20 Januari 2021

Enam (6) Komputer Riba Pilihan Sekitar RM2,000 Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

Artikel asal oleh : Nazrin (Amanz Media)

Sekolah-sekolah rendah dan menengah baru sahaja memasuki tahun pengajian baru, dan dengan wabak COVID-19 yang masih lagi membelenggu negara dan dunia, ibu bapa dengan anak-anak yang masih lagi di alam persekolahan akan memerlukan sebuah peranti untuk digunakan buat tujuan tersebut. Sebelum ini, Amanz Media telah mengesyorkan 10 tablet mampu milik yang boleh dibeli pada harga di bawah RM1,000. Walaupun begitu, mereka sedar ada di antara kita yang lebih selesa menggunakan komputer riba, dan di dalam artikel ini mereka akan mengesyorkan enam (6) komputer riba pada harga sekitar RM2,000.

Untuk senarai ini, terdapat beberapa perkara yang ditekankan, termasuklah penggunaan sistem operasi Microsoft Windows 10 untuk sokongan perisian yang terbaik dan mudah digunakan, memori DDR sekurang-kurangnya 4GB dan juga penggunaan storan SSD untuk memastikan komputer riba ini boleh menggerakkan beberapa perisian penting dengan jumlah sela-masa yang rendah.

1) Avita Pura A9 (RM1,580)

Avita mungkin tidak begitu dikenali ramai, tetapi ia adalah salah satu daripada jenama komputer riba produktiviti yang hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa untuk menggerakkan sejumlah perisian tugasan seperti Microsoft Office dan perisian tele-sidang seperti Google Meet, Microsoft Teams dan Zoom.

Komputer riba ini dikuasakan oleh CPU AMD A9, mempunyai memori DDR4 sebanyak 4GB dan juga storan dalaman 128GB yang pada pendapat kami tidaklah begitu besar, tetapi memadai untuk tugas-tugas pembelajaran harian anak-anak.

2) Acer Aspire 3 AMD (RM1,499)

Acer ialah sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam arena komputer riba tempatan. Selain daripada penawaran siri Swift mereka yang cukup berkuasa, mereka juga menawarkan siri komputer yang lebih mampu-milik melalui siri Acer Aspire mereka.

Model Acer Aspire 3 khusus ini dikuasakan dengan pilihan cip pemprosesan AMD, dan untuk tujuan pembelajaran di rumah, ia cukup berkuasa untuk menggerakkan perisian-perisian yang diperlukan.

Jika anda mempunyai duit untuk dibelanjakan untuk komputer riba yang lebih berkuasa, Acer Aspire 3 ini juga hadir dengan pilihan CPU Intel Tiger Lake yang lebih berkuasa.

3) Teclast F7 (RM1,699)

Teclast ialah jenama komputer riba dari China yang mendapat sambutan cukup tinggi kerana tanda harga mampu milik dan spesifikasi yang cukup baik untuk tujuan harian.

Ia dikuasakan CPU Intel Gemini Lake N4100, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD sebesar 256GB. Ia dilengkapi dengan paparan bersaiz 14 inci dan juga mempunyai webcam 2.0MP yang cukup baik untuk tujuan telesidang.

Jika diperlukan, komputer riba ini juga hadir dengan palam HDMI yang boleh digunakan untuk disambungkan kepada sebuah paparan lebih besar jika diperlukan.

4) Joi Book SK3000 (RM2,199)

Komputer riba Joi Book SK3000 ialah komputer riba terbaru keluaran SNS Network yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Ia hadir dengan paparan bersaiz 12.5 inci dengan resolusi Full HD.

Komputer riba ini hadir dengan beberapa ciri yang cukup unik. Walaupun ia menggerakkan sistem operasi Windows 10, ia dikuasakan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 850, memori DDR4 sebanyak 4GB dan storan flash UFS 2.1 128GB.

Harga komputer riba ini mungkin ia juga satu-satunya komputer riba dengan sokongan untuk kad SIM yang membolehkannya menggunakan rangkaian 4G secara terus.


Secara teknikalnya, peranti Microsoft Surface Go 2 ini ialah sebuah tablet, tetapi sama seperti peranti tablet Surface yang lain, penggunaan produktivitinya adalah terbaik apabila digunakan bersama-sama dengan penutup papan kekuncinya.

Surface Go 2 dlengkapi paparan PixelSense 10 inci dengan resolusi 1920×1280, dan dikuasakan CPU Intel Pentium Silver N5000, memori DDR4 sebanyak 4GB dan juga storan dalaman 64GB.

Ia juga adalah peranti yang paling mudah-alih di dalam senarai ini, dan masih lagi cukup berkuasa untuk menggerakkan perisian produktiviti dan telesidang tanpa begitu banyak masalah.

6) Dell Inspiron 15 (RM2,379)

Dell Inspiron 15 ialah komputer riba yang paling mahal didalam senarai ini, tetapi juga boleh dikatakan mempunyai spesifikasi yang paling berkuasa juga.

Dilengkapi paparan 15.6 inci dengan resolusi Full HD, ia dikuasakan CPU AMD Ryzen 3 3250U, memori DDR4 sebanyak 4GB, dan gabungan storan SSD 256GB dan cakera keras 1TB.

Ia juga hadir dengan cip pemprosesan grafik terbina yang cukup berkuasa untuk memperlihatkan kandungan beresolusi tinggi jika diingini. Dengan pembaca kad SD, palam RJ-45 Cat-5 dan sejumlah palam USB, ini adalah komputer riba yang paling 'all-rounder' di dalam senarai ini.

Ini sahaja senarai yang dapat diberikan pada ketika ini. Jika anda tertanya-tanya mengapa tidak menyenaraikan lebih banyak model, ia adalah kerana akibat pandemik COVID-19, terdapat beberapa model yang memenuhi kriteria yang disebutkan tetapi telah kehabisan stok di kebanyakan tempat. Model terpakai atau lama (seperti MacBook Air Intel misalnya) tidak disenaraikan kerana harga jualan yang berbeza-beza serta diragui jaminannya oleh penjual untuk jangka masa yang pendek. Diharap artikel ini dapat membantu mereka yang mencari komputer riba yang paling mampu milik di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilihat akan dilaksanakan dalam tempoh yang lama.

Tiada ulasan: