Belanjawan 2026 yang dibentangkan kerajaan dilihat megah dengan jumlah peruntukan RM470 billion, antara tertinggi dalam sejarah negara. Ia digambarkan sebagai pelan besar untuk memperkukuh daya tahan ekonomi dan memperluas kebajikan rakyat.
Namun, dari sudut pandang yang lain, yang berkemungkinan kerana hampir dengan Pilihan Raya Negeri Sabah atau Pilihan Raya Umum Ke-16 yang dijangka berlaku pada tahun hadapan, belanjawan ini memang dijangka bersifat ‘kosmetik politik’ berbanding penyelesaian menyeluruh terhadap masalah struktur ekonomi. Soalan pokoknya ialah: sejauh manakah perbelanjaan besar ini benar-benar akan meringankan beban rakyat, merapatkan jurang ketidaksamarataan dan memperkukuh ekonomi domestik?
Peningkatan perbelanjaan awam daripada RM452 billion kepada RM470 billion dijadikan bukti keberanian fiskal. Namun, pengurangan defisit kepada 3.5% banyak bergantung pada unjuran hasil yang optimistik dan penyasaran subsidi. Jika ekonomi global tidak stabil, kerajaan berisiko menambah hutang atau memotong perbelanjaan penting, memberi kesan langsung kepada perkhidmatan awam dan infrastruktur. Penglibatan besar dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (“GLIC”) juga menimbulkan persoalan ketelusan dan risiko terhadap aset strategik negara.
Kerajaan mendakwa menjimatkan RM15.5 billion melalui penyasaran subsidi petrol, diesel, elektrik dan barangan asas. Namun, langkah ini sebenarnya memindahkan beban kepada rakyat, terutamanya B40 dan M40. Pengurangan subsidi RON95 akan meningkatkan kos pengangkutan dan harga barang, mempercepat inflasi dan menekan pendapatan rakyat. Skim BUDI95 pula sangat bergantung pada pangkalan data yang belum terbukti menyeluruh, menyebabkan golongan rentan berisiko tercicir.

Ucapan Belanjawan 2026 sarat dengan istilah “reformasi fiskal” dan “tata kelola terbaik” tetapi kurang tindakan konkrit terhadap isu asas rakyat. Pelaksanaan e-invois mungkin meningkatkan kutipan cukai, namun tidak menyelesaikan masalah perumahan mampu milik, gaji minimum atau jaringan perlindungan sosial. Kadar pengangguran rendah tidak mencerminkan kualiti pekerjaan sebenar kerana banyak pekerjaan baharu berupah rendah dan tidak stabil.
Jurang pembangunan wilayah juga masih ketara. Sabah dan Sarawak kekal ketinggalan dari segi infrastruktur asas. Projek seperti lebuh raya Pan Borneo sering tertangguh dan berlaku ketirisan, manakala pelaburan besar di negeri maju seperti Johor dan Pulau Pinang hanya mengukuhkan jurang sedia ada.
Pelaburan sektor strategik seperti semikonduktor dan teknologi digital pula terlalu berpaksikan pelabur asing tanpa pelan jelas membina keupayaan tempatan. Tanpa pemindahan teknologi, Malaysia hanya menjadi hab kos rendah. Kos sara hidup pula kekal isu utama. Program seperti Ikhtiar MADANI bersifat jangka pendek dan tidak menangani punca struktur, manakala pertumbuhan gaji sebenar kekal perlahan.
Dari segi tadbir urus, banyak peruntukan disalurkan melalui agensi dan GLIC di luar bajet tradisional, menimbulkan risiko ketirisan. Pembangunan AI oleh syarikat luar seperti Microsoft, Google dan Amazon Web Services juga boleh melebarkan jurang sosial jika rakyat tempatan tidak diperkasa dengan kemahiran baharu.
Dalam aspek kebajikan, peruntukan kesihatan, pendidikan dan perumahan tidak cukup untuk menangani tekanan sedia ada.
Sebagai kesimpulan, Belanjawan 2026 terlalu bergantung kepada pelaburan asing, rasionalisasi subsidi yang membebankan rakyat, dan projek mega yang tidak menjamin ketelusan serta keberkesanan. Rakyat memerlukan dasar ekonomi inklusif dan mampan, bukan sekadar angka megah. Oleh itu, pendekatan ini seharusnya difikirkan semula dan kerajaan dituntut untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, bukan kepentingan pelabur dan kelompok elit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan