"LAHANAT!" ~ Itulah kata-kata kesat yang dihamburkan oleh Asifah secara terbuka di dalam grup komunikasi santai aplikasi WeChat Tingkatan 5 Melur, membuatkan semua rakan-rakan sekelasnya terkesima apabila Ketua Tingkatan ("KT"), Fahira, mengajak semua yang berkelapangan untuk hadir ke Majlis Makan Malam Amal Sekolah Menengah Kebangsaan ("SMK") Taman Indah.
Celaan itu rupa-rupanya mem'barah' daripada satu peristiwa yang telah berlaku sebelum itu.
Semuanya bermula apabila Asifah yang berjawatan sebagai Penolong Ketua Tingkatan ("PKT") 5 Melur, telah mengadakan program ‘Belanja Makan Nasi Arab’ peringkat kelas secara semberono, tanpa melalui perbincangan rasmi bersama semua Ahli Jawatankuasa ("AJK") Tingkatan 5 Melur yang lain. Walaupun program itu hanya di peringkat kelas, program itu telah menelan perbelanjaan yang tidak bekeperluan, apatah lagi apabila Asifah menggunakan jawatannya sebagai PKT untuk mengajak rakan-rakan sekelas untuk hadir, langsung tidak mengambil kira kedudukan kewangan kelas sedia ada.

Sejak dari Tingkatan 3 lagi, kedudukan kewangan kelas Tingkatan 5 Melur tidak memberangsangkan. Keadaan tersebut lebih parah apabila Faezah (Bendahari Tingkatan 3 Melur ketika itu) tidak cakna mengenai kedudukan kewangan kelas, hinggakan pengurusan kewangan kelas terpaksa diuruskan sepenuhnya oleh Fahira (sebagai Penolong Bendahari Tingkatan 3 Melur ketika itu) atas dasar tanggungjawab. Namun, kutipan hasil kelas masih lagi kurang memberangsangkan kerana semua murid SMK Taman Indah ketika itu berhadapan dengan masalah kewangan yang agak kritikal, di samping wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada pendapatan ibu bapa masing-masing.
Berbalik kepada cerita asal, Asifah mengambil peluang untuk merisik khabar bertanya (dengan motif) kepada Fahira (melalui aplikasi WeChat) mengenai suntikan kewangan yang mungkin boleh diperolehinya bagi menjayakan program yang dicanang. Sama ada Asifah merasakan Fahira lahir dari keluarga bangsawan ataupun Asifah sengaja menguji keprihatinan ketuanya, Fahira berasa hairan dengan pemintaan Asifah (Asifah dilihat sengaja buat-buat tak tahu akan kedudukan kewangan kelas yang agak teruk), lalu bercadang untuk tidak memberikan sebarang kata putus.
Sebagai seorang KT yang prihatin, biarpun Fahira mempunyai kuasa untuk membatalkan program itu (kerana berjawatan KT), Fahira cuba untuk bersetuju dengan sangkaan positif dan berhasrat untuk membantu mendapatkan sedikit tajaan kewangan bagi program tersebut daripada sumber-sumber yang lain. Biarpun program tersebut dipertikai oleh sebilangan AJK sedia ada, Fahira cuba untuk tidak mengecewakan Asifah. Oleh kerana tempoh perancangannya terlalu singkat, Fahira mengambil keputusan untuk mendahulukan sedikit kewangan peribadinya bagi tujuan tersebut sebagai tanda sokongan kepada apa yang dilaksanakan oleh Asifah. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar dan menelan kos sekitar RM600++.

Kini, giliran Fahira pula menjalankan tanggungjawabnya sebagai KT (sebagaimana diarahkan oleh guru kelas) untuk mengajak rakan-rakan ke program SMK Taman Indah sebagaimana yang telah ditentukan.
“Kita perlukan 10 orang, dengan pakej penyertaan sebanyak RM1,500.”
Jumlah bayaran penyertaan yang dipohon oleh pihak pentadbiran sekolah kepada setiap kelas agak besar. Sebagaimana keadaan kewangan yang telah dimaklumi, Fahira yang dikenali sebagai KT yang tidak menyusahkan rakan-rakannya, sekali lagi menggunakan simpanan peribadinya untuk mendahulukan bayaran kos penyertaan program tersebut.
“Bayar program sekolah (SMK Taman Indah) dapat duit dari mana? Bila program kelas (Tingkatan 5 Melur) tak sampai RM500, kata tak ada duit. LAHANAT!”, Asifah mengherdik.
Menggigil Fahira, terkilan menahan marah apabila hati terguris dengan 'pedang' makian.
Dia tidak menyangka bahawa perkataan kesat keluar dari pemimpin kelas nombor dua di bawahnya dan ditujukan kepadanya secara terbuka. Tambahan pula, Asifah adalah seorang PKT, semestinya menjadi ‘orang kuat’ yang sepatutnya membantu kepimpinan Fahira sehingga tamat tempoh. Namun, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Seolah-olah ada yang menjadi ‘iblis’ di antara Fahira dan Asifah. Fahira sangat sedih, apatah lagi niat baiknya hanya untuk menjalankan amanah dengan ikhlas.

Di sebalik genggaman tangan Fahira menahan amarah manusiawi terhadap apa yang terjadi, Fahira diam seketika, menarik nafas panjang dan memberi respon secara professional.
“Kita masih berhutang dengan sekolah, sesiapa yang ingin menyumbang adalah dialu-alukan.”
“Haha…” Gelak syaitan si Asifah.
Fahira beristighfar. Air mata tidak mampu dikeluarkan kerana hati terlalu sakit. Hanya Allah Ta’ala sahajalah tempat bagi Fahira untuk mengadu. Lebih menyedihkan, pendahuluan kewangan itu bukanlah pertama kali untuk Tingkatan 5 Melur (dan Asifah juga melalui permintaan peribadinya), tetapi telahpun diberikan berkali-kali sehingga nilai pinjamannya mencecah kepada lima angka!
Kau kena tipu ke ni, Fahira!
Tidak. Kerana Fahira percaya Allah itu Maha Adil.
Penafian: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Sekiranya berkaitan, iaadalah bukanlah suatu kebetulan dan tidak memang mempunyai tujuan untuk kita bermuhasabah.
Penafian: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Sekiranya berkaitan, ia
PENGAJARAN
Antara pengajaran yang boleh diambil di dalam kisah di atas adalah seperti berikut:
1. Menjaga Akhlak dan Pertuturan
Dalam cerita, Asifah melontarkan kata-kata kasar seperti "Lahanat" kepada Fahira secara terbuka. Dalam Islam, menjaga lisan adalah perkara yang sangat dituntut, kerana kata-kata kasar boleh menyakiti hati dan menimbulkan persengketaan.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam."
[HR. Bukhari dan Muslim]
Kita hendaklah menjaga tutur kata dan berbicara dengan lemah lembut, walaupun dalam keadaan marah atau tidak puas hati. Menghormati sesama manusia adalah prinsip asas dalam Islam.
2. Menunaikan Amanah dengan Ikhlas
Fahira sebagai Ketua Tingkatan menunjukkan contoh pemimpin yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas, walaupun terpaksa mengeluarkan wang sendiri. Dalam Islam, amanah adalah sifat terpuji yang wajib dipelihara oleh setiap pemimpin.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya."[QS.An-Nisa’, 4:58]
Sebagai pemimpin, kita perlu memikul amanah dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab. Namun, perlu ada batas dan bijaksana dalam membuat keputusan, supaya tidak membebankan diri sendiri.
3. Sabar Menghadapi Ujian
Fahira tetap tenang walaupun dihina secara terbuka oleh Asifah. Sifat sabar ini selari dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersabar dalam menghadapi cabaran.
Allah SWT berfirman:
"Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran) dengan kesabaran yang sebaik-baiknya."[QS. Al-Ma’arij, 70:5]
Kita perlu bersabar dalam menghadapi fitnah, cercaan, atau cabaran. Kesabaran bukan bermaksud berdiam diri, tetapi berusaha menyelesaikan masalah dengan bijaksana tanpa mengikut emosi.
4. Elakkan Sikap Mengkhianati Amanah
Asifah mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukan sebagai PKT untuk membuat keputusan tanpa persetujuan AJK yang lain. Islam melarang sekeras-kerasnya pengkhianatan terhadap amanah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak beriman seseorang yang tidak amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menunaikan janji."[HR. Ahmad]
Sebagai pemimpin atau ahli jawatankuasa, kita perlu menghormati amanah dan bertindak secara kolektif. Pengkhianatan amanah bukan sahaja merosakkan hubungan, tetapi juga mencemarkan integriti kepimpinan.
5. Bijak dalam Pengurusan Kewangan
Asifah melakukan program peringkat kelas tanpa mengambil kira kedudukan kewangan kelas yang sudah tenat. Ini bertentangan dengan prinsip pengurusan kewangan dalam Islam yang menggalakkan kesederhanaan dan perancangan.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan."[QS. Al-Isra', 17:27]
Pengurusan kewangan yang baik memerlukan perbincangan, perancangan, dan keutamaan. Tidak boleh membuat keputusan secara unilateral tanpa mengambil kira pandangan orang lain, terutama apabila melibatkan kepentingan bersama.
6. Memaafkan dan Mengawal Emosi
Fahira memilih untuk tidak melawan kata-kata kasar dengan emosi, sebaliknya dia beristighfar dan cuba berfikiran positif.
Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang kuat bukanlah orang yang pandai bergusti, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah."[HR. Bukhari dan Muslim]
Dalam situasi dihina atau dikritik secara terbuka, kita perlu menahan diri daripada bertindak balas dengan kemarahan. Mengawal emosi dengan kesabaran adalah tanda kekuatan jiwa.
KESIMPULAN
Cerita ini membawa pengajaran yang mendalam tentang kepimpinan, amanah, kesabaran, dan akhlak dalam pertuturan. Islam mengajar kita untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, menjaga amanah, dan bersabar dalam menghadapi ujian. Pada masa yang sama, kita perlu bijak dalam menguruskan konflik agar tidak menjejaskan hubungan persaudaraan dan keharmonian.
Jika Fahira dan Asifah dapat berbincang dengan baik, menyelesaikan konflik secara hikmah, dan memaafkan antara satu sama lain, pastinya keadaan akan menjadi lebih baik dan kelas akan lebih harmoni.
* Lahanat bermaksud kata seru yang kasar, digunakan untuk menyatakan perasaan marah atau ketidakpuasan. Ia berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan