar Aceh termasuk Juempa, Lamuri, Pene, Pasai, Samudera, Singkel, Fansur, Barus dan lain-lain.

Sultan-sultan Perlak

Sepanjang sejarah Kesultanan Perlak (840-1292M), seramai 18 orang sultan telah memerintah kerajaan ini dengan dua dinasti. Dinasti yang pertama ialah Dinasti Sayyid yang berketurunan Jaafar as-Sadiq, mana kala Dinasti Johan Berdaulat pula dari keturunan asli Muerah Shahrun Nuwi. Raja-raja Dinasti Sayyid adalah seperti berikut:

i. Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah (840-864M)

ii. Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Rahim Shah (864-888M)

iii. Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abbas Shah (888-913M)

iv. Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Ali Mughyat Shah (913-918M)

Adapun Dinasti Johan Berdaulat adalah seramai 14 orang raja, iaitu:

v. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (928-932M)

vi. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat (832-956M)

vii. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Shah Johan Berdaulat (956-983M)

viii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat (986-1023M)

ix. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud Shah Johan Berdaulat (1023-1058M)

x. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mansur Shah Johan Berdaulat (1059-1078M)

xi. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdullah Shah Johan Berdaulat (1078-1109M)

xii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ahmad Shah Johan Berdaulat (1109-1135M)

xiii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud Shah Johan Berdaulat (1135-1160M)

xiv. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Usman Shah Johan Berdaulat (1160-1173M)

xv. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Shah Johan Berdaulat (1173-1200M)

xvi. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (1200-1230M)

xvii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah II Johan Berdaulat (1230-1267M)

xviii. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat (1267-1292M)
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-9395777176073007122019-01-10T00:00:00.014+08:002021-04-21T21:51:50.175+08:00Islam & Tamadun Melayu : Hubungan Islam Di Nusantara Dengan Khilafah Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Khalifah adalah ketua bagi orang beriman atau disebut amirul mukminin yang menggantikan tugas-tugas kenabian dalam memimpin umat untuk menegakkan hukum agama dan mentadbir urusan dunia dengan Islam. Dalam sejarah Islam, selepas kewafatan Nabi SAW pada 632M, kepemimpinan umat digantikan oleh Khulafa’ ar-Rasyidin (632-661M), Daulah Umayyah (661-750M), Daulah Abbasiyah (750-1517M) dan Daulah Othmaniyah (1517-1924M). Pada zaman Abbasiyah, muncul beberapa kerajaan yang penting termasuklah Daulah Saljuk (1037-1194M) dan Daulah Mamalik (1250-1517M) yang merupakan nadi Daulah Abbasiyah. Pada masa yang sama, muncul pula beberapa daulah yang mengisytiharkan mereka sebagai khalifah berasingan iaitu Daulah Fatimiyah (909-1171M), Daulah Umayyah Andalusia (929-1031M) dan Daulah Muwahidun (1143-1269M). Kebangkitan Daulah Islamiyah Melayuwiyah meliputi era Daulah Abasiyah di Baghdad (750-1258M) hinggalah munculnya Daulah Fatimiyah, Umayyah Andalus, Saljuk dan Mamalik, sebelum kebangkitan Daulah Othmaniyah pada 1299M.

Kemunculan awal daulah Islam di Alam Melayu bermula dengan tertubuhnya Kerajaan Perlak pada 840M, diikuti oleh Kerajaan Samudera-Pasai pada 1267M. Adapun peng-Islaman Tidore (1081M), Leran (1101M), Kedah (1136M), Jawaka (1253M), Ternate (1257M), Champa (1360M), Brunei (1363M) dan Sulu (1405M) adalah belum jelas pembentukan daulahnya, walaupun ada bukti perlaksanaan syariat di Kelantan (1181M) dan Terengganu (1303M). Sehingga memasuki abad ke-15M, boleh dikatakan daulah yang nyata hanya wujud di Aceh, sehinggalah bangkitnya Melaka sebagai kerajaan Islam pada 1414M. Melaka melanjutkan peranan Aceh sebagai daulah Islam sepanjang abad ke-15M. Mengikuti Melaka kemudiannya ialah Pattani (1457M), Demak (1478M), Aceh (1496) dan Johor-Riau (1528M). Sebagai daulah Islam, kerajaan-kerajaan ini mempunyai hubungan dengan khalifah yang berpusat di barat Asia dari masa ke masa, selain hubungan dengan wilayah Islam yang lain.

Pengaruh Khalifah Terhadap Daulah Islamiyah Melayuwiyah

Kedudukan Khalifah Islam di Madinah (632-655M), Kufah (655-661M) dan Damsyik (661-750M) telah menjadikan Islam sebagai kuasa politik yang baru, sedangkan di Alam Melayu muncul kerajaan Sriwijaya sebagai sebuah empayar kelautan. Pada zaman Sri Indrawarman, telah berlaku hubungan dengan khalifah Islam di Damsyik. Inilah hubungan terawal orang Melayu dengan khalifah Islam, sebelum utusan-utusan dakwah dihantar pada abad kesembilan Masehi dan berjaya mendirikan daulah di Perlak pada 840M. Pengaruh kekhalifahan Islam ke atas Alam Melayu dapat dilihat dengan jelas pada gelaran yang dipakai oleh pemerintah seperti di Kelantan pada 1181M bergelar “al-Mutawakkil ala Allah” iaitu menyamai sistem gelaran Daulah Abbasiyah Baghdad. Bahkan gelaran al-Mutawakkil telah digunakan oleh khalifah Abbasiyah di Baghdad, iaitu al-Mutawakkil (847-861M) serta khalifah Abbasiyah di Kaherah, al-Mutawakkil I (1362-1383M), al-Mutawakkil II (1479-1497M) dan al-Mutawakkil III (1506-1517M). Sedangkan gelaran al-Malik yang digunakan di Samudera-Pasai menyamai gelaran raja-raja Kerajaan Ayubiyah dan Mamalik di Mesir. Gelaran Maliku as-Salleh (1287-1297M) di Pasai menyamai Maliku as-Salleh (m. 1249M), sultan terakhir Ayubiyah, manakala Maliku az-Zahir I (1297-1326M) dan Maliku az-Zahir II (1330-1346M), mengikuti nama Maliku az-Zahir Baybras (m. 1278M), salah seorang sultan Mamalik yang terkenal di Mesir.

Satu aspek yang penting juga dalam pemakaian gelaran bagi sultan-sultan di Nusantara ialah memperlihatkan ciri-ciri daulat melalui gelaran “Zilalullah fil Ardh” (bayangan Allah di muka bumi), “Zilalullah fil Alam (bayangan Allah di alam buana), “Khalifatullah” (wakil Allah), “Tabdil ar-Rasul” (pengganti Rasul) dan “Khalifatul Mukminin.” Gelaran-gelaran memperlihatkan pengaruh kekhalifahan Islam, selain gelaran al-Malik dan as-Sultan. Pada zaman Melaka, Sultan Mahmud Shah (1488-1511M) menggunakan gelaran Khalifah al-Mukminin, sedangkan di Pahang, Sultan Abdul Ghafur (1592-1614M) bergelar khalifah. Dalam Kesultanan Sulu, Sultan Azimuddin I (1735-1748M) bergelar Amirul Mukminin, sedangkan Sultan Abdul Rahman (1659-1706M) bergelar Khalifah al-Mukminin. Di Ternate, sultannya pernah bergelar Khalifah ar-Rasyid, manakala Sultan Pattani yang pertama, Sultan lsmail Shah bergelar Zilalullah fil Alam. Gelaran Khalifatullah pula digunakan oleh raja-raja Jogjakarta sejak Amangkurat IV (1719-1724M), sedangkan Kesultanan Ternate menggunakan gelaran Tabdil ar-Rasul.

Peranan Khalifah Dalam Pembentukan Daulah Islamiyah Melayuwiyah

Hubungan dan pengaruh kekhalifahan Islam ke atas Alam Melayu telah mewujudkan beberapa peranan dalam pembentukan daulah Islam. Antara peranan besar ialah gerakan dakwah, bermula dari pengiriman pendakwah-pendakwah dari Mekah, Jeddah, Yaman, Parsi dan India untuk menyebarkan Islam hinggalah terbentuknya Majlis Dakwah Wali Songo pada 1404M. Sokongan kerajaan-kerajaan Islam dari barat Asia ke atas program-program pendidikan Islam termasuk penubuhan dayah di Aceh, pasentren di Jawa dan pondok di Pattani telah membolehkan Islam berkembang dengan pesat. Tidak dinafikan juga, kekuatan ini adalah kesan hubungan diplomatik antara kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu dengan empayar-empayar dan khalifah Islam. Kedatangan raja-raja Melayu ke Mekah untuk mengerjakan haji, melawat kerajaan-kerajaan Islam dan “menerima daulat” sangat membantu proses pembinaan ini, di samping lawatan pembesar seperti kunjungan Hang Tuah ke Kesultanan Delhi di India dan Sultan Rom (Othmaniyah) di Turki. Beberapa sultan seperti Sultan Abdul Kahar (1651-1682M) dari Banten, Sultan Abdul Malik Said (1639-1653M) dari Gowa dan Sultan Agung dari Mataram (1613-1646M) telah mendapat gelaran sultan daripada penguasa Mekah.

Selain pengukuhan dalam bentuk daulat, khalifah juga terlibat secara langsung dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Hal yang paling jelas adalah pengiriman senjata dan armada laut ke Melaka dan Aceh dalam menghadapi penjajahah barat. Maka dalam konteks inilah, apabila kita meneliti perkembangan Islam di Nusantara, pengiktirafan orang Melayu terhadap para khalifah telah berlaku sama ada yang berpusat di Mekah (Syarif Mekah – wakil khalifah) atau Kaherah (zaman Fatimiyah, Ayubiyah dan Mamalik) dan juga Istanbul (era Othmaniyah). Sultan Rom (atau Ruhum) adalah raja terbesar dalam ungkapan pemikiran Melayu, sehingga keturunan raja-raja yang dicatat dalam hikayat dan kronik Melayu mengaitkan raja-raja dengan Iskandar Zulkarnain dan Sultan Rom. Inilah pemikiran baru dalam membawahkan kepercayaan lama bahawa Raja Cham di Indo-China dan Raja Kertagama di Jawa berasal dari keturunan dewa Siva, manakala Raja Airlangga di Jawa berketurunan dewa Visnu.

Aceh: Duta Khalifah di Alam Melayu

Aceh adalah wilayah Nusantara yang terawal menerima Islam dan berdirinya daulah. Bermula dengan Perlak pada 840M, kemudian muncul kerajaan-kerajaan Islam yang kecil seperti Daya dan Lamuri, sebelum bangkitnya Samudera-Pasai. Kemudian, pada hujung era Melaka, Kesultanan Aceh pula muncul sebagai kuasa politik Islam terbesar di Nusantara. Faktor kedudukan geografi sangat membantu Aceh dalam soal ini. Ia bukan sahaja negeri yang paling utara dan hampir dengan India dan Arab, tetapi juga merupakan pintu masuk ke Selat Melaka yang menjadi nadi perdagangan itu. Pada saat berdirinya Aceh pada 1496M, Kerajaan Mamalik-Abbasiyah sedang melemah di Mesir, begitu juga Kerajaan Delhi Lodi (1451-1526M). Pada 1517M, Daulah Othmaniyah telah mengambil alih kekhalifahan dari Daulah Abbasiyah, sedangkan keruntuhan Kerajaan Lodi pada 1526 telah digantikan oleh Empayar Mongol yang terkenal itu. Kemunculan Daulah Othmaniyah dan Empayar Mongol ini telah memberi kekuatan kepada Aceh yang telah lama mempunyai hubungan dengan kedua-dua wilayah tersebut, khusus dalam menghadapi kemaraan barat.

Kebangkitan Daulah Othmaniyah sebagai khalifah baru umat Islam berlaku selepas kejatuhan Granada pada 1492M, Goa, India (1508M) dan Melaka (1511M). Bagi mengukuhkan kedudukan politik umat Islam, lima buah kota telah menjadi induk bagi kekhalifahan yang baru iaitu Istanbul (kota Othmaniyah), Fez (kota Saadi) Esfahan (kota Shafawi), Agra (kota Mongol) dan Banda Aceh (kota Aceh). Aceh mewakili Khalifah Othmaniyah bagi seluruh kepentingan umat Islam di Alam Melayu. Sultan Aceh diiktiraf sebagai duta atau wakil khalifah untuk Nusantara sejak ke-16M. Atas sebab itu, Aceh bukan sahaja mempunyai hubungan diplomatik dengan Istanbul, tetapi turut menerima bantuan ketenteraan dan persenjataan dalam menghadapi Portugis di Melaka. Para ulamak juga dikirimkan ke Aceh dari kalangan ulamak Arab, India, Parsi dan Turki sendiri. Peranan utama Aceh adalah menguasai perdagangan dan melindungi Nusantara daripada kemasukan penjajah barat, selain mengembangkan dakwah Islam. Peranan Aceh dalam membebaskan Melaka dari tangan Portugis telah membawa kepada Perang Tiga Segi, selain mengelakkan Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa dikuasai oleh Portugis. Sedangkan dalam dakwah, Aceh diketahui mengirimkan pendakwah ke Kelantan, Champa, Jawa, Sulawesi dan lain-lain yang akhirnya menjadikan seluruh Alam Melayu sebagai wilayah Islam.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-35415779929232149842019-01-09T00:00:00.006+08:002021-04-21T21:52:19.589+08:00Islam & Tamadun Melayu : Ulamak Di Nusantara Sebelum Abad Ke-15 Masihi

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kemasukan Islam ke Nusantara sehingga membawa kepada berdirinya daulah-daulah Islam adalah berhubung rapat dengan peranan dan gerakan para ulamak. Pergerakan ulamak di Nusantara sejak abad kesembilan hingga abad ke-15M adalah dakwah secara damai seperti yang telah dibahaskan sebelum ini. Setelah berjaya meng-Islamkan beberapa raja Melayu, pengukuhan Islam dibuat dengan membina para pendakwah tempatan dan memupuk kehidupan beragama dalam masyarakat. Proses ini mengambil masa yang agak panjang, tetapi dapat membina kekuatan dalaman bagi orang Melayu. Tempoh 500 tahun untuk mengembangkan Islam telah memperlihatkan hasil apabila Kerajaan Melaka menutup tirai sejarahnya pada 1511M dengan menyaksikan kewujudan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh Nusantara dan kemasukan orang Melayu secara besar-besaran ke dalam Islam. Tinggal lagi proses ini dibantutkan oleh kejatuhan Granada di Eropah pada 1492M dan juga Melaka pada 1511M.

Para ulamak yang bergerak sejak tahun 800M boleh dilihat dalam beberapa peringkat. Yang pertama, generasi ulamak pendakwah dari luar yang bergerak di beberapa kawasan sebelum 1400M; kedua, abad ke-15M yang menyaksikan gerakan besar-besaran para ulamak dan munculnya empayar Islam yang kuat; dan ketiga, peranan Majlis Dakwah Wali Songo di Jawa khususnya yang berjaya meruntuhkan pengaruh Hindu di pulau tersebut dan membangkitkan kerajaan-kerajaan Islam kemudiannya. Di beberapa kawasan seperti Brunei, Mindanoa, Pattani, Sulawesi, Maluku dan Padang, menyaksikan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam mulai pertangahan abad ke-15M, sedangkan kawasan teras Sriwijaya yang dahulunya Buddha iaitu Palembang dan Jambi telah tunduk kepada Melaka, setelah Parameswara sebagai putera Palembang memeluk Islam pada 1414M. Gambaran ini adalah memperlihatkan kesan gerakan ulamak sebelum abad ke-15M dan mencapai kemuncak pada saratus tahun sebelum kedatangan penjajah.

Ulamak Pendakwah Generasi Awal

Tidak banyak catatan tentang ulamak-ulamak yang bergerak di Nusantara pada peringkat awal dakwah berlaku, selain kedatangan Sheikh Rukunuddin dari Mekah pada 628M dan juga kumpulan pendakwah yang diketuai oleh Nakhoda Khalifah pada dekad pertama 800M. Hikayat-hikayat dan kronik Melayu mencatatkan secara terpisah tentang kehadiran mereka, seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Silalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Merong Mahawangsa dan seumpamanya. Di samping itu, sebahagian petunjuk adalah inskripsi pada batu-batu nisan yang banyak terdapat di Nusantara. Kedatangan Nakhoda Khalifah, iaitu utusan kerajaan Syiah yang dipimpin oleh Abdullah bin Muawwiyah di Madian, Parsi pada awal 800M bersama Sheikh Ali bin Mohammad bin Jaafar as-Siddiq telah berjaya meng-Islamkan Perlak, sebelum Sheikh Ismail dan Faqir Muhammad diutuskan kemudiannya bagi mengembangkan mazhab Sunni.

Pada abad ke-10 dan 11M, hampir tiada catatan tentang tokoh-tokoh ulamak yang berperanan, melainkan tokoh-tokoh yang dibawa dari Parsi, Arab dan India untuk mengajar di Dayah Cot Kala (888M), dan beberapa dayah yang muncul pada abad ke-11 dan 12M. Ketika ini, para ulamak yang tertumpu di Aceh telah melahirkan tokoh pendakwah tempatan seperti Teungku Mohamad Amin (912M), Teungku Sirajuddin (1012M), Teungku Yaakob (1153M) dan Teungku Ampon Tuan yang merupakan kerabat diraja Perlak. Turut aktif ialah Sheikh Abdullah Kan’an (1196M) yang berasal dari Palestin, selain kedatangan Sheikh Abdullah Qumairi al-Yamani yang berjaya meng-Islamkan Raja Kedah pada 1136M dan Sheikh Abdullah Arif, penulis Bahr al-Lahut ke Pasai. Boleh dikatakan, hampir keseluruhan gerakan ulamak sebelum abad ke-14 adalah berpusat di Aceh.

Selepas kejatuhan Perlak, bangkit kerajaan Samudera-Pasai yang menyaksikan gelombang baru gerakan ulamak pada abad ke-14. Dari satu sudut, terdapat ulamak asing yang aktif dalam kerajaan Samudera-Pasai seperti Amir Dawlasa dari India, Syed as-Syirazi (Amer Qadhi) dari Syiraz, Parsi dan Sheikh Tajuddin al-Isfahani dari Isfahan, Parsi bersama beberapa fuqaha lain menurut catatan Ibnu Batutah bertarikh 1345-1346M. Serentak dengan itu, pendakwah Arab dari India, Syed Hussein Jamadil Kubra telah tiba di Samudera-Pasai bersama tiga adiknya, Syed Thanauddin (Sheikh Mohamad Saman Shah), Syed Qamaruddin dan Syed Majduddin. Turut menyertai beliau ialah Maulana Malik Ibrahim dari Parsi (ada dakwaan bahawa beliau anak Syed Hussin Jamadil Kubra) yang merupakan pengasas Wali Songo. Pada 1339M, Syed Hussein Jamadil Kubra dan Syed Thanauddin bergerak ke Kelantan, sebelum meng-Islam Che Bo Nga (Sultan Zainal Abidin), raja Champa pada 1360M. Dalam sejarah Nusantara, ulamak asing terkenal yang terakhir ialah Sheikh Nuruddin ar-Raniri (berkhidmat di Aceh 1637-1644M) yang berasal dari Ranir, Gujerat.

Abad Ke-15M: Kemuncak Gerakan Dakwah di Nusantara

Konflik dan pergolakan politik yang berlaku terhadap kerajaan-kerajaan Islam di barat Asia dan utara Afrika telah memberikan kesedaran kepada para ulamak untuk memperhebatkan gerakan dakwah di Asia Tenggara. Tindakan Sultan Mohamad Tughluq mengirimkan Syed Hussien Jamadil Kubra dan saudara-saudaranya ke Pasai, kemudian ke Kelantan dan Champa adalah berkait rapat dengan kejatuhan Baghdad ke tangan Mongol pada 1258M. Mereka adalah anak kepada Syed Ahmad Shah Jalal Khan, gabenor Deccan, India yang bergelar Amir al-Muazzam Shah. Begitu juga dengan pengutusan Syed Abdul Aziz ke Melaka dan Sulu dari Jeddah pada 1414M. Hal ini telah menyemarakkan proses dakwah terutama perkembangan dakwah di Kelantan, Pattani dan Champa; Melaka; Brunei, Sulu dan Maguindanao; serta Jawa. Peng-Islaman empat wilayah ini telah membawa perubahan pada abad ke-16 dan 17M, di mana berlaku peng-Islaman kawasan pulau-pulau Nusantara, Sulawesi, Kalimantan dan juga selatan Sumatera yang merupakan kubu Buddha sebelumnya.

Sebelum kedatangan Sayyid Abdul Aziz di Mindanao, Tuan Maqbalu telah bergiat sejak sebelum 1310, kemudian baru didatangi oleh Tuan Masyaikh di Sulu, Tuan Syarif Aulia (Karimul Makhdum) dan Sayyid an-Nikab (Makhdum Aminullah) pada pertengahan abad ke-15M. Yang terawal tiba di Sulu ialah Sheikh Abu Bakar yang digelar Syarif Hashim pada 1405M, kemudian Syarif Maraja dan Syarif Hassan bersaudara pula berdakwah di Maguindanao, sebelum Syarif Kebungsuwan tiba pada 1515M. Di Kelantan, kejayaan Raja Bharubasha (Sultan Mahmud Syah) membangunkan kerajaan di Kota Jeddah telah mendorong Syed Hussein Jamadil Kubra berpindah ke sana dan mengembangkan dakwahnya di Kelantan, Pattani dan Champa. Anak-anaknya iaitu Sayyid Barakat Zainal Alam, Sayyid Ibrahim Asmara (Sunan Krisik) dan Syed Nurul Alam (Sultan Qanbul) adalah tokoh-tokoh dakwah yang penting abad ke-15, sebelum muncul generasi cucunya seperti Wan Bo Tri-tri, Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel) dan Maulana Ishak.

Di sudut yang lain, beberapa ulamak juga patut dicatatkan sumbangan mereka pada abad ke-15M ini seperti Sheikh Shafiyiyuddin dan Sheikh Said di Pattani, Syarif Ali di Brunei, Sunan Gunung Jati dan Sunan Fatahillah di Demak, Sheikh Mansor di Tidore, Maulana Abu Bakar di Melaka, Makhdum Patakan Abdul Rahman ar-Rumi di Pasai dan lain-lain. Dalam konteks ini, sangat jelas bahawa Melaka yang menjadi pusat pengembangan Islam utama abad ke-15M, mempunyai ulamak yang paling ramai seperti Maulana Abu Bakar, Syed Yusof Abdul Aziz, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaluddin, Qadhi Yusof, Qadhi Munawar dan Sheikh Ahmad Makhtum. Selain itu, tumpuan ulamak juga di pulau Jawa dengan terbentuknya gerakan Wali Songo yang dipimpin oleh Maulana Malik Ibrahim yang diasaskan pada 1404M.

Majlis Wali Songo dan Gerakannya

Antara sumbangan terbesar Syed Hussin Jamadil Kubra ialah melahirkan generasi ulamak penggerak Majlis Dakwah Wali Songo sejak 1404. Beliau sendiri berpindah dari Champa ke Jawa, kemudian ke Makassar pada 1452M dan wafat di sana setahun kemudian. Majlis Dakwah Wali Songo dikatakan ditubuhkan oleh Kerajaan Othamiyah, dengan mengarahkan ulamak berketurunan Sayyid Azmatkhan Ba’lawi untuk menyebarkan Islam di pulau Jawa. Majlis sembilan ulamak ini membahagikan wilayah mereka kepada tiga daerah iaitu Jawa Timur, Jawa Tengah dan Jawa Barat. Mereka menubuhkan pondok pasentren untuk menyebarkan ilmu, di samping pelbagai gerakan dakwah lain, termasuk kejayaan Sunang Gunung Jati mengasaskan Kesultanan Demak pada 1475M. Pada peringkat awal Wali Songo dianggotai oleh Maulana Malik Ibrahim (Parsi), Maulana Ishak (Bukhara), Syed Hussein Jamadil Kubra (India), Maulana Mohamad al-Maghribi (Moroko), Maulana Malik Israel (Turki), Maulana Mohamad Ali Akhbar (Parsi), Maulana Hassanuddin (Palestin), Maulana Alauddin (Palestin) dan Sheikh Subakir (Parsi).

Pada 1421M, Raden Rahmat (Sunan Ampel) menyertai Wali Songo menggantikan Maulana Malik Ibrahim, manakala pada 1436M, Syed Jaafar Sadiq dan Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) telah masing-masing menggantikan Maulana Malik Israel dan Maulana Mohamad Ali Akhbar. Raden Paku (Sunan Giri), Raden Said (Sunan Kalijaga) dan Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) menyertai Wali Songo pada 1463M dengan masing-masing menggantikan Maulana Ishak, Sheikh Subakir dan Maulana Hassanuddin. Raden Fatah dan Fatahillah Khan pula menyertainya pada 1466M bagi menggantikan Syed Hussein Jamadil Kubra dan Maulana Maghribi. Raden Umar Said (Sunan Muria) menyertainya pada hujung abad ke-15. Disebutkan bahawa Sheikh Siti Jenar juha pernah menyertai Wali Songo, tetapi digantikan oleh Sunan Buyut kerana isu wehdatul wujud. Kejayaan dakwah menjadi sebutan seluruh Nusantara dan terkenal hingga kini.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-5654560394185067462019-01-08T00:00:00.004+08:002021-04-21T21:52:39.981+08:00Islam & Tamadun Melayu : Peranan Ulamak Dalam Pemupukan Kehidupan Beragama

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Selain berjaya meng-Islamkan raja-raja Melayu dan melahirkan para ulamak tempatan sebagai kader dakwah, salah satu sumbangan besar para ulamak adalah pemupukan kehidupan beragama dalam masyarakat. Budaya orang Melayu pra Islam adalah berteraskan pengaruh Hindu-Buddha yang berasal dari India. Sebarang bentuk pemupukan kehidupan beragama dalam masyarakat Melayu, harus mempertimbangkan latar belakang ini untuk mengelakkan orang Melayu yang mulai terbuka terhadap Islam beralih arah. Pendekatan yang keras akan menyebabkan orang Melayu menjauhi Islam dan melemahkan rancangan membangunkan daulah Islam di Alam Melayu. Inilah perbezaan pendekatan dakwah ulamak di Alam Melayu, berbanding Arab, Afrika, Parsi dan India, yang mana Islam masuk melalui pedang dan perang. Sedangkan, pendekatan dakwah ulamak yang bercorak sufi ini, menurut Dr Burhanuddin al-Helmy telah membolehkan Islam berkembang secara aman dan diterima secara menyeluruh oleh orang Melayu.

Dalam konteks mengukuhkan Alam Melayu sebagai daulah Islam, pemupukan kehidupan beragama berasaskan syariat sangat penting, kerana Islam bukan hanya menjadi agama elit para pemerintah sahaja atau sekadar syahadah dan ibadat, tetapi ia adalah sistem kehidupan yang menyeluruh. Setelah berjaya memujuk orang Melayu supaya beriman kepada Allah, para ulamak menggunakan pelbagai pendekatan bagi mengubah cara hidup mereka secara beransur-ansur sehingga Islam akhirnya diterima secara menyeluruh. Memupuk dan membentuk kehidupan beragama dalam masyarakat awam adalah agenda yang lebih sukar, berbanding menyebarkan ilmu kepada para santri atau anak pondok, kerana anak-anak pondok telah menyediakan diri mereka untuk ditarbiyah. Sedangkan masyarakat awam bukan sahaja telah lama hidup dalam fahaman dan amalan sesat, bahkan mereka juga melakukan aktiviti negatif seperti berjudi, minum tuak, melaga binatang dan lain-lain yang menjadi amalan masyarakat jahiliyah. Inilah cabaran terbesar yang dihadapi oleh para ulamak dalam memupuk kehidupan beragama di Alam Melayu.

Kepelbagaian Pendekatan Dakwah

Para ulamak yang memahami situasi orang Melayu telah mengambil pelbagai pendekatan dakwah dalam menarik mereka kepada Islam. Strategi terpenting ialah meng-Islamkan raja-raja Melayu, tetapi ia tidak cukup kuat untuk membina keimanan, kerana Islamnya orang Melayu semata-mata kerana taat dan setia kepada raja. Keimanan mesti berasaskan ilmu dan kefahaman, bukan ikutan semata-mata. Maka dalam konteks inilah para ulamak telah berusaha menarik mereka kepada Islam yang sebenar. Pada peringkat awal, ulamak yang terlibat dalam perdagangan telah berdakwah dengan menunjukkan contoh dan etika perniagaan berasaskan Islam, sehingga berjaya menarik minat masyarakat terhadap Islam. Dakwah bil hal ini telah menyebabkan para ulamak dihormati dalam masyarakat.

Satu lagi pendekatan yang dicatat dalam Tarikh Fathani ialah kebolehan para ulamak mengubat orang sakit, seperti mana bomoh dan tukang sihir di kalangan penganut Buddha, Hindu dan Majusi. Orang Melayu sangat tertarik dengan amalan tib dan rukyah Islam yang dilakukan oleh para ulamak. Maulana Malik Ibrahim disebutkan sangat pandai mengubat, sehingga mempunyai ramai pengikut, termasuk isteri Raja Champa. Selain itu, perkahwinan juga merupakan salah satu pendekatan dakwah yang digunakan oleh ulamak, di mana kejayaan mereka memasuki mana-mana keluarga orang Melayu melalui perkahwinan, akan membuka ruang untuk mereka mengajak ahli keluarga isterinya dan penduduk sekitar memeluk Islam. Di Nusantara, salah satu pendekatan dakwah yang sangat menarik digunakan oleh ulamak ialah tindakan para Wali Songo berdakwah dengan muzik dan kesenian. Wali Songo telah menjadikan kesenian tradisi Jawa, wayang kulit sebagai medium untuk berdakwah. Sunan Kudus, Sunan Kalijaga dan Sunan Muria adalah antara yang terkenal kerana pendekatan dakwah mereka melalui muzik dan kesenian.

Asimilasi Islam ke Atas Budaya Hindu-Buddha

Keadaan masyarakat Melayu yang kuat berpegang yang kepercayaan Hindu telah mendorong para ulamak melakukan asimilasi agama Islam ke atas orang Melayu. Antara kepercayaan terbesar orang Melayu ialah mereka percaya kepada adanya Tuhan yang disebut sebagai Dewata Raya atau Hyang. Selain perkataan “Dewata Raya” yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu, banyak tempat di Alam Melayu dikaitkan dengan Hyang seperti Gunung Diang (Adi Hyang), Gunung Sangiyang (Sang Hyang) dan Parahyangan yang terletak Matapura, Nusa Tenggara dan Sunda. Atas sebab itu, ibadat utama orang Islam disebut sembahyang (sembah Hyang), bukannya solat. Demikian juga puasa yang telah menjadi amalan Hindu, yang tidak disebut “shiam” dalam bahasa Arab, sebagaimana zakat dan haji. Istilah-istilah agama yang lain seperti syurga, nereka, dosa dan pahala juga merupakan adaptasi konsep-konsep Hindu mengikut kefahaman Islam.

Orang Melayu juga terkenal kerana amalan pemujaan seperti puja pantai, puja roh dan puja semangat padi. Mereka mempunyai jampi serapah tertentu dalam setiap pemujaan. Kerana itu, para ulamak telah menghidupkan amalan tahlil pada setiap kematian besertakan kenduri arwah, sebagai proses asimilasi terhadap pemujaan dan jampi serapah tersebut. Kemudian diperkenalkan kesenian seperti nazam dan syair untuk memenuhi kecenderungan penganut Hindu terhadap lagu-lagu. Dalam kes pemujaan kepada watak-watak dalam wayang kulit, Wali Songo telah menggantikannya dengan hikayat-hikayat Nabi dan pejuang Islam. Bahkan, disebutkan juga, Sunan Kudus telah menggunakan simbol-simbol Hindu dan Buddha dalam binaan masjid, menara, pintu gerbang dan pancuran air untuk menjinakkan orang Melayu. Sunang Bonang pula memperkenalkan teknik penafasan berasaskan konsep “Alif Lam Mim,” menyerupai amalan yoga dalam agama Hindu, manakala Sunan Darajat dan Sunan Muria memperkenalkan amalan suluk yang menyerupai meditasi dalam agama Buddha. Kelantan sebagai salah sebuah negeri terawal menerima Islam telah menamakan beberapa kampung dengan nama Islam seperti Banggol Judah, Bukit Romah, Kampung Kaabah dan sebagainya, berbanding nama-nama tempat zaman sebelumnya seperti Biaro (biara) di Bukit Tinggi, Berhala di Jambi dan Parahyangan di Sunda.

Perlaksanaan Syariat Menyeluruh

Aspek terbesar dalam pemupukan kehidupan kepada masyarakat adalah melalui perlaksanaan syariat. Berdasarkan catatan Marco Polo bertarikh 1292M, syariat Islam sudah terlaksana di Perlak ketika itu, bahkan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M juga memberikan bukti perlaksanaan syariat Islam di Tanah Melayu. Penemuan dinar emas di Kelantan yang bertarikh 1181M pula menunjukkan syariat Islam bukan hanya dipraktis dalam undang-undang jenayah, tetapi sistem ekonomi juga. Kewujudan jawatan-jawatan seperti qadhi, mufti dan sheikhul Islam menunjukkan penguatkuasaan syariat bukan hanya undang-undang, tetapi melibatkan sistem mahkamah, fatwa dan pentadbiran agama.

Selain undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pemerintah, para ulamak sebagai tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat turut berperanan dalam menguatkuasakan peraturan Islam. Satu contoh yang baik ialah tindakan Sunan Ampel yang menggerakkan kempen “Moh Limo” atau “tidak lima,” iaitu “moh main (tidak berjudi), moh ngombe (tidak minum minuman keras), moh maling (tidak mencuri), moh madat (tidak hisap candu) dan moh madon (tidak berzina).” Gerakan menghapuskan amalan buruk dalam masyarakat ini telah membolehkan orang Melayu membebaskan diri daripada keburukan amalan tersebut. Dalam konteks perlaksanaan syariat ini, pemupukan kehidupan beragama bulih dilihat dalam dua segi iaitu peranan ulamak terhadap penguatkuasaan undang-undang dan juga gerakan kesedaran dalam masyarakat untuk meminggalkan amalan-amalan negatif.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-60104606553406545572019-01-07T00:00:00.004+08:002021-04-21T21:52:54.530+08:00Islam & Tamadun Melayu : Peranan Ulamak Dalam Perkaderan Pendakwah

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Dakwah mempunyai agenda besar untuk membawa manusia mengabdikan diri secara menyeluruh kepada Allah. Masyarakat Melayu yang dahulunya beragama Hindu-Buddha perlu di-Islam secara menyeluruh dengan penuh hikmah, terutama setelah kejayaan dakwah kepada raja-raja Melayu yang menyaksikan sejumlah kerajaan telah berjaya di-Islamkan dalam tempoh antara 650 hingga 1000M. Awalnya, orang Melayu bergantung kepada usaha keras para ulamak dari luar untuk menyebarkan Islam, maka untuk mengukuhkan lagi gerakan dakwah, perlu ada pendakwah tempatan yang berperanan dengan lebih gigih. Orang-orang Melayu yang lebih memahami bahasa, budaya dan agama tradisi mereka sendiri adalah lebih berkesan dalam mengajak kepada Islam.

Dalam hal inilah, antara sumbangan besar para ulamak dan pendakwah dalam memperkasakan kedudukan Islam di Alam Melayu, iaitu melahirkan kader-kader ulamak dan pendakwah Melayu. Memang tidak dapat dinafikan, bahawa kesultanan-kesultanan di Aceh (Perlak, Samudera-Pasai dan Aceh) sebagai tempat terawal berdirinya daulah Islam, menjadi pusat perkaderan ulamak yang terpenting di Nusantara, sebelum munculnya Pattani, Jawa dan Kelantan pada abad-abad berikutnya. Penubuhan institusi-institusi pendidikan tinggi Islam, penghasilan karya-karya Islam dan jemputan ke atas ulamak-ulamak Arab, India dan Parsi telah membolehkan proses pembinaan perkaderan berlaku dengan berkesan. Pada abad ke-15M, telah terlihat hasil kader dakwah Aceh dalam pengembangan Islam di Jawa, sebelum mereka berpengaruh di Pattani, Terengganu, Palembang, Banjar, Makasar dan Banten pada abad berikutnya.

Sumbangan Ulamak Luar Terhadap Dakwah Islam

Gerakan dakwah peringkat pertama (650-1000M) dan separuh pertama peringkat kedua (1001-1250M) boleh dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh ulamak-ulamak asing. Hampir tiada orang Melayu yang berperanan sebagai pendakwah, melainkan para ulamak dari Arab, Parsi, India dan China. Kerana itu, orang Melayu terhutang budi kepada bangsa-bangsa tersebut dalam konteks pengembangan Islam dan pembinaan daulah Islam di Alam Melayu. Antara peranan ulamak asing di Nusantara ialah:

i. Menyebarkan Islam kepada raja dan rakyat

Salah satu peranan terbesar para ulamak-pendakwah asing di Nusantara ialah menyebarkan Islam kepada raja-raja dan rakyat secara umumnya, sehingga Islam diterima secara meluas oleh orang Melayu selepas itu. Sejak kedatangan Sheikh Rukunuddin, Sheikh Ismail, Faqir Muhammad dan Nakhoda Khalifah, Islam mula berkembang di Alam Melayu.

ii. Mengajarkan ilmu agama

Di samping mengajak kepada Islam, para ulamak telah mengajarkan ilmu asas Islam kepada raja, kaum kerabat istana, pembesar dan rakyat. Bermula dari anjung istana, kemudian surau dan masjid dijadikan pusat pengajaran agama sehingga proses pemupukan kehidupan beragama dan bersendi syariat dapat dilaksanakan.

iii. Menubuh dan menggerakan institusi pendidikan

Tidak memadai dengan pengajaran-pengajaran ilmu agama secara tidak formal, telah ditubuhkan institusi pendidikan bermula untuk peringkat asas dengan penubuhan Dayah Bukit Ce Breek, kemudian untuk peringkat tinggi melalui Dayah Cot Kala, sebelum jamiah (universiti) diwujudkan pada zaman Sultan Mahkota Alam (1593-1636M) iaitu Jamik Baitulrahman.

iv. Menghasilkan karya-karya agama

Walaupun belum ada pembuktian yang jelas tentang manuskrip Melayu yang dihasilkan oleh ulamak sebelum abad ke-16M, tetapi penemuan karya Sheikh Abdullah Arif, pengasas Dayah Kuenue’uen yang berjudul Bahr al-Lahut, bertarikh 1177M telah memberi isyarat bahawa budaya menulis telah bermula awal. Walaupun teks asal Bahr al-Lahut dalam bahasa Arab, teks ini telah diterjemah ke bahasa Melayu, dan dianggap karya tertua di Alam Melayu. Selepas penghasilannya, dipercayai masih banyak karya lain ditulis, diterjemah atau disadur dalam tempoh tersebut, tetapi mungkin telah hilang.

Antara ulamak asing yang berperanan besar di Nusantara sehingga 1500M ialah Sheikh Rukunuddin, Nakhoda Khalifah, Sheikh Ismail dari Arab (di Aceh), Faqir Muhammad dari India (di Aceh), Sheikh Abdullah Arif dari Palestin (di Aceh), Syed Abdul Aziz dari Jeddah (di Melaka dan Sulu), Maulana Malik Ibrahim dari Parsi (di Jawa), Sheikh Abdullah al-Qumairi dari Arab (di Kedah), Sheikh Mansur dari Arab (di Tidore) dan keturunan Syed Jaafar as-Sodiq dari Arab (di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo). Beberapa ulamak Arab seperti Sheikh Abu Bakar dan Syarif Kebungsuwan menyebarkan Islam di Mindanao dan Sulu, sedangkan Syarif Ali juga dari Arab tetapi bergiat di Brunei. Manakaka Syed Hussein Jamadil Kubra dan Syed Thanauddin (Sheikh Saman) bergerak di Kelantan dari India, sedangkan Syed as-Syirazi dari Syiraz, Iran bergerak di Pasai.

Institusi Perkaderan Dakwah Nusantara

Dalam menggerakkan dakwah di Nusantara, para ulamak telah mewujudkan institusi-institusi khususnya untuk melahir kader-kader dakwah tempatan. Strategi ini sangat penting supaya orang Melayu tidak lagi perlu bergantung kepada ulamak luar dalam membangunkan sebuah daulah Islam. Pada peringkat awal, para ulamak telah menjadikan anjung-anjung istana, masjid dan surau untuk mengajarkan tentang Islam, dalam suasana orang Melayu belum lagi mengenali Islam secara mendalam. Pengajaran ilmu asas agama tidak memadai untuk melahirkan pendakwah-pendakwah dan ulamak tempatan, melain bumi Melayu mesti mempunyai institusi pendidikan tinggi yang berkualiti seperti Madrasah Zaytuna di Qairuwan, Jamik Qurtabah di Cardova, Jamik al-Azhar di Kaherah dan Madrasah Nizamiyah di Baghdad.

Bagi melahirkan kader-kader pendakwah, dengan sokongan istana khususnya Sultan Syed Maulana Abdul Rahim, dibangunkan Dayah Bukit Ce Breek pada 864M di Perlak, yang merupakan pondok yang pertama di Nusantara. Selepas itu, Perlak terus menjadi pusat perkaderan pendakwah apabila dibangunkan pondok yang lebih besar dan menyediakan pengajian yang lebih tinggi, iaitu Dayah Cot Kala yang dibangunkan oleh Tuengku Mohammad Amin pada 888M. Terdapat beberapa dayah baru yang dibuka di Perlak pada abad ke-11 dan 12M antaranya Dayah Sueruele (1012M) yang dibangunkan oleh Tuengku Sirajuddin, Dayah Blang Peuriya (1153M) oleh Tuengku Yaakob, Dayah Batu Karang oleh Teungku Ampon Tuan dan Dayah Kuenue’uen (1196M) yang diasaskan oleh Sheikh Abdullah Kan’an dari Palestin. Dayah-dayah di Perlak ini telah berjaya melahirkan ulamak-ulamak besar Nusantara termasuk sebahagian daripada Wali Songo seperti Syarif Hidayatullah, Maulana Ishak (Sunan Giri) dan Sunan Ampel yang menyebarkan Islam dan mendirikan daulah Islam di Jawa.

Ulamak Tempatan Melanjutkan Perjuangan

Pada peringkat awal, khususnya abad ke-13 dan 14M, sudah ada di kalangan orang Melayu yang menjadi pendakwah-pendakwah dalam mengembangkan Islam. Selain putera-putera Perlak seperti Tuengku Mohammad Amin, Tuengku Yaakob dan Tuengku Ampon Tuan, beberapa putera Padjajaran seperti Prabu Munding Sari dan Haji Purwa juga turut menjadi pendakwah. Kemudian, para Wali Songo yang merupakan keluaran daripada Dayah Cot Kala yang dikatakan enam daripada sembilan telah menjadi pendakwah yang penting di Jawa. Menurut Prof Hamka, dalam gerakan dakwah memasuki abad ke-15M, dua etnik orang Melayu yang aktif berdakwah ialah Minangkabau dan Bugis.

Sebahagian besar dari kejayaan dakwah di Jawa adalah dipengaruhi oleh keberkesanan gerakan institusi Wali Songo yang diwujudkan oleh Maulana Malik Ibrahim pada awal abad ke-15M. Sedangkan di Aceh dan Pattani, institusi pondok atau dayah menjadi sangat penting dalam melahirkan kader dakwah. Pondok terawal di Pattani dikatakan dibuka oleh Sheikh Faqih Wan Musa di Legeh, sedangkan di Jawa, pondok (pasentren) yang terawal dikatakan dibina oleh Syarif Hidayatullah, namun ada pendapat lain mengatakan ia dimulai oleh Sheikh Abdullah Qutbuddin di Candirejo, Jawa Tengah. Di Malaysia pula, Pondok Sheikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis) di Terengganu dikatakan antara yang terawal. Tokoh-tokoh ulamak ternama Nusantara pada generasi abad ke-17M seperti Sheikh Abdul Malik Pulau Manis, Sheikh Yusof al-Makasari, Sheikh Daud al-Fathani, Sheikh Abdul Rauf Singkel dan Sheikh Mohd Arsyad al-Banjari adalah antara kader ulamak Aceh pada generasi Sheikh Nuruddin ar-Raniri yang berasal dari Gujerat, India.

Pada generasi ini juga telah memperlihatkan penglibatan besar-besaran para ulamak dalam pengukuhan kehidupan bernegara. Sebahagian ulamak Melayu menjadi pentadbir negara sama ada sebagai raja atau pembesar utama, sebahagian lain menjadi pahlawan yang mempertahankan negara, dan sebahagiannya menulis karya-karya kenegaraan Islam yang penting. Di kalangan raja-raja muncul Sunan Fatahillah di Demak dan Sultan Wan Bo Tri Tri di Champa, sebagai pembesar pula bangkit Tok Ketitir di Pattani dan Syed Hussein al-Farizd di Perak. Sedang Sheikh Wan Mustafa yang menjadi Wazir Harbi (Menteri Pertahanan) Pattani menyertai Imam Bonjol di Minangkabau dan Diponegoro di Jawa, manakala Sheikh Nuruddin ar-Raniri dengan Bustanus Salatin dan Bukhari al-Jawhari dengan Taj as-Salatin menuliskan karya-karya kenegaraan. Ini adalah sebahagian daripada contoh kader-kader yang dilahirkan dalam melanjutkan dakwah dan mengukuhkan daulah di Alam Melayu.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-92200557551085879932019-01-06T00:00:00.005+08:002021-04-21T21:53:33.208+08:00Islam & Tamadun Melayu : Peranan Ulamak Dalam Mengislamkan Raja-raja Melayu

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Dakwah dan jihad merupakan dua mekanisme utama dalam pembentukan daulah Islam sepanjang sejarah. Pendekatan inilah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam membangunkan daulah Islam pertama di Madinah. Kemudian ia menjadi method dalam pengembangan Islam ke seluruh dunia. Perang bukanlah pendekatan Islam, tetapi ia menjadi reaksi terhadap gerakan dakwah yang disekat. Dalam futuhat (pembukaan) negeri-negeri baru, Islam akan menawarkan kepada para pemerintah supaya mereka beriman dan menjadikan kerajaannya daulah Islam. Jika tawaran ini ditolak, pemerintah akan diminta untuk mengizinkan gerakan dakwah ke atas rakyat supaya mereka dapat menerima Islam. Penolakan atau halangan ke atas dakwah ini akan menyebabkan para pendakwah, mujahid dan umat Islam terpaksa memilih jalan perang.

Dr Burhanuddin al-Helmy dalam kajian kedoktoran falsafahnya yang menganalisis proses dakwah para ulamak di Nusantara telah menjelaskan bahawa Islam berkembang di Nusantara tanpa sebarang pertumpahan darah. Pendekatan dakwah yang digunakan di Nusantara telah membolehkan seluruh Alam Melayu menerima Islam secara damai, sekali gus menukar Nusantara dari sebuah rantau Hindu-Buddha menjadi wilayah Islam terbesar. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui pendekatan dakwah yang paling berkesan dalam meng-Islamkan Nusantara ialah tindakan para ulamak meng-Islamkan raja-raja Melayu, kerana orang Melayu kuat berpegang dengan konsep kesetiaan kepada raja. Islamnya seorang raja Melayu, menyebabkan seluruh rakyat jelata mengikuti agama raja mereka. Berdasarkan catatan-catatan hikayat dan kronik Melayu, ternyata para ulamak telah mendatangi raja-raja Melayu dalam pelbagai maksud, tetapi membawa matlamat meng-Islamkan raja-raja tersebut.

Peng-Islaman Raja-raja: Strategi Dakwah Nusantara

Seorang orientalis Portugis terkenal, Tome Pires yang mengkaji peng-Islaman Nusantara mengatakan peralihan kuasa politik kepada Islam di Nusantara berlaku dalam dua bentuk. Pertama, raja-raja dan bangsawan Melayu memeluk Islam dan kekal berkuasa dengan ulamak, pendakwah dan pedagang Islam mendapat kedududukan istimewa; dan kedua, orang asing yang beragama Islam membuat penempatan dan kubu pertahanan yang akhirnya dapat menguasai kerajaan. Abdul Qadir Djaelani mengatakan pendekatan yang pertama itulah cara terawal dan paling berkesan yang digunakan oleh para ulamak dalam meng-Islamkan Nusantara, seperti mana yang berlaku terhadap kota Tuban di Jawa Timur. Gerakan para ulamak, pendakwah dan pedagang Islam dalam meng-Islamkan raja-raja Melayu boleh dilihat dalam beberapa bentuk, antaranya:

i. Misi dakwah
Kerajaan-kerajaan Islam yang wujud lebih awal di Tanah Arab dan India dicatatkan telah mengirimkan para ulamak untuk menggerakkan misi dakwah ke Nusantara. Hal ini dikatakan berlaku sejak zaman Rasulullah SAW. Pengutusan Sheikh Rukunuddin ke Sumatera pada 628M adalah contoh yang terawal, sebelum Syarif Mekah mengutuskan Sheikh Ismail, Faqir Muhammad dan Sheikh Abdullah Arif ke Samudera Pasai, pengutusan Syed Abdul Aziz dari Jeddah untuk meng-Islamkan Melaka dan Sulu serta pengiriman Syed Hussein Jamadil Kubra dan Syed Thanauddin ke Kelantan dan Champa oleh Sultan Mohamad Tugluq, India. Di kalangan kesultanan Melayu sendiri turut mengirimkan misi dakwah sesama mereka sebagai mana Kesultanan Gowa dan Tallo di Sulawesi meng-Islamkan raja Bima di Nusa Tenggara.

ii. Perdagangan
Disebabkan kedudukan Nusantara sebagai kawasan perdagangan yang penting, dan orang Arab telah lama mempunyai hubungan perdagangan dengan Alam Melayu, para ulamak dan pendakwah datang ke Nusantara melalui misi perdagangan, kemudian meluaskan pengaruh Islam di Nusantara. Padre Gainza, Thomas Arnold, de Graaf dan Pigeaud mengatakan bahawa sejak awal lagi, pengaruh Islam dikembangkan oleh para pedagang di hampir semua tempat di Nusantara. Atas sebab itu juga, bandar-bandar pelabuhan dan kerajaan seperti Melaka, Pasai, Kedah, Sunda Kelapa lebih dahulu di-Islamkan berbanding kawasan pedalaman.

iii. Perkahwinan
Para ulamak dalam menguasai istana-istana turut menjadi perkahwinan dengan anak-anak raja sebagai strategi dakwah mereka. Contoh yang baik Syed Hussein Jamadil Kubra yang mengahwini dua puteri Sultan Kelantan dan seorang puteri Champa, lalu menjadikan kedua-dua negeri sebagai pusat pengembangan Islam. Hal yang sama berlaku di Pasai apabila Sheikh Ali Mohamad mengahwini puteri Meurah Shahrun Nawi serta Syarif Ali yang mengahwini anak saudara Raja Alak Awang Betatar di Brunei.

iv. Pengubatan
Sesetengah ulamak mempunyai kemahiran tib dan rukyah dalam menyembuhkan penyakit. Dalam kes peng-Islaman istana Pattani, Raja Pya Tu Nakpa dikatakan mengidap penyakit ganjil dan sembuh setelah diubati oleh Sheikh Safiyuddin (dalam catatan lain menyebut sebagai Sheikh Said) dengan janji untuk memeluk Islam.

v. Penghormatan
Golongan ulamak sangat dihormati di mana-mana dalam dunia Islam, lebih-lebih lagi Islam telah menjadi kuasa besar selepas abad kelapan Masehi. Kedudukan ini digunakan oleh para ulamak untuk memberi penghormatan kepada raja-raja Melayu sehingga raja merasa sangat terhormat lalu memeluk Islam. Di Kalimantan, Islamnya kerajaan Sukadana kerana seorang ulamak, Sheikh Syamsuddin dari Mekah telah menghadiahkan sebuah al-Quran dan sebentuk cincin dari Yaman sebagai penghormatan kepada rajanya.

vi. Tulah derhaka ulamak
Salah satu kepercayaan Hindu dalam masyarakat Melayu adalah adanya “tulah” (bala) apabila menderhakai raja. Konsep ini telah mempengaruhi mereka dalam menghadapi para ulamak yang mempunyai karamah. Mereka tidak menderhakai anak-cucu Rasulullah SAW yang bergelar syed dan syarif lalu menyebabkan pulau-pulau Maluku iaitu Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo mengangkat keturunan Syed Jaafar as-Sadiq menjadi raja kerajaan-kerajaan mereka. Di Nusa Tenggara, kerajaan Hindu Tambora dikatakan mempermainkan seorang pendakwah berbangsa syed dengan memberinya makan babi, lalu Gunung Tembora meletus pada 1815M dan memusnahkan tiga kerajaan Hindu iaitu Tambora, Sanggar dan Pekat, dan selepas itu mereka dikuasai oleh kerajaan Islam Bima.

Gerakan Ulamak di Istana-istana Nusantara

Sebagaimana yang dijelaskan oleh para sarjana, bahawa kejayaan gerakan ulamak meng-Islamkan raja-raja telah membolehkan Islam berkembang dengan aman dan cepat di Nusantara. Gerakan dakwah dan penyebaran Islam berpusat di istana telah mendorong orang Melayu menerima Islam tanpa sebarang tentangan. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa aspek, contohnya:

i. Ulamak menjadi raja

Perlantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan daulah Islam dengan para ulamak menjadi raja dan sultan.

ii. Ulamak menjadi penasihat raja

Sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, perlaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan syariat dapat dibuat sehingga daulah yang dibina berdiri kukuh. Sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi raja terhadap pemupukan kehidupan beragama.

iii. Mewujudkan institusi dakwah dan pendidikan di bawah tajaan istana

Perkembangan Islam yang pesat di Asia Tenggara sangat berkait dengan peranan institusi dakwah yang diwujudkan oleh para ulamak. Pada peringkat awal, ditubuhkan institusi pendidikan agama. Ketika kebanyakan negeri menjadikan anjung-anjung istana sebagai tempat belajar agama, di Perlak pada pertengahan 864M, telah ditubuhkan Dayah Bukit Ce Breek sebagai institusi pondok yang pertama di Nusantara, sebelum ditubuhkan Dayah Cot Kala pada 888M yang melahirkan begitu ramai ulamak. Di Jawa, Maulana Malik Ibrahim telah mengasaskan Wali Songo, iaitu perkumpulan ulamak Jawa yang berpengaruh dalam dakwan dan politik.

iv. Pentadbiran Islam

Salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh para ulamak dalam menjadi Alam Melayu sebagai daulah Islam ialah pemerkasaan pentadbiran agama. Mereka mewujud mahkamah syariah, undang-undang berasaskan agama, menginstitusikan jawatan mufti dan qadhi, menubuhkan baitul mal dan mendirikan pusat pendidikan tinggi Islam. Ulamak yang tradisinya menguasai institusi sheikhul Islam, qadhi dan mufti telah meluaskan pengaruh mereka dengan menjadi wazir, bendahara, perdana menteri, sri maharaja dan seumpamanya, yang merupakan pentadbir utama kerajaan. Di Kelantan, Syed Nurul Alam yang terkenal dengan gelaran Sultan Qanbul adalah Patih Gajah Mada yang sangat berpengaruh, seperti mana Sheikh Nuruddin berpengaruh di Aceh dan Sheikh Fakih Ali berpengaruh di Pattani.

v. Perlaksanaan syariat

Perlaksanaan syariat adalah antara sumbangan terbesar para ulamak di Nusantara. Kerajaan-kerajaan Melayu yang baru menerima Islam telah melaksanakan syariat dan dibuktikan oleh catatan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303M, juga catatan Marco Polo yang datang ke Pasai pada 1292M dan lawatan Ibnu Batutah ke Pase pada 1345M. Kebanyakkan undang-undang yang dilaksanakan adalah berdasarkan syariat, termasuk yang terawal dalam catatan China tentang hukuman potong kaki kerana merompak dalam kerajaan Ho-ling (dikatakan di Jawa) sejak 674M.

Kerajaan-kerajaan Yang Di-Islamkan

Pada peringkat yang pertama (650-1000M), proses peng-Islaman kerajaan-kerajaan Melayu masih belum berkesan. Walaupun penempatan orang Islam telah wujud selepas 650M, namun usaha menubuhkah daulah Islam belum berjaya. Berdasarkan catatan China, pada 674-675, sebuah kerajaan bernama “Ho-ling” telah melaksanakan syariat di Jawa (Cho’po), yang disebut oleh Hamka sebagai Kalingga pada zaman Ratu Simo. Ia berlaku lebih awal daripada raja Sriwijaya, Sri Indrawarman memeluk Islam pada 718. Namun, berdirinya Kesultanan Perlak pada 840M masih dianggap daulah Islam yang terawal di Nusantara, di samping catatan China tentang pengiriman dua duta Brunei berbangsa Arab ke China bersama dengan rajanya, Abu Ali (P’u Ya-li) pada 977M.

Di sebalik data-data kabur pada peringkat pertama, dalam peringkat kedua (1001-1500M), telah muncul kerajaan-kerajaan Islam yang baru di Nusantara bermula dengan Tidore (1081M), Leran, Jawa (1101M), Kedah (1136M), Kelantan (1181M) dan peng-Islam Prabu Munding Sari, raja Padjajaran pada 1195M. Setelah itu muncul kerajaan Daya di Aceh (1205M), Ternate (1257M) dan Samudera Pasai (1275), selain peng-Islaman Jawaka (1253) dan Champa (1364). Semenjak Islamnya Melaka pada 1414M, muncul pula kerajaan Ceribon (1445M) di Jawa, Pattani (1457M), Demak (1478M) dan Aceh (1496M). Pembentukan kerajaan-kerajaan Islam telah membawa kepada Islamnya orang-orang Melayu selepas itu.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3770994590554968066.post-9343712500531360662019-01-05T00:00:00.003+08:002021-04-21T21:53:52.720+08:00Islam & Tamadun Melayu : Berberapa Teori Kedatangan Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Persoalan tentang dari mana Nusantara menerima Islam masih menjadi perbahasan para sarjana sehingga hari ini. Belum ada suatu yang pasti apakah Islam yang dibawa ke Nusantara berasal dari Arab, Parsi, India atau China. Data-data kemasukan Islam seperti catatan China, batu-batu nisan, artifak seperti batu bersurat, catan pengembara seperti Marco Polo dan Ibnu Batutah, hikayat dan kronik Melayu, selain amalan Islam yang dipraktiskan di Nusantara, semuanya menjadi sandaran dalam perbincangan ini. Maka dalam konteks ini, apakah yang berbangkit itu tentang siapakah yang pertama membawa Islam ke Nusantara atau dari manakah asalnya Islam yang masuk ke Nusantara atau di manakah penempatan Islam terawal di Nusantara atau mazhab apakah yang pertama dianut oleh orang Melayu?

Beberapa persoalan penting yang ditimbulkan oleh para sarjana tentang asal kedatangan Islam di Nusantara, antaranya:

I. Mazhab Islam di Nusantara. Nusantara adalah rantau bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dari segi aqidah dan bermazhab Syafie dari segi fikah;

II. Semua hikayat dan kronik di Alam Melayu mengaitkan peng-Islam raja-raja Melayu dengan peranan ulamak dari Arab, khususnya yang berketurunan syed;

III. Catatan-catatan China yang awal seperti Dinasti Tang (618-907M) yang bertarikh 674M dengan jelas menyatakan hubungan orang Melayu dengan Khalifah Daulah Umayyah (661-750M);

IV. Orang Arab dikatakan menyebarkan Islam kepada orang India di Gujerat, kemudian orang India yang berdagang ke Alam Melayu telah berdakwah;

V. Kewujudan beberapa aspek kebudayaan seperti pakaian, muzik, syair, ukiran pada batu nisan dan seumpamanya yang dianggap dipengaruhi oleh elemen yang membawa masuk Islam ke Nusantara;
VI. Penemuan batu-batu nisan bertulisan Arab sepanjang pantai Nusantara yang mengadap Laut China menunjukkan Islam datang dari timur; dan

VII. Krisis politik dan pembunuhan orang Arab di China pada zaman Hwang Choa (878-879M) di Kanfu dan pemberontakan Tien Sheng Kong di Yang Chow pada akhir zaman Dinasti Tang (618-905M), yang menyebabkan penghijrahan orang Islam ke Nusantara.

Islam Dari Barat atau Timur?

Secara umum, teori kedatangan Islam ke Alam Melayu boleh dibahagikan kepada lima pandangan, iaitu:

i. Teori India / Gujerat

Teori ini dipegang oleh Prof Snouck Hurgronje yang menolak kemasukan Islam langsung dari Arab, sebaliknya mengatakan pendakwah Arab menyebarkan Islam di Gujerat, India. Melalui ajaran tasawuf, Islam di bawa ke Samudera-Pasai dari India. Teori ini awalnya dikemukakan oleh Pijnappel, dan disokong oleh B Harrison, J Gonda, G.E Marrison, Kenneth Hall, A.H Hill, G.P Moquette, R.A Karn dan W.F Stutterheim.

ii. Teori Arab / Mekah dan Hadramaut

Prof Hamka kuat berpegang bahawa Islam dibawa dan disebar oleh orang Arab terutama keturunan syed. Catatan China membuktikan orang Arab yang membawa Islam ke Nusantara. Pendapat Hamka adalah sejalan dengan John Crowford, Thomas Arnold, Syed Naquib al-Attas dan C.R Tibbets.

iii. Teori Parsi

Prof Abu Bakar Atjeh mengatakan Islam bukan sahaja masuk dari Parsi, bahkan pada peringkat awal orang Melayu bermazhab Syiah. Penyokong pendapat ini ialah Hussein Djajadiningrat.

vi. Teori China

Prof Slamet Muljana mempunyai pandangan menarik bahawa raja Melayu seperti Sultan Demak dan Wali Songo adalah berketurunan Cina berdasarkan Kronik Klenteng Sam Po Kong. Terdapat banyak pandangan berdasarkan tempat batu-batu nisan ditemui, bahawa orang Arab dan Parsi yang tinggal di China telah berhijrah di Nusantara sejak kacau-bilau di Kanfu (Guangzhou) pada 878M. Teori ini turut didukung oleh Emmanuel Gadinho Eredia, O.W Wolters, Ibrahim T.Y Ma dan S.Q Fatimi.

v. Teori Maritim

N.A Baloch, seorang sejarawan Pakistan mengatakan kerana umat Islam mempunyai ramai pelayar yang menjadi pendakwah dan guru agama, sedangkan Alam Melayu adalah pusat pedagangan maritim yang terkenal, maka Islam tersebar melalui kegiatan maritim.

Apakah Orang Arab Yang Menyebarkan Islam?

Teori penyebaran Islam oleh orang Arab yang dipegang oleh Prof Hamka mempunyai kekuatan hujah kerana berdasarkan catatan China telah merekodkan hubungan antara Alam Melayu dengan Arab. Bahkan, terdapat dokumen-dokumen berkait surat-surat diplomatik antara Khalifah Daulah Umayyah dengan Empayar Sriwijaya, yang jelas menunjukkan proses dakwah telah bermula sejak abad ketujuh. Ini dikuatkan lagi dengan gerakan dakwah orang Arab yang sangat agresif ke seluruh dunia termasuk Afrika, Eropah (Andalus), Transoxiana, India dan China pada abad ketujuh, sehingga hampir mustahil Nusantara yang sudah lama mempunyai hubungan perdagangan dengan Arab terlepas dari gerakan dakwah ini.

Para pendakwah Arab, dimulai oleh Sahabat Nabi SAW, Saad Abi Waqqas telah bergerak ke China melalui jalan laut dan melewati Nusantara. Selain khalifah, pemerintah Islam di Mekah dan Hadramaut juga dikatakan telah mengirimkan para pendakwah ke Nusantara. Teori India (Gujerat) dan China walaupun tidak tertolak sepenuhnya, tetapi adalah lemah kerana kedua-dua wilayah itu bermazhab Hanafi, sedangkan orang Melayu bermazhab Syafie. Teori Parsi tentang sistem bacaan al-Quran cara Syiah di Jawa Barat adalah juga tidak kuat kerana ketika itu, Baghdad adalah bermazhab Sunni dan orang Syiah tidak menganut tasawuf Qadiriyah yang diamalkan di Jawa Barat.

Pandangan Yang Lebih Kukuh Berdasarkan Catatan Melayu

Hikayat dan kronik-kronik Melayu yang mencatatkan tentang kemasukan Islam dan peng-Islaman raja-raja Melayu menyatakan orang Melayu menerima Islam dari Arab, di mana terdapat sheikh, maulana, sayyid atau wali Allah dari Arab telah meng-Islamkan raja-raja Melayu. Misalnya, Syarif Mekah dikatakan telah mengirimkan Sheikh Ismail dari Mekah ke Samudera Pasai untuk menyebarkan Islam, sebelum beliau mempengaruhi raja Malabar, Sultan Muhammad (seorang Arab keturunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq) untuk berdakwah di Nusantara yang kemudiannya bergelar Fakir Muhammad. Hal yang sama juga dialami oleh Parameswara yang didatangi oleh Syed Abdul Aziz dari Jeddah ketika proses peng-Islaman Melaka.

Pengembangan Islam di Aceh, Kedah, Tidore, Bachan, Ternate, Jailolo, Sukadana (Kalimantan), Kelantan, Champa, Pattani, Jawa, Brunei, Mindanao, Sulu dan lain-lain semua dicatatkan dalam kronik-kronik Melayu sebagai hasil usaha para ulamak dari Arab dalam menyebarkan Islam dalam kerajaan-kerajaan di Nusantara. Contoh yang paling menonjol ialah gerakan Wali Songo di Jawa dan Champa, di mana tokoh terbesar dan pengasas Wali Songo iaitu Maulana Malik Ibrahim adalah seorang Arab yang berketurunan Nabi SAW, sedangkan kebanyakan Wali Songo adalah keturunan beliau. Begitu juga ketika pondok terawal, Dayat Cot Kala didirikan di Aceh pada 888M, para ulamak dari Arab dijemput mengajar di sini. Kerana menghargai sumbangan orang Arab dalam dakwah di Nusantara, terdapat keturunan syed menjadi raja di Aceh, Brunei, Mindanao, Siak Inderapura, Pontianak dan Perlis. Peranan para ulamak dan pendakwah Arab yang digelar sheikh, maulana, sayyid dan wali Allah dalam menyebarkan Islam di Nusantara tidak dapat ditolak kerana dalam pemikiran orang Melayu sendiri mengatakan bahawa mereka menerima Islam dari Arab.
Muhammad Farique bin Zubir Albakrihttp://www.blogger.com/profile/06817103981728031697noreply@blogger.com0