Belanjawan 2026 yang dibentangkan kerajaan dilihat megah dengan jumlah peruntukan RM470 billion, antara tertinggi dalam sejarah negara. Ia digambarkan sebagai pelan besar untuk memperkukuh daya tahan ekonomi dan memperluas kebajikan rakyat.
Namun, dari sudut pandang yang lain, yang berkemungkinan kerana hampir dengan Pilihan Raya Negeri Sabah atau Pilihan Raya Umum Ke-16 yang dijangka berlaku pada tahun hadapan, belanjawan ini memang dijangka bersifat ‘kosmetik politik’ berbanding penyelesaian menyeluruh terhadap masalah struktur ekonomi. Soalan pokoknya ialah: sejauh manakah perbelanjaan besar ini benar-benar akan meringankan beban rakyat, merapatkan jurang ketidaksamarataan dan memperkukuh ekonomi domestik?