11 Jun 2025

Isteri Di Balik Tabir Perjuangan

Isteri saya bukanlah jenis yang gemar ke depan. Senyumannya biasa, langkahnya sederhana. Lebih sebulan yang lalu, namanya ada disebut dalam satu majlis yang cukup besar ertinya sempena Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan.

Saya menulis ini bukan untuk meninggikan, tetapi untuk menghargai. Jika ada yang sudi mengambil hikmah, saya berkongsi ini dengan penuh rendah hati.

Kerana pada saya — perkahwinan bukan insurans untuk gerak kerja dalam jamaah Islam PAS. Ia adalah vitamin. Ia menyegar, tetapi tidak menjamin.

06 Jun 2025

PETRONAS Potong 10% Tenaga Kerja : Tanda Awal Kepada Krisis Lebih Besar ?

Rancangan pengurangan pekerja yang melibatkan lebih 5,000 kakitangan Petroliam Nasional Berhad (“Petronas”), bersamaan dengan 10% daripada jumlah tenaga kerja syarikat, memberi kesan yang signifikan kepada ekonomi negara. Sebagai syarikat minyak dan gas nasional, langkah ini bukan sahaja memberi kesan langsung kepada mereka yang terlibat, tetapi turut mencerminkan tekanan yang dihadapi sektor tenaga secara keseluruhan akibat kejatuhan keuntungan.

Pertama, dari segi pasaran buruh, rancangan pengurangan pekerja ini akan meningkatkan kadar pengangguran, terutamanya dalam kalangan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Pekerja yang terlibat akan bersaing dengan graduan baharu dan pencari kerja sedia ada, mewujudkan tekanan tambahan ke atas pasaran pekerjaan, khususnya dalam bidang kejuruteraan, teknikal dan pengurusan projek. Kedua, kehilangan pendapatan oleh ribuan isi rumah akan mengurangkan kuasa beli dan menjejaskan perbelanjaan pengguna. Ini boleh memberi kesan limpahan kepada sektor lain seperti runcit, perkhidmatan dan perumahan. Vendor, kontraktor dan pembekal yang bergantung kepada projek dan bajet operasi Petronas juga mungkin terjejas secara langsung.

Dari sudut fiskal, penurunan keuntungan Petronas bermakna sumbangan cukai dan dividen kepada kerajaan akan turut berkurangan. Ini memberi tekanan ke atas kedudukan kewangan kerajaan, yang mungkin perlu menilai semula perbelanjaan pembangunan, subsidi dan inisiatif sosial lain. Tekanan ini boleh mendorong kerajaan untuk mempertimbangkan langkah penjimatan atau meningkatkan pinjaman.

Selain itu, langkah ini boleh menjejaskan sentimen pelabur, terutamanya pelabur asing yang melihat Petronas sebagai tonggak ekonomi Malaysia. Keyakinan terhadap kestabilan ekonomi negara mungkin tergugat, seterusnya memberi kesan kepada pelaburan langsung asing (FDI) dan pasaran modal. Syarikat minyak dan gas lain juga mungkin mengambil langkah berhati-hati terhadap sebarang pelaburan baru di Malaysia.

Dalam jangka panjang, situasi ini mungkin mempercepatkan transformasi industri minyak dan gas ke arah automasi, digitalisasi, dan penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui. Pekerja yang diberhentikan pula mungkin beralih ke industri lain jika dibantu dengan program latihan semula dan peningkatan kemahiran yang bersesuaian.

Kesimpulannya, walaupun kesan pengurangan pekerja oleh Petronas ini tidak sebesar krisis ekonomi global, impaknya tetap ketara. Ia memberi tekanan kepada pelbagai aspek ekonomi negara, dan memerlukan respons strategik daripada kerajaan serta sektor swasta untuk memastikan kestabilan jangka pendek dan pertumbuhan mampan jangka panjang.

18 Mac 2025

Lahanat !

"LAHANAT!" ~ Itulah kata-kata kesat yang dihamburkan oleh Asifah secara terbuka di dalam grup komunikasi santai aplikasi WeChat Tingkatan 5 Melur, membuatkan semua rakan-rakan sekelasnya terkesima apabila Ketua Tingkatan ("KT"), Fahira, mengajak semua yang berkelapangan untuk hadir ke Majlis Makan Malam Amal Sekolah Menengah Kebangsaan ("SMK") Taman Indah.

Celaan itu rupa-rupanya mem'barah' daripada satu peristiwa yang telah berlaku sebelum itu.

Semuanya bermula apabila Asifah yang berjawatan sebagai Penolong Ketua Tingkatan ("PKT") 5 Melur, telah mengadakan program ‘Belanja Makan Nasi Arab’ peringkat kelas secara semberono, tanpa melalui perbincangan rasmi bersama semua Ahli Jawatankuasa ("AJK") Tingkatan 5 Melur yang lain. Walaupun program itu hanya di peringkat kelas, program itu telah menelan perbelanjaan yang tidak bekeperluan, apatah lagi apabila Asifah menggunakan jawatannya sebagai PKT untuk mengajak rakan-rakan sekelas untuk hadir, langsung tidak mengambil kira kedudukan kewangan kelas sedia ada.

07 Januari 2025

Zionis Merosakkan Konsep Madani


Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali (berhubungan dan bermasyarakat)! Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
[Surah al-Hujurat: 13]
Berpandu kepada ayat ini, Ibn Khaldun RH menulis dalam al-Muqaddimah yang bermaksud:
“Manusia itu bercirikan masyarakat madani secara tabii (fitrah atau naluri).”
[Ibn Khaldun, Tarikh Ibn Khaldun, Jld. 1 (al-Muqaddimah), Hlm. 54]
Manusia itu wajib bermasyarakat dan bertamadun bagi memenuhi keperluan hidup dan peranannya tanpa mengira bangsa dan agama.

01 Januari 2025

Dosa Sekularisme Lebih Besar Daripada Fitnah Dan Membunuh


Teori sekularisme yang memisahkan urusan kehidupan manusia daripada agama ialah ciptaan manusia dalam kalangan ahli falsafah bukan Islam, termasuk dalam syirik akbar yang menentang aqidah tauhid yang diperjuangkan oleh semua anbiya’. ‘Syirik Akbar’ ialah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah dan ditutup pintu taubatnya selagi amalan syirik itu tidak dibatalkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia mengampunkan segala dosa yang selain (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar. Adakah kamu tidak memerhatikan orang yang menganggap diri mereka bersih? Sebenarnya, Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dizalimi sedikit pun. Perhatikanlah, betapa mereka mengada-adakan pendustaan terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang nyata (bagi mereka).”
[Surah al-Nisa’: 48–50]