Isteri saya bukanlah jenis yang gemar ke depan. Senyumannya biasa, langkahnya sederhana. Lebih sebulan yang lalu, namanya ada disebut dalam satu majlis yang cukup besar ertinya sempena Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan.
Saya menulis ini bukan untuk meninggikan, tetapi untuk menghargai. Jika ada yang sudi mengambil hikmah, saya berkongsi ini dengan penuh rendah hati.
Kerana pada saya — perkahwinan bukan insurans untuk gerak kerja dalam jamaah Islam PAS. Ia adalah vitamin. Ia menyegar, tetapi tidak menjamin.
Kami pernah bergilir jaga anak semasa usrah atau mesyuarat. Pernah berselisih kerana masa program yang bertindih dengan komitmen keluarga. Pernah bersama mengharungi konflik musuh-musuh politik dalaman dan luaran. Tapi semua itu tidak pernah memadamkan api kecil dalam dirinya yang ingin terus memberi kepada Islam, walaupun penat, tidak meminta untuk disebut-sebut orang.
Kerana saya seorang sahaja yang bekerja, saya sendiri tidak selalu istiqamah. Tapi, melihat dia terus melangkah — walau perlahan, walau senyap — memberi saya semangat yang sangat dalam. Istiqamah itu rupanya bukan milik orang kuat semat-mata. Ia milik orang yang tidak berhenti mencuba, walau jatuh banyak kali.
Saya tahu, ada ramai pasangan yang diuji jauh lebih hebat. Ada yang kekurangan dari segi kewangan, sokongan, dan masa. Tapi tetap juga mereka hadir ke usrah, bawa anak ke kuliah, lipat kertas fasa pilihan raya, masak untuk program, susun kerusi di markaz. Mereka ini tidak tersenarai dalam anugerah, tapi Allah sedang mencatat.
Kepada sahabat-sahabat Pemuda PAS seperti saya, yang masih belajar untuk menjadi pendokong sebenar — kita bukan pemilik isteri kita, kita hanya penjaga amanah perjuangannya.
Buat Muslimat Muda PAS yang istiqamah, yang mungkin masih tidak dikenal orang, yang masih bertatih mencari rentak, yang kadang menangis kerana rasa sendiri — ketahuilah, kamu tidak sendiri.
Terima kasih, Nur Hazirah Tarmizi. Anugerah ini bukan noktah. Ia permulaan. Dan perjuangan itu bukan di atas pentas, tetapi dalam rumah, dalam hati, dan dalam diam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan