Segala Puji bagi Allah Ta'ala serta Salawat dan Salam kepada Nabi SAW, saya telah bekerja di Azhar Noriza Zainuddin selama empat (4) tahun. Dalam usaha memastikan setiap perbuatan dan tingkahlaku kerjaya berteraskan syari'at Islam, saya cuba mencerakinkan berberapa kefahaman yang perlu diadaptasi dalam amalan pengauditan kewangan, selaku seorang juruaudit muslim.
Di sini, Terdapat lima kefahaman (Fiqh) yang perlu dihadam oleh seorang juruaudit muslim.
- Juruaudit perlu mahir dalam Fiqh Aulawiyyat (Fiqh Keutamaan). Mereka perlu mengenalpasti tugasan mana yang perlu diselesaikan terlebih dahulu; antara tempoh masa, kehendak klien, dan komplikasi tataurus perakaunan.
- Juruaudit juga perlu mahir dalam Fiqh Muwazzanah (Fiqh Pertimbangan). Mereka perlu mengenalpasti tahap kematanan kewangan (materiality) dan menimbangtara sama ada perlu mencadangkan berberapa pelarasan ataupun tidak.
- Juruaudit juga perlu mahir dalam Fiqh Waqi' (Fiqh Keadaan). Mereka perlu mengenalpasti kaedah dan prosedur audit yang sesuai bagi setiap elemen penyata kewangan yang diuji, kerana tidak semuanya mempunyai tatacara perakaunan yang sama (mengikut aktiviti perniagaan dan industri) dan kadangkala tidak selari dengan piawaian perakaunan yang ditetapkan.
- Juruaudit juga perlu mahir dengan Fiqh Taghyir (Fiqh Perubahan). Mereka perlu bersedia dengan sebarang pelarasan lewat klien (CLA) andaikata isu-isu yang timbul dalam penyata kewangan yang telah diaudit tidak dipersetujui dan perlu diubah.
- Juruaudit juga perlu mahir dengan Fiqh Nusus (Fiqh Pembuktian). Mereka perlu mengenalpasti dokumen sokongan yang thawabit (tidak boleh diubah) dan sesuai terhadap angka-angka di dalam penyata kewangan dan kurang mengambilkira dokumen sokongan berbentuk mutaghayyirat (boleh berubah) dalam mengendalikan prosedur pengauditan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan