Ucapan YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (“TGHH”) dalam perbahasan Belanjawan 2026 bukan sekadar satu ucapan politik, tetapi satu peringatan besar tentang asas sebenar kekuatan negara: keimanan, ketakwaan dan keadilan dalam pemerintahan.
Firman Allah SWT jelas menunjukkan, apabila rakyat dan pemimpin beriman dan bertakwa, Allah akan melimpahkan berkat dari langit dan bumi. Inilah mesej utama TGHH bahawa pembangunan negara bukan semata-mata soal angka dalam belanjawan, tetapi soal berkat dan kejujuran dalam mengurus amanah.
TGHH mengingatkan bahawa pemimpin adalah teladan rakyat. Bila pemimpin berakhlak, berprinsip dan bebas rasuah, maka rakyat akan terdidik dengan nilai yang sama. Baginda mencontohkan kepimpinan Nabi Sulaiman a.s yang menolak rasuah, serta Zulqarnain a.s yang membina negara berkebajikan. Dua contoh ini cukup untuk menunjukkan bahawa kuasa dan kekayaan mesti digunakan untuk membela rakyat, bukan memperkayakan kelompok tertentu.
TGHH turut menyentuh isu rasuah dan sogokan yang kian berleluasa, di mana mereka yang berduit semakin mudah mendapat projek dan peluang, manakala “ikan bilis” terus menjadi mangsa. Ketegasan beliau menyatakan bahawa amalan sogokan adalah racun negara patut disambut oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.
Dalam aspek ekonomi, TGHH menegaskan bahawa sumber kewangan negara mesti datang dari sumber yang halal. Sistem berasaskan hutang dan riba hanya akan membawa negara kepada kehancuran. Beliau juga mengkritik ketergantungan kepada institusi luar seperti IMF dan Bank Dunia, sedangkan negara-negara Islam dan jiran serantau mempunyai potensi besar untuk bekerjasama secara adil dan bermaruah.
Beliau turut menyentuh keborosan dalam perbelanjaan negara, termasuk lawatan mewah yang tidak mendatangkan pulangan sebenar. Dalam masa yang sama, wujud sikap pilih kasih dalam agihan peruntukan, terutamanya kepada negeri-negeri pembangkang. Ini bukan saja tidak adil, malah mencederakan semangat federalisme dan perpaduan nasional.
Yang paling menyentuh, TGHH menyatakan pendirian tegas terhadap kedatangan tokoh yang mendukung rejim zalim Zionis, menandakan bahawa suara umat Islam Malaysia tidak akan tunduk kepada kezaliman antarabangsa. Ini bukan soal parti, ini soal prinsip dan maruah negara!
Kami berdiri teguh menyokong ucapan TGHH. Belanjawan tidak boleh sekadar menjadi alat politik untuk membeli sokongan, ia mesti menjadi wadah membina negara bertaqwa, adil dan bebas rasuah. Negara tidak akan makmur dengan hutang, riba dan ketidakadilan, tetapi akan sejahtera dengan ketakwaan, amanah dan keberkatan. Inilah suara perjuangan yang mesti disebarkan, inilah peringatan yang mesti dihayati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan