07 Januari 2019

Islam & Tamadun Melayu : Peranan Ulamak Dalam Perkaderan Pendakwah

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Dakwah mempunyai agenda besar untuk membawa manusia mengabdikan diri secara menyeluruh kepada Allah. Masyarakat Melayu yang dahulunya beragama Hindu-Buddha perlu di-Islam secara menyeluruh dengan penuh hikmah, terutama setelah kejayaan dakwah kepada raja-raja Melayu yang menyaksikan sejumlah kerajaan telah berjaya di-Islamkan dalam tempoh antara 650 hingga 1000M. Awalnya, orang Melayu bergantung kepada usaha keras para ulamak dari luar untuk menyebarkan Islam, maka untuk mengukuhkan lagi gerakan dakwah, perlu ada pendakwah tempatan yang berperanan dengan lebih gigih. Orang-orang Melayu yang lebih memahami bahasa, budaya dan agama tradisi mereka sendiri adalah lebih berkesan dalam mengajak kepada Islam.

06 Januari 2019

Islam & Tamadun Melayu : Peranan Ulamak Dalam Mengislamkan Raja-raja Melayu

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Dakwah dan jihad merupakan dua mekanisme utama dalam pembentukan daulah Islam sepanjang sejarah. Pendekatan inilah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam membangunkan daulah Islam pertama di Madinah. Kemudian ia menjadi method dalam pengembangan Islam ke seluruh dunia. Perang bukanlah pendekatan Islam, tetapi ia menjadi reaksi terhadap gerakan dakwah yang disekat. Dalam futuhat (pembukaan) negeri-negeri baru, Islam akan menawarkan kepada para pemerintah supaya mereka beriman dan menjadikan kerajaannya daulah Islam. Jika tawaran ini ditolak, pemerintah akan diminta untuk mengizinkan gerakan dakwah ke atas rakyat supaya mereka dapat menerima Islam. Penolakan atau halangan ke atas dakwah ini akan menyebabkan para pendakwah, mujahid dan umat Islam terpaksa memilih jalan perang.

05 Januari 2019

Islam & Tamadun Melayu : Berberapa Teori Kedatangan Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Persoalan tentang dari mana Nusantara menerima Islam masih menjadi perbahasan para sarjana sehingga hari ini. Belum ada suatu yang pasti apakah Islam yang dibawa ke Nusantara berasal dari Arab, Parsi, India atau China. Data-data kemasukan Islam seperti catatan China, batu-batu nisan, artifak seperti batu bersurat, catan pengembara seperti Marco Polo dan Ibnu Batutah, hikayat dan kronik Melayu, selain amalan Islam yang dipraktiskan di Nusantara, semuanya menjadi sandaran dalam perbincangan ini. Maka dalam konteks ini, apakah yang berbangkit itu tentang siapakah yang pertama membawa Islam ke Nusantara atau dari manakah asalnya Islam yang masuk ke Nusantara atau di manakah penempatan Islam terawal di Nusantara atau mazhab apakah yang pertama dianut oleh orang Melayu?

04 Januari 2019

Islam & Tamadun Melayu : Kemasukan Terawal Islam Di Nusantara

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Kebangkitan Islam selepas hijrahnya Nabi SAW ke Madinah pada 622M telah mempercepatkan proses pengembangan Islam di seluruh dunia. Kejayaan Fathu Mekah (8H) dan kekalahan Rom dalam Perang Tabuk (9H) telah menyebabkan bangsa Arab berbondong-bondong memeluk Islam. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab (634-644M), Islam telah berkembang keluar dari Tanah Arab sehingga Rom Timur dan Parsi dapat ditundukkan. Akhirnya, pada zaman Khafilah Othman bin Affan (644-656M), Islam mula bertebar luas. Di sebelah barat, Islam telah sampai ke Qairuwan (Tunisia), manakala di sebelah timur, ia sudah memasuki Transoxiana (Asia Tengah). Yang menarik, pada zaman inilah dikirimkan para pendakwah ke sebelah timur Asia untuk mengembangkan Islam. Sahabat yang terkenal, Saad Abi Waqqas telah tiba di Kanfu (Guangzhou), China dan ada pendakwah yang sudah menjejaki Nusantara pada zaman khalifah ketiga ini.

03 Januari 2019

Islam & Tamadun Melayu : Bangsa Melayu Sebelum Zaman Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang besar dan mempunyai tamadun yang tinggi semenjak sebelum Masehi lagi. Bahkan, penemuan Perak Man pada 1991M di Gua Gunung Runtuh, Lenggong yang dikatakan berusia lebih 10,000 tahun membuktikan tradisi kebudayaan tinggi telah wujud dalam bangsa Melayu. Tamadun palaeolithic ini membuktikan telah ada kehidupan manusia di Alam Melayu sejak sekian lama, seperti mana jejak mereka dikesan di Gua Cha, Kelantan dan Gua Niah di Sawarak. Eskavasi yang dibuat di Solo, Jawa pada 1891M pula telah menemui rangka manusia zaman homo erectus, menunjukan kehidupan awal juga wujud di kawasan kepulauan Melayu.

02 Januari 2019

Islam & Tamadun Melayu : Kerajaan Melayu Pra-Islam

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Sebagaimana yang diungkap oleh Snouck Hurgronje dalam teori The Greater India, semenjak awal abad pertama Masehi, seluruh Alam Melayu dipengaruhi oleh India dari segi pemikiran, kebudayaan, agama dan tamadun. Faktor utamanya adalah kerana hubungan perdagangan yang lama antara kedua-dua kawasan, selain kedudukan India yang lebih terkehadapan dari segi budaya dan ilmu, terutama dengan munculnya tamadun besar di Lembah Indus, iaitu Mohenjo Daro (2600-1500SM) dan Harappa (3000-1900SM). Lembah Indus yang menjadi pusat agama Hindu kemudiannya menyebarkan kebudayaan mereka termasuk bahasa Sanskrit, tulisan Palava, sastera India, corak kerajaan dan agama Hindu itu sendiri kepada orang Melayu.

01 Januari 2019

Islam & Tamadun Melayu : Satu Pengenalan

Artikel asal oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)

Dunia Melayu atau Alam Melayu adalah sebuah rantau politik dan ekonomi yang sangat strategik sejak zaman pra-sejarah lagi. Kedudukan geografi Alam Melayu yang disebut juga sebagai Nusantara yang berada di tengah-tengah kawasan tamadun awal manusia telah menjadikan rantau ini sangat penting. Di sebelah timur, berdirinya tamadun Hwang Ho (kini China) yang mencipta pelbagai kemajuan, sedangkan di sebelah barat muncul Mohenjadoro dan Harappa (India), Mesopotamia dan Babylon (Iraq), Nil (Mesir) dan Athens (Greek), sehingga menjadikan Alam Melayu penghubung utama kedua-dua belah tamadun.